MEH LAH KLIK...

Tuesday, September 30, 2008

the best centre back player is...

mula2 aku nak menulis parody. tapi bila sampai 2 perenggan aku delete. sebab tiada idea sangat. ok lah aku pun nak menyebok lah pasal glamourama sekejap. last sunday kan mcm biasa aku akan bangun awal dari biasa sebab aku suka nonton rancangan mellow2. walau macam mana menyampah sekalipun aku dgn mellow tetap juga aku tonton.

yang cerita2 lain tu mcm biasa. standard mellow2. 

yang cerita 15 minit nak abes tu lah selalunya kisah panas2 sikit kan. still standarad mellow juga. mesti korang tahu. begini wartawan ni macam biasa lah kan terjah orang. mangsa terjahan mereka ni pula si pierre andre. kenal tak? aku tak lah minat sangat pierre ni. but i know my sister minat dgn dia. klu pierre buat movie mesti tonton di pawagam punya. except cerita seram lah. 

ok bila nak soal pierre tu punya lah wartawan tu kasar nak mamP! apa hal lu beb? sudah masuk terjah org punya tempat kerja then suruh paksa2 jawab. sampai ada 1 wartawan surat khabar tu siap kata pierre kurang sopan dan tak pro. macam lah dia tu pro sangat? pro lah tu kononnya sebab dah berkecimpung lama. pro sampai diri sendiri pun dah kurang hajar tahap pro.

kalau pierre tak nak jawab pasal hubungan atau hal peribadi dia tu apa hal pulak korang nak tuduh pierre tak pro. itu hak dia lah nak kongsi atau tidak.

jangan lah desak2 orang bongkar kisah peribadi. mungkin tuan punya badan tak nak berkongsi. tak payah lah nak asak bertalu2. kalau pierre (asyik tekan backspace 2-3 kali nak taip nama dia ni) nak kongsi nanti dia kongsi lah tu. biar dia buat keputusan. wartawan2 tu yang tak hormat ruang peribadi orang. samalah macam pencarut masuk blog orang lain lepas tu letak komen mencarut tak sedar diri. perasan dirinya tu punya pendapat paling bernas. sedangkan tak perasan komen2 nya tu tak konsisten. sekejap nak sekejap tak nak. dah tahu diri twisted begitu lagi nak taruh komen carutan banyak2 dalam blog orang lain. 

cerita yang sama pasal pierre ni juga termuat dalam akhbar sisipan. memang lah mereka ni pandai sangat nak buat artis look very bad. bukan aku kata artis bagus sangat. tapi kalau dah ditambah rencah artis enggan beri kerjasama dengan wartawan lah.. artis lari dari ditemubual so on.. maka nampak buruknya artis. sedangkan wartawan tu yg terjah ikut suka ponggong dia nak terjah bila. bukan nak respek orang tu tengah makan, kerja, berehat, bercuti semua lah asalkan dia dapat story.  asalkan dia tahu artis tu tengah bercinta dengan siapa, bila artis tu nak bertunang. alasan ini lah tugas wartawan. jadi kurang ajar tu masuk dalam bidang tugas juga agaknya? 

wartawan2 hiburan ni kadang2 'kebal' atau berasa diri mereka kebal. macam kes fasha sandha ari tu. abis lunyai lah akak ni kena serang. re-group then attack. sampai buat mak orang menangis. mereka ni memang senang hati ke lukakan hati ibu orang? boleh tak lain kali artis pulak yg re-group supaya bila ada rakan yg jadi mangsa. rakan tu tak kena ratah hidup2. 

kalau terjah nak tanya lah pasal apa filem terbaru ke? atau projek2 berkaitan..buat drama ke? bila nak buat promosi filem? tak apa juga. ini asyik tanya tunang nikah kahwin cerai rujuk balik. then mcm biasa 'kami masih dalam proses mengenal hati budi masing2' dah tau jawapannya tak yah lah tanya soalan romance lagi. at least kalau tanya pasal filem or drama tv tu ada chance juga jawapan lain keluar.

1 comment: