MEH LAH KLIK...

Friday, September 5, 2008

kenapa aku tulis blog dalam english?: satu reaksi kepada blog orang lain

*full english translation is not available. but snippet below is in english. keep on scrolling.

baru sekejap tadi aku baca satu blog yang aku suka. dia ada tulis bahawa dia tak gemar dengan orang melayu yang tulis blog dalam english dan juga yang tulis blog dalam melayu guna bahasa sms.

reaksi 1: aku pun *tidak gemar membaca tulisan blog dalam bahasa sms. sebab sukar untuk difahami. selain dari mencincang bahasa. walaupun aku kerap menulis blog tanpa mengikut aturan bahasa yang menepati piawai (e.g. tanpa huruf besar, tanda baca dan penanda wacana yang sesuai.) tetapi aku masih lebih suka menulis dengan menggunakan perkataan dieja penuh. aku akui bahawa kadang2 aku guna singkatan. tapi ku cuba minimumkan.

*tidak gemar maksudnya bukan lah aku benci. cuma tidak setuju. walaupun demikian, blog anda adalah blog anda, jika nak tulis dalam bahasa sms, itu adalah blog anda. blog lah dengan bertanggungjawab ( jangan tulis yang menyentuh sensitiviti masyarakat)


reaksi 2: aku tulis dalam english bukan sebab aku tidak suka tulis melayu. tulis melayu lebih senang untuk eksperasi diri andainya anda seorang penutur bahasa melayu.
aku tulis dalam english sebab aku hendak belajar mengarang dalam english. macam latihan lah kirannya ni. mana yang salah boleh dibetulkan. setakat silap tatabahasa dan nahu english dalam blog ini bukanlah jenayah berat di Malaysia, great britain, amerika, atau negara2 komanwel.

yang penting aku boleh berlatih menulis. ya lah tak kan aku nak berlatih menulis masa nak tulis tesis. atau masa jawab exam. mau tunggang langgang tulisan ku. dalam blog tiada sistem pemarkahan. maka blog menjadi medan latihan.

dan juga tulis dalam english meningkatkan kumpulan pembaca blogku (walaupun sikit dan pembaca pun masih tak nak baca blog ku). strategi pemasaran, agar blogger dari negara lain dapat memahami isi kandungan blog ini. kerana aku ada memaparkan (tidak banyak) gambar yang diambil dari sekitar Malaysia. terutamanya dari kawasan2 sabah. kira mcm promosi perlancongan. walaupun aku bukan pemilik resort peranginan. but i still want to show my fellow earth citizen, about my land Sabah, Borneo in particular and Malaysia in general. quoting '...Kinabalu is a Mecca for naturalist...'. beside i am studying biodiversity. (kiranya silap ayat english ku, komen anda di alu2 kan)

hujung reaksi: aku bukan marah penulis blog tu. jauh sekali. aku masih suka membaca blognya. tulisan nya pelbagai, menghiburkan, kreatif dan juga ada di tampal gambar2 menarik.

harapan ku ramai lagi golongan melayu muda berkesedaran macam dirinya berkenaan dengan penulisan menggunakan bahasa sms. kerana aku rasa kami sependapat dalam hal ini (rasanya lah kan... ala2 perasan gitu.)

reaksi tamat.

snippet:

yes may be i am in relationship with my blog. it is not because i am no longer comfortable with concrete human connection. but because i like it. hopefully not too much.

now my real connection with human is getting skinnier. so blogging (sadly) keep me company.
sunk in this world wide web is not something i am proud of but something i hate to say i love it.

expression in my blog is not depression (hopefully not). anything poured in my blog usually something i want to share with people. who in real world i wont across.

so fellow researchers, especially those emphasizing in biodiversity, or nature lover. even photographer (pro, and semi-pro), bloghopper, blogger, computer nerd, friends, reader, whoever you are welcome to read and comment my blog.

i am schooling in Malaysia (kindergarten to graduate study). where educational system somehow, people always have something to comment. from medium of teaching fiasco to the errant pupil who get his ass canned in school assembly.

but still it is not bad. the system still produce real human. no matter what motto or slogan or battle cry you prefer. using english or Bahasa Melayu or both wont stop new breed population from entering the system.

yes after more than 10 years learned english formally, my english is far from perfect.
i am still learning.

p/s: pukul 4 aku nak balik kampung. barang banyak belum berkemas.

2 comments:

SayaFarid said...

blog english blh apply google adesen! yeah

lawati blog : http://ikanstim.blogspot.com/

Jlascanteen said...

ya cari duit bah.. tu pasal lah mengada tulis english

hari2 juga ku lawat ikan stim

thank u for visiting