MEH LAH KLIK...

Thursday, September 18, 2008

minum susu. makan kurma.

drink milk. eat dates.

hari ini khamis. macam biasa ada lab. lab terakhir. alhamdulillah habis juga. boleh lah buat claim duit lepas ni.

aku terjerit2 dalam lab tadi. kali ni bukan menjerit2 yang biasa punya. menjerit yang marah. sebab seorang budak palapes kurang hajar tak bertempat. selain dari ada seorang datang yang lambat teramat. dan ada seorang tanya soalan buat aku snap. buat kurus pahala puasa aku saja.

budak palapes kurang hajar tu memang sudah lama aku spare. kau ingat kau baju kau sterika kau punya disiplin bagus. hohoho... check balik. kau masuk lab bukannya tepat masa sangat. buat praktikal tangkap muat. aku tanya soalan pasal lab plant diversity haram kau tahu nak jawab. semua benda kau nak ejek. kau memang kurang hajar. aku memang tak berkenan dengan palapes ni sejak dahulu kala. kerana mereka simply kurang hajar. walaupun lepas sembahyang subuh pergi berkawad. tapi jiwa dah keras sampai lupa nak hormat orang lain yang tiada uniform. kalau bijaksana tak apa lagi. ini nak jawab after lab question pun macam tercekik. terima lah hakikat bahawa disiplin mu itu cuma rambut kau pendek, kasut kilat, baju sterika. selain dari itu simply kurang ajar. pergi lah meraung kat sarjan kau minta dia ajarkan tatasusila sebagai manusia bukan sebagai kadet cabuk yang entah apa apa. kadet kalender macam ni buang duit saja. bukannya ada semangat juang untuk negara tapi cuma tunggu elaun tiap2 bulan gaji dia berkawad.

yang datang lambat tu. sorry. overslept overslept juga. tapi takkan sampai pukul 4. tak payah sign attendance. kau pun tahu aku tak nak baca nama kau dalam borang attendance. dah datang lambat boleh pula main2 dalam lab. kau nak buat echo announcement pergi ke padang kawad.

yang buat aku betul2 snap, boleh dia minta supaya dia hantar kertas jawapan guna email. nampak sangat kau tu tak baca soalan aku. soalan tu kan minta kau menjawab dalam bentuk lukisan. ada sejenis bangang yang tak boleh diajar. bangang macam ni lah. aku sudah beri peluang sebab dia sakit. maka dia kena jawab soalan tambahan sebagai ganti report untuk lab yang dia tak hadir. i gave you a chance but you blow it. alasan dia sibuk... aku pun buat juga ijazah dulu tapi tak lah berani bagi alasan sibuk untuk tak buat take home question. kalau guru aku yang kau bagi alasan macam ni mau kau kena ceramah hidup2.

aku tahu lah pelajar banyak kerja juga. kelas 8am-6pm. nak kena kejar bas lagi. cuci kain. balas sms. tapi report fern tak siap, report bryophytes tak siap, soalan tambahan yang simple nak mamp! pun tak siap. abis tu apa yang kau sibuk sangat sampai jadi bangang. aku rasa plant diversity tak lah susah tahap kakulus pun kalau kau buat betul2. orang2 lain pun ada masuk lab2 lain juga. tak ada pun bagi alasan dia tak sempat buat report plant sebab dia nak buat report mikrob atau dia nak hantar report invertebrates. boleh pun siap lab report plant diversity. kenapa kau tak ambil langkah bijak untuk mengaku malas. ini tak siap nak minta2 email. fuh.... aku dah cukup kesian dgn kau last week. minggu ni aku tak nak bazir rasa kesian aku dengan makhluk yang tak tahu menghargai peluang macam kau.

jangan bagi alasan keldai entah apa2. walaupun aku bertimbang rasa tapi bukan semestinya kau boleh nak buat ikut suka hati. kalau aku cakap hantar hari ni jangan lah nak minta opsyen hantar lepas raya. budak dari beijing yang tak faham bahasa melayu pun faham arahan aku.

i am not that cruel. nak suruh orang buat hard labour semata2 lab report 20% ni. tapi yang aku kisah ialah aku beri beras lepas tu suruh aku masak sampai jadi nasi. faham???

1 comment:

ning5044 said...

hahah! yes yes.. budak palapes.

some of the mmg mcm tu...

but then.. the way ko tulis blog ko yg ni kan! erm.. i know ur mad.. tp i was thinking blh2 lg ko susun ayat supaya best dibaca.. hahah! ur great!