MEH LAH KLIK...

Wednesday, September 24, 2008

bloghopping blogger.


mr. B berjalan dgn kondifennya..
(gambar hiasan)

macam aku tak ada kerja saja kan. aku memang dah terjerut dalam perangkap bloghopping ni. di semarakkan lagi dgn sikap 'ambil tahu'. bukan lah nak menyebok (mmg menyebok pun). tapi macam nak berhibur lah kan. rumah aku mana ada tv apatah lagi astro. jadi internet ni saja sumber hiburan ulung dan lagha.

malam tadi aku mcm biasa lah kan jenjalan dalam ruang siber. terjumpa blog sorang gay ni. banyak carutan mengarut. sampai dia sentuh isu sensitif spt pkauman n agama. nak blog nak carut suka hati, dosa tanggung sendiri2. tapi bab agama orang kau jangan kutuk lebih2 hokeh. kalau dia cuma kata tak suka saja tak kisah. ni tak, siap lah dgn f-word, B-word, D-word. semua lah abjad2 carutan hollywood tu terkeluar. tapi aku tak lah nak add komen ke hapa. juz baca2 mcm tu saja. tak kuasa aku. lagi pun aku geli nak tinggal komen dlm blognya tu.

huhu.. dalam blog tu centre of attention ialah dia seorang openly gay boy. aku rasa dia sorang saja yang rasa dia tu pretty boy. tak pun boyfriend beliau.

bukan lah nak buat statement homophobic atau apa. lantak lah nak gay. lagipun dia ni tak islam. tapi kalau dah tgk je blog dia tu yang kita nampak dia ni gay semata2 apa jadah nya.
selain dari itu aku tak nampak. dia cuma gay. itu saja. tak ada personaliti lain. tak ada kerja lain. tak endah benda lain. kecuali menjadi seorang gay kuat mencarut lebih dari dia sedut oksigen.

aku rasa gay lain pun openly gay juga. atau dalam bahasa tinseltownian pronounce gay. tapi aku rasa gay lain kisah juga hal kuih mak cik mana yang lebih murah dan sedap. resipi terbaru kfc. jualan murah lacoste. album kompilasi elton john. grey anatomi season baru. bila nak cuci kereta. nak tukar langsir kaler apa. nak bercuti kat mana. bos dia tak guna. tak kan lah semata2 kau tu openly gay kau kena mention benda tu 4 kali sejam. 'hi i am gay'. tu dah kira gay luchah terdesak namanya.

ok tutup kisah si gay tu.

aku nak ucapkan terima kasih kpd pengunjung2 blog ni. aku tahu material dan cerita dalam blog ni tak seberapa. ada gak cita2 nak jadi blog glamour dan menguntungkan macam redmummy. tak pun jadi macam green apple. epal ijau punya blog, aku bukak pukul 4 ptg, ada belasan orang online baca blog dia. aku buka pukul 7 ptg ada 8 orang. aku buka pukul 3 pagi pun aku tak akan keseorangan dalam blog green apple tu. betapa lakunya blog dia.

senang cerita lah korang yg tak pernah baca green apple. kau click saja link kat sidebar aku tu. tengok sendiri.

kadang2 rasa macam stalker pun ada. ye lah nanti orang cakap kau tak ada life ke asyik mengintai blog stranger?. ada kerja aku. cuma aku tak buat. n aku suka nak intai2 blog orang. berbunyi pathetic tak? berbunyi lah tu..

aku selalu baca evolusi seminggu dua ni. sebab... dah aku ambik paper pasal evolusi. sebab tu ada entry2 yg berlabel science. itu pasal benda aku belajar lah tu. sesiapa ada pendapat nak kongsi bersama pasal evolusi boleh lah add komen ya. jgn malu2.

entah kenapa minggu ni aku asyik terjumpa blog student law. student law ni biasanya pandai lah bab mengarang ni kan. so tu yang macam best saja baca blog dorang. actually dulu kan my pa ada hint2 suruh aku belajar law. tapi aku nak jugak belajar teori evolusi khayalan tak konkrit tu.

ada 1 blog aku suka baca lagi KAHUNA. dia ni kan linguist cunning. aku rasa at least dia fasih dalam 3 bahasa. n counting lah. apa pun blog ni memang best. tak caya? click aja link kat sidebar aku tu.

end.

tekak aku sakit. aku dah beli dequadin n strepsil. dah hisap pun. aku minum banyak. walaupun sepatutnya aku mesti bnyk minum air kosong suam. tapi aku belasah juga minum jus oren tym sungkai tadi. kita puasa sehari tak kan nak melantak air suam saja. mesti nak minum air berperasa. semalam aku menghirup kola. sikit je lah. ada baki lagi tu dalam icebox.

harap2 tak berlarutan lah sakit tekak aku ni. nak raya ni. badan pun rasa lebih lesu sikit dari biasa.

chow dulu ya.. my hausmet ajak makan cucur udang. walaupun tekak sakit, aku tak sanggup tolak pelawaan mereka. orang memberi kita merasa.

1 comment:

green apple said...

pasal no. 6 tu nak tau amendenya...kang aku ckp lelebih terus ko tak nak keje lansung pulak..ngeheheh.