MEH LAH KLIK...

Wednesday, September 10, 2008

31 Ogos dan 16 September




*full english translation is not available. warning : entry panjang.
peta negeri sabah. sepatutnya peta ni aku download utk diguna buat projek proposal.


Alhamdullilah, hari ni selesai tanggungjawab ramdhan hari ke-10.

beberapa hari lagi 16 september akan tiba. tahun ini 16 sept. agak istimewa kerana diwarnai dengan percakaran dan perebutan Malaysian political nirvana (quoting writer of nst). apa pun aku malas nak menulis heavy politik disini kerana banyak lah blog lalang lain lagi yang boleh dilayari yg menulis pasal itu semua.

ok fokus.

sebenarnya semasa aku melompat blog malam tadi (sebelum sahur). aku terjumpa satu blog tulisan rakyat malaysia yg berada di oversea. sudah ku link kan blog nya.. ada tu di dlm list bloghoppingku.

aku tertarik dgn entry pasal 31 ogos n 16 sept. bila sebenarnya kita seharusnya sambut merdeka ni.. sebab 31 hari kemerdekaan malaya dan 16 pembentukkan malaysia. jadi banyak lah komen2 dalam blog itu... (sory nda pandai aku tulis tajuk blog tu.. blajar french sebulan jak).

ada yg setuju 31 ada yang mahu 16 (especially my fellow sabahan lah) ada yang komen berapi2 siap tulis f word. yang no balls pengecut anonymous (opss termencarut kah aku?) pun ada menyelit siap tuduh org yg guna f word tu sissy.
gambar jalan raya kampung pimping membakut sabah setelah merdeka. gambar diambil dari group frenster kg.pimping

nah... aku ni macam berhaluan moderate lah. sebab agak kurang manis (hehehe tambah gula lah lain kali) jika aku pun turut sama mengguna f word dlm komenku d blog org lain. aku guna f word dlm blog aku jak.

jadi aku pun bagi lah pendapat peribadi. 31 n 16 ni macam hari raya puasa n raya haji. nah ada di sesetengah tempat raya puasa meriah yg amat.. siap pasang bedil buluh, kain rentang, anyam ketupat, sembelih ayam, bakar lemang, pasang cucul (pelita), pukul bedok. tapi raya haji pula biasa jak.. ada lah juga sembahyang raya, pas tu jamuan. then lepak depan tv (aku lah tu).

ada di tpt lain raya haji pula meriah yg amat, buat biskut, sembelih sapi, sembelih kambing, potong bawang, pertandingan marhaban, ziarah menziarah, buat gulai, kenduri kendara. tapi raya puasa pula pigi sembahyang raya pun pakai kain pelikat n t shirt jak, lepas makan jamuan (both rayas umat islam wajib makan), sambung balik tidur.

macam tu lah 31 n 16. mungkin sabah sarawak 16 sept semeriah 31 ogos. tapi malaya releks jak 16 sept. tarikh singapura keluar dari malaysia nda pulak kamu bangkitkan jadi topik pertelingkahan siber. sedangkan bila singapura keluar dr malaysia tu lah betul2 kita jadi malaysia mcm yg ada sekarang.

aku mensyorkan kita sambut lah merdeka pada 31 ogos sbg tarikh rasmi di seluruh negara. n 16 sept tu pun sambut lah juga. sekarang ni sambut merdeka pun cuma sekadar bercuti umum saja. so apa yang nak dicakarkan bila tarikh sebenar malaysia merdeka. if people want to pasang bunga api secara rasmi sambut merdeka bersama2 rakyat malaysia nah pasang jak 31 ogos. then kalau masih ada yang mau raikan 16 sept tu pasang lah lagi bunga api, berkawad2, cuti umum lah lagi sekali. (huh tak produktif nya cadangan...)

aku sudah lama tidak menyambut cuti 31 n 16 di dataran2 bersesak2 dengan rakyat malaysia (dan juga pti) utk tggu 12 tgh mlm n teriak merdeka. aku prefer tgk siaran langsung di tv, bersama ahli keluarga. sambil2 makan megi kah... so lagi selesa. aku boleh saja sambut merdeka tiap2 hari. senang kan.. tanpa berkawad2 ,tanpa bunga api, tanpa siaran langsung, tanpa cuti umum, pun masih lagi kita boleh merasa sambut merdeka.

sambutan merdeka harus disambut dengan jiwa. dengan rasa syukur. dengan rasa penghargaan kepada org terdahulu yg berjasa. and not as an excuse for night outing.

oleh itu tinggalkan rasa confuse atau bingung tentang tarikh bila merdeka harus disambut secara meriah. 31 ogos dan 16 sept keduanya pun hari merdeka malaysia. seperti juga bila tarikh raya? raya puasa konfem 1 syawal, raya haji konfem 10 zulhijjah. tak kisah mana satu raya yg kamu rasa nak sambut dgn lebih meriah.

perkara seterusnya yg aku mo cerita ni sudah aku tulis sikit dlm komenku di blog org lain tu. nda apa lah baca saja kalau mau hokeh! sebenarnya bukan malaysia saja yg ada 2 tarikh merdeka ni. amerika yg demokrasi nya sudah matang terlebih masak tu pun ada tarikh merdeka lain. amerika mengisytiharkan kemerdekaan rasmi dr british pada 4th july 1776. selepas perang revolusi (betul kah ni... nama perang ni?). seterusnya commander in cheif pada ketika itu george washington pun sworn jd the first president of usa.

dan pada tahun 18?? (aku nda ingat sila baca wikipedia yg berhampiran). berlaku lah perang amerika mexico. biasak lah kan mcm wayang hollywood amerika pun menang. then california ketika itu merangkumi juga negeri2 yg kini dikenali sbg nevada n beberapa lagi yg bersempadan pun masuk lah USA ni. masa tu ada ura2 california yg besar gila tu merangkumi west coast (mcm snoop dogg selalu merepek tu west side west side) tu hampir2 membentuk persekutuan california (lebih kurang lah ya..). dibawah bendera cap bintang beruang (atau beruang berbintang). tapi ntah mcm mana akhirnya masuk juga lah california tu bersama2 USA.

so boleh nampak tak persamaan sejarah amerika ni dengan sejarah malaysia?. ada lah sikit2 kan sebab bila sabah sarawak singapore bersetuju bersama malaya untuk membentuk malaysia adalah selepas 31 ogos 1957.

tapi setakat ni tak ada pulak tulis dalam wikipedia orang california dan jiran2 mereka (nevada n lain2) beriya2 sambut merdeka berdasarkan tarikh bila dorang join USA. mereka tetap ceria berbeku dan makan pai epal (macam aku pernah tgk jak urang amerika ni sambut merdeka kan..?) pada 4th july. jadi tetap lah sudah tarikh merdeka amerika 4th july.


peta amerika. di download pun utk aku tahu lokasi dimana terletaknya museum2 natural history di amerika.

nak sambung kah kisah2 negeri2 selatan berperang dengan negeri2 utara di amerika? perang saudara amerika tu... nda payah lah kan nanti jadi history channel pula blog aku ni. tp jika ada permintaan dari pembaca nanti aku tulis lah sejarah amerika versi jlasyko scanteen.

ok nak tambah rencah bagi berperisa sikit. ada sekali tu iklan Absolut Vodka (cuba teka produk negara mana jenama vodka ni?) utk tayangan di mexico memaparkan peta mexico dan california. yg jadi kontroversinya.. caption utk gambar iklan itu ialah 'Absolut Country'. maksud negara mexico sebenarnya merangkumi wilayah california. maka meroyan lah beberapa orang di amerika marah kan iklan tu. dia claim bahawa mereka org amerika so jgn nak memandai2 kata mereka org mexico.

oleh itu bila org selatan filipina cuba nak claim sabah ni mereka punya 'absolut country' kami orang sabah marah. 'nda bulih. sebab kami sudah jadi malaysia... hokeh.. jgn kau pandai2 sana..' nampak tak sedikit persamaan disini?

sekian entry yg panjang. terima kasih.

1 comment:

Ld said...

iyup... nice idea hihi...
ngam la ituuuu ;p

xpyhla kta mau p bcakaran tntg tu ari mrdeka kn...kita smbut jak dua2 cm rya puasa n hji ;p

owh aku trtrik woo trik 16/9 ni kta tgu n liat hihihi