MEH LAH KLIK...

Friday, September 5, 2008

4 Ramadhan.


moss

biasalah hari khamis ada lab plant diversity. malas tadi aku pg lab tu. sbb emm.. malas lah. yang baiknya dapat juga aku revise balik pelajaran dulu2. baru aku ingat balik bahawa lumut hati ada 2 jenis; bertalus dan berdaun (tak faham ayat ini, sila ignore). tu pun lepas the expert mentioned, klu x haram... aku nak ingat.

ya, walaupun bayaran tak mewah. kerjanya pun bukan lah susah sgt. jadi lab demonstrator cap bidan terjun. but this is the my first paid job. sbnrnya hari tu pun ada buat kerja berbayar, jd field assistant cap bidan terjun juga. first time in my life aku kerja dan dibayar. walaupun aku suda menginjak usia 20-an. ini lah pertama kali aku kerja dibayar.

knp aku asyik tulis kerja ku berjenama bidan terjun?. aku bukan kerja jd bidan (gila lah memang mitos jika aku menjadi bidan), mahupun atlet terjun (diver). tp kedua2 kerja itu landed to me by luck and secara tiba2. masa jd field assistant ari tu pun sepatutnya bukan aku. tp kebetulan field assistant x boley pg field. so Alhamdullilah, aku yg dapat kerja tu. walaupun hakikatnya, aku tidak menyumbang kepada bidang sains semasa di lapangan ketika itu. apa pun terima kasih lah..

sebelum ni dulu ada jd intern di jabatan pertanian. nama pun intern dgn govt. memang lah tanpa bayaran. selain dari itu aku memang tidak pernah bekerja.

ok balik cerita dalam lab.
mossy forest

tadi tu lab lumut. so bukan lah seperit mana pun. aku buat2 tahu banyak walaupun tak banyak. at least more than what those students know (i guess). ceh! sebenarnya aku pun tgk nota juga. nasib baik lah ada nota lama from my mentor zaman ukm dulu. walaupun sudah rabak. ku bimbit juga ke dalam lab sbg rujukan. n yes it help. aku tertidur2 baca nota2 tu sebelum ke lab. tp dlm lab control lah. jaga perasaan student2 agar mereka tak berapa tahu bahawa aku pun bukan tau sangat lumut2 ni.

dalam aku terkial2 merujuk nota. pelajar2 pun sebok tanya itu dan ini. 'baca lah lab manual' kata aku dalam hati. aku pun cuba entertain seboleh mungkin soalan2 mereka. n sambil2 mengarah mereka buat lab cepat2. maklumlah bulan puasa. aku x mau lah terbabas bersungkai (berbuka).

mcm biasa lah ada yg main2 ada terlebih bersungguh. aku tau mereka semua cuma mahu markah tinggi. sorry lah ya... belum tahu aku yg marking your report. kalau aku marking pun bukannya aku mulia sgt tak potong markah kalian.

cakap english mcm terabur ntah apa2 nasib lah nak paham tak paham suka hati. yg penting submit report kan??. belajar di malaysia, cakap english. belajar di england haram lah english tu nak cakap melayu. oleh itu... suka hati lah ckp bahasa apa pun.

ada juga lucunya pelajar ni. sbb tgk daun lumut yg kecil tu tanpa membuat slaid. agak ajaib lah mata mereka itu. walaupun aku tunjuk mcm mana nak buat slaid daun lumut. x semua yg came foward n learn. ada lah sekerat 2. tu pun aku siap paksa2 lagi. yg lain2 tu... biarlah. tidak tahu membuat slaid daun lumut bukan jenayah di malaysia.
red sphagnum
1 benda, somehow, i like binocular. donno why. tak lah de' bom binoc utk lab botani tu. de'bom lagi binoc di lab ibtp. mungkin sbb binoc tu more or less mcm binoc aku guna tym mula2 aku belajar lumut. ceh macam lama sudah... tahun lepas saja pun...

student2 tu mcm terpedaya lah dgn aku, sbb mereka fikir aku boleh ajar mereka tentang plant diversity. sebenarnya aku pun terkial2 baca buku balik. most importantly. aku sanggup jaga lab tu pun sebab aku yg nak belajar mcm mana nak mengajar, beside refresh balik ajaran dulu2. n ofkoz lah sbb kerja itu berbayar.

2 comments:

green apple said...

ko buat aku rindu nak blajo balikkkkkkkkk!!!

Jlascanteen said...

dah rindu. belajar lah balik.

thanks for visiting