MEH LAH KLIK...

Wednesday, September 17, 2008

17 ramadhan, aku masak sambal.

salam,

alhamdulillah selesai tanggungjawab puasa hari ini. tadi berbuka homemade nasi lemak. mula2 aku teragak2 nak buat. selepas mendapat konsultasi dari hausmet ku si K-Fid (first tym aku reveal nama hausmet), maka aku pun ala2 berani lah nak buat. plan asalnya aku nak buat redah sendiri saja. tapi wait a minute, aku fikir balik aku tak nak lah basuh periuk free2 jak tanpa makan dengan puas. mana tau nasi lemak tu hangus atau mentah, konfem aku basuh periuk dgn perut lapar.

then aku contact lah si K-fid yg lebih pengalaman sbg hauswife. then k-fid sanggup tolong n konsult aktiviti bidan terjun ni. dia pesan beli santan dalam kotak and halia. aku pun zup zap zup, berlari ke giant (bukan ke langit). aku masuk2 jak giant tu nampak my other hausmet tgh beratur di kaunter kasier (cashier). aku terus ke sektion para2 jual santan2, ambil 2 kotak santan liquid 2 pek santan serbuk. maklum lah aku bukan pengalaman sebab tu aku ambil bnyk, macam nak masak nasi lemak segantang gitu. aku tak lupa simbat (ambil) cili giling, halia. then aku terus potong q, suruh hausmet aku yg bayarkan dulu. balik aku tumpang dia.

sampai rumah k-fid sudah siap2 tggu kami, dia baru balik dr jaga library. so aku pun tak membuang masa sebab sudah pukul 5 pm++ gitu. potong2 bawang, cuci bilis, zup zap zup. taadaa... aku goreng bilis, then tumis bawang, nak masak sambal. sementara aku terkial2 menghandle sambal. k-fid masak nasi. fuhh... nasib baik ada dia kalau tak konfem tak jadi nasi lemak. aku ingat nasi lemak juz letak santan saja, rupanya kena tambah halia, serai n sedikit garam supaya lebih berperasa n lemak. tapi aku berjaya memasak sambal. my other hausmet handle bahagian air. hari ni dia ngidam minum air cincau. maka kami pun tumpang sejag lah air cincaunya. then after aku siap masak sambal. hausmet masak kobis.

dalam masa kurang sejam tu siap lah nasi lemak express kami. penangan mengidam ni. tak pandai masak jadi pandai. ada saja pun nasi lemak jual di mana2 kedai. cuma kali ni aku nak sangat test power buat sendiri. alhamdullilah berjaya. walaupun bukan lah gempak sangat. tapi syukurlah nasi lemak tu ada rupa dan rasa nasi lemak. bahan2 pun bukannya tip top, so kira ok lah tu.

masin juga rasa sambal aku tu. walaupun aku banyak taruh gula dari garam. mungkin cili giling tu n bilis dah sedia masin. i dunno. aku tau aku akan bragging pasal aku masak sambal ni sampai raya haji tahun depan. bukan senang tangan keras macam aku ni masak sambal.

nanti nak cuba masak rendang2an... tapi sudah separuh bulan puasa. aku yakin minggu terakhir puasa semua org akan pakat2 balik kampung. maka tangguh lah dulu kisah rendang2 tu ya. mana tau aku lepas ni tebar adunan tepung buat roti canai kah.. siapa tahu kan??..

tadi dapur agak berselerak lah. sebab aku yang masak. abis terpercik kiri kanan time aku masukkan cili giling ke dalam kuali panas td. jangan risau aku dah lap yg terpercik2 tu semua. thank you kpd hausmet2 yg tolong masak tadi.

2 comments:

green apple said...

dah hujung2 pose ni jangan masak wehh, beli je..bagi sokongan sket kat peniaga-peniaga.

muehehhhe.

Jlascanteen said...

green apple. aku sahur n sungkai (buka puasa)masak.

sory ya peniaga2 kecil... aku ini golongan tiada pendapatan