MEH LAH KLIK...

Tuesday, September 9, 2008

am i pissed?, kamu bebas bersuara dan dia adalah rasis?...

when angry count 1 2 3

when very angry say the F-word

what a relief....

nope i am not very angry. neither angry. just feel a little bit emm.... how to say huh?? tickled in not funny way. ok just ignore.
people often nursing their frustration or anger with saying the F-word. is it really help? sometime yes. sometime 'cuma menambah dosa' or just make your sin record fatter. the anger still remain.

when people say they are offended by my act (read: honest act). i do feel re-offended. sometime my act do offend people. but they should thank me for being frank. oh ya there is nothing to do with the 'good, non-hypocritical muslim' issue.

but sometime being hypocrite is not really hypocrite. actually something branded as hypocrisy is actually 'being nice'. it is nice to be nice. hold you breath. do not deliver final verdict too soon. because we know nice people suck.

it is not about hypocrite or not. it is a matter of when. when to be nice without being hypocrite and when to be honest without being offensive.

end.

aku sekarang ni hampir menjadi pembaca blog tegar. blog yang aku betul2 suka baca dan berkenan dihati (terhibur). adalah yang termasuk dalam senarai bloghopping ku.

walaupun aku cuba menafikan bahawa aku tidak berminat dgn blog politik yang tumbuh bagai... emm... lalang (sebab banyak yg tiada faedah). tapi sebenarnya aku kerap ambil kisah tentang lalang2 tersebut. bak kata KAHUNA, cerita politik itu adalah sama cuma tukar nama saja.

bila ada orang tanya 'kau sudah kerja'. jawapan standard ku ialah 'belum'. aku pada hakikatnya tidak pandai mencari kerja. cuma menunggu2 nasib2 jika ada pipih datang melayang bulat datang bergolek. ok stop. sebelum orang (mungkin yang rasis) melabel aku dgn label melayu malas, aku akan mengaku bahawa aku memang malas. tapi aku percaya ramai melayu yang rajin.

rasis... kenapa istilah ini sgt rancak disalahguna di malaysia? aku pun tak tau. kita perlu satu kaedah standard utk menentukan bila dan kepada siapa istilah rasis boleh digunakan. jika tidak orang main hentam saja bila nak guna rasis. kan??? bila seseorang memetik kisah sejarah negara bangsa, dia di label rasis. bila seseorang yang lain memberi komen beracun terhadap bangsa lain didalam portal atau blog maka itu kebebasan bersuara. nah bila sesorang itu rasis bila seseorang itu menggunakan hak kebebasan bersuara???

adakah bila seseorang mengucapkan pendapatnya dikhalayak umum itu rasis dan orang yang memberikan pendapatnya yang berselindung disebalik nama samaran (pengecut) di internet itu orang yang bebas bersuara?

ramai sudah lupa betapa sukarnya mendapatkan apa yang kita nikmati sekarang. dan tidak banyak yang aku boleh buat tentang itu.

jika tidak keterlaluan, aku sgt kagum dgn pemikiran TUN, melangkaui zamannya. aku suka baca blog TUN. bukan utk hiburan. tapi untuk belajar serba sedikit cara TUN berfikir. bila TUN beri pendapat ada baiknya kita dengar dan pertimbangkan.

balik kepada cerita ku.

nanti insya Allah akan ku ketemu jua kerja yang sesuai dengan kebolehan ku (bukan kelulusan ku). kerana aku sedar diri ku bagaimana. bak kata orang di akademi, universiti, kolej, dalam interview buletin utama, 'graduan kurang soft skill'.

ya aku kurang soft skill. ya aku tidak suka berpersatuan semasa belajar dulu. aku bukan seorang yg cekap membuat multi tasking. aku akan belajar lagi. kita hidup untuk belajar. dan aku tidak bermaksud untuk peperiksaaan diatas kertas.

tapi aku tahu apa aku minat; internet, tv berehat, makan.

oleh itu aku akan lakukan apa yang aku minat. pada peringkat umur begini aku rasa orang lain tidak sepatutnya paksa aku tinggalkan apa aku minat.

mungkin fotografi juga adalah minat baru. tapi mungkin itu lebih berunsur cari makan. (kamera pun rosak nak tangkap foto guna apa?). aku tangkap foto minda saja tadi semasa melihat sunset di Tanjung Aru. sangat cantik.

oh ya.. gaji pertama ku (elaun sebenarnya) sudah tinggal rm 30. sebab ku belanjakan untuk membeli printer. lexmark. ya murah saja printer baru ku. 1 fungsi saja. hanya boleh print. saiz pun boley digendong (tp jgn lah gendong naik bas, besar juga tu). abg kata disposable printer. tapi yang aku gembira dengan printer murah yang pakai buang ni ialah ku beli dengan duit hasil berhempas pulas secara harfiah (literally).

kalau kamera berfungsi ingin saja aku kongsi gambarnya disini.

bila lagi elaun lain nak masuk. claim aku belum buat lagi.

juz for a record aku bukan Research assistant (R.A).

2 comments:

green apple said...

aku tak marah pun suka sebut f word, camne tu?

Jlascanteen said...

suka hati masing2 lah... kalau larang pun bukan nak ikut larangan..