MEH LAH KLIK...

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam Aidilfitri 


sempena hari yang mulia ini hendaklah kita menghulurkan tangan dan bermaaf-maafan

 agar dapat menghapus kesilapan yang lalu... 

bersyukur kerana boleh merayakan aidilfitri bersama-sama keluarga tersayang
kepada pengguna jalan raya. berhati-hati memandu ketika balik kampung atau ketika pergi beraya ke mana-mana jua destinasi

bersyukurlah dengan hidangan dan juadah yang disediakan untuk hari raya...

hidangan dan juadah dinikmati bersama. 
jangan di lupakan orang tua kita.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN. HAPPY EID!
FROM: jlasyko scanteen n family

random pictures

i like tuxedo and wedding pictures so.. here some for cuci mata 

maya karin and her new husband. i cant google her other wed's picture. actually the husband look very good in black baju melayu during the reception @ FRIM. maya karin? she is as beautiful as always. enufff said!. taken from zambio.com


these beautiful pix are downloaded from various web site and re-produce here. they are not originally mine. 

the best centre back player is...

mula2 aku nak menulis parody. tapi bila sampai 2 perenggan aku delete. sebab tiada idea sangat. ok lah aku pun nak menyebok lah pasal glamourama sekejap. last sunday kan mcm biasa aku akan bangun awal dari biasa sebab aku suka nonton rancangan mellow2. walau macam mana menyampah sekalipun aku dgn mellow tetap juga aku tonton.

yang cerita2 lain tu mcm biasa. standard mellow2. 

yang cerita 15 minit nak abes tu lah selalunya kisah panas2 sikit kan. still standarad mellow juga. mesti korang tahu. begini wartawan ni macam biasa lah kan terjah orang. mangsa terjahan mereka ni pula si pierre andre. kenal tak? aku tak lah minat sangat pierre ni. but i know my sister minat dgn dia. klu pierre buat movie mesti tonton di pawagam punya. except cerita seram lah. 

ok bila nak soal pierre tu punya lah wartawan tu kasar nak mamP! apa hal lu beb? sudah masuk terjah org punya tempat kerja then suruh paksa2 jawab. sampai ada 1 wartawan surat khabar tu siap kata pierre kurang sopan dan tak pro. macam lah dia tu pro sangat? pro lah tu kononnya sebab dah berkecimpung lama. pro sampai diri sendiri pun dah kurang hajar tahap pro.

kalau pierre tak nak jawab pasal hubungan atau hal peribadi dia tu apa hal pulak korang nak tuduh pierre tak pro. itu hak dia lah nak kongsi atau tidak.

jangan lah desak2 orang bongkar kisah peribadi. mungkin tuan punya badan tak nak berkongsi. tak payah lah nak asak bertalu2. kalau pierre (asyik tekan backspace 2-3 kali nak taip nama dia ni) nak kongsi nanti dia kongsi lah tu. biar dia buat keputusan. wartawan2 tu yang tak hormat ruang peribadi orang. samalah macam pencarut masuk blog orang lain lepas tu letak komen mencarut tak sedar diri. perasan dirinya tu punya pendapat paling bernas. sedangkan tak perasan komen2 nya tu tak konsisten. sekejap nak sekejap tak nak. dah tahu diri twisted begitu lagi nak taruh komen carutan banyak2 dalam blog orang lain. 

cerita yang sama pasal pierre ni juga termuat dalam akhbar sisipan. memang lah mereka ni pandai sangat nak buat artis look very bad. bukan aku kata artis bagus sangat. tapi kalau dah ditambah rencah artis enggan beri kerjasama dengan wartawan lah.. artis lari dari ditemubual so on.. maka nampak buruknya artis. sedangkan wartawan tu yg terjah ikut suka ponggong dia nak terjah bila. bukan nak respek orang tu tengah makan, kerja, berehat, bercuti semua lah asalkan dia dapat story.  asalkan dia tahu artis tu tengah bercinta dengan siapa, bila artis tu nak bertunang. alasan ini lah tugas wartawan. jadi kurang ajar tu masuk dalam bidang tugas juga agaknya? 

wartawan2 hiburan ni kadang2 'kebal' atau berasa diri mereka kebal. macam kes fasha sandha ari tu. abis lunyai lah akak ni kena serang. re-group then attack. sampai buat mak orang menangis. mereka ni memang senang hati ke lukakan hati ibu orang? boleh tak lain kali artis pulak yg re-group supaya bila ada rakan yg jadi mangsa. rakan tu tak kena ratah hidup2. 

kalau terjah nak tanya lah pasal apa filem terbaru ke? atau projek2 berkaitan..buat drama ke? bila nak buat promosi filem? tak apa juga. ini asyik tanya tunang nikah kahwin cerai rujuk balik. then mcm biasa 'kami masih dalam proses mengenal hati budi masing2' dah tau jawapannya tak yah lah tanya soalan romance lagi. at least kalau tanya pasal filem or drama tv tu ada chance juga jawapan lain keluar.

Sunday, September 28, 2008

my email answered


in my past entry i mentioned about a rude s17 clerk who challenged me to file complaint against him. so i did. because he asked for it.

i wrote a complaint letter and emailed it to his superior. 

today i received an email from his superiors and they (the big boss and the customer service head staff) said they will investigate the complaint and ask for my phone number just in case they need to contact me regarding this matter. 

i don't really care what further action will be taken against the culprit s17 clerk. but if his superiors need me to give his name. i will be glad to email them his full name with his picture attached. 

hopefully in future the culprit s17 clerk will be not assigned to stamp book on the counter. because apparently he is not able to do so. poor him. he wears a very good looking office apparel everyday, but sadly he is too horribly dumb to do his job. which is stamping book. basically i gave him a favour by filed complaint against him. to end his misery. 

i said you messed with wrong person. see? i am right. why not reading books around you once in a while instead of surfing internet using the office's pc Yusri? reading is good for your brain 

ini lah dzulnashriq rupanya....

ini adalah sambungan kepada entry 'siapa dzulnashriq?'. aku terus tulis sebab dzulnashriq terus memberikan komen2 nya yang more or less utk jlascanteen didalam blog milikan asriharif. seperti biasa aku lebih suka bagi sedikit komen balas dalam asriharif dan komen panjang dengan teks2 yang berat kilobitnya dalam blog milikan sendiri. sebelum pergi lebih jauh berikut adalah komen2 dzulnashriq yang aku copy paste dari kolum komen laman blog asriharif 

to jlascanteen,
what do u mean anwarisme?did i say i am anwar's follower?adakah reformasi itu sinonim dgn anwar?kata2 anda amat menyentuh jiwa ini,terima kasih..aku bertanyakan tentang rampasan kuasa pada kacamata anda wahai jlascanteen,dan tidak timbul isu anwar dlm hal ini..dan aku faham tentang reformasi politik itu,pada skop yg lebih luas,dan tidak sesempit anda..
aku tidak mahu tahu tentang demokrasi pada pandangan pribadi anda,anda simpanlah buah fikiran itu pada blog(atau aku lebih suka gelarnya GOBLOG) dan canangkan tentang fikiran anda disana,selamat mencanang diucapkan..kenapa kau mahu tahu tentang election dan aku??adakah aku perlu m'undi,then baru layak utk berkata tentang politik??perlukah??adakah election itu wajib?fikir dahulu sebelum bertanya ya saudara..

sekian..
:to asrih mentor ku,slamat hari raya eidfitri!!


my defense;
bukan aku tuduh si dzulnashriq ni pengikut anwar. aku cuma tertanya2 apa jenis reformasi yang difahami oleh dzulnashriq? adakah bermaksud dari segi harfiah atau dari segi fahaman anwarisme atau yang bagaimana? fahaman peribadi aku tentang reformasi sudah ditulis di dalam entry 'siapa dzulnashriq?' dan contoh2 yang aku berikan juga merujuk kepada negara2 thailand, myanmar, pakistan dan indonesia. 

andai nya contoh2 itu cukup sempit untuk dzulnashriq maka bukan lah dalam keupayaan ku untuk memberikan satu tulisan yang lebih ilmiah berkaitan dengan isu demokrasi dan reformasi. ya cuma 4 buah negara. hanya itu yang ku boleh berikan. jika ini dikira sebagai kelemahan atau pengetahuan yang belum cukup. maka aku terima dan akan cuba perbaiki pada masa akan datang.

tapi tiada sekali pun dzulnashriq memberikan maksud fahamnnya tentang skop reformasi yang lebih meluas. cuma dia mengatakan pandangan ku itu terlalu sempit bagi dirinya yang sudah memasuki dua buah universiti. 

mula2 si dzulnashriq komen begini;
To Jlascanteen:
What do you mean about "demokrasi sudah dicalar"?i'm really want to know what does demokrasi means to you?dan apakah rampasan kuasa?are you sure about rampasan kuasa akan berlaku?rampasan kuasa dengan reformasi politik adalah suatu benda yg berlainan..
who care about amerika, they are well known as big liar, we are talking about malaysia here,you got my point there.. 
you said "masalah ceremony kah apa ni?"no dude, there are no problemo about masalah ceremony, this is about correcting the fact of history, that had been manipulated by the so-called-historian..this is about the pride, the rights and voices of the people, the real MALAYSIAN, especially sabahan & sarawakian..we don't give a damn about those ceremony, bakar mercun, that costs rm500k for 15minutes, and pollute the air with those poisonous smoke..
we want to be heard, and take our rights back..

~i question everything,and learn something~

selepas itu dzul tulis begini;
aku tidak mahu tahu tentang demokrasi pada pandangan pribadi anda,anda simpanlah buah fikiran itu pada blog(atau aku lebih suka gelarnya GOBLOG) dan canangkan tentang fikiran anda disana,selamat mencanang diucapkan... 


nampak tak betapa dia tidak mahu mengetahui pendapat orang lain hanya pendapat nya sahaja yang boleh diutarakan?

mula2 dzulnashriq minta dengan perkataan 'really want to know' apa kah pandangan saya tentang demokrasi. apabila saya nyatakan nya dalam blog saya. tiba2 dia datang lagi dengan komen 'aku tidak mahu tahu' 

sesetengah orang agak obses dengan apa yang dia mahu tahu sehingga kan tidak konsisten dengan apa yang dia mahu. saya lebih suka mengembalikan kepada kebijaksanaan khalayak pembaca blog diluar sana untuk menilai komen2 dzulnashriq ini. 

kerana jika hanya aku yang memberikan pendapat peribadi maka akan dituduh sekali lagi pandangan ku sempit sedangkan ini adalah blog peribadi. adalah dalam pilihanku untuk menulis sejauh mana langkauan skop sesuatu tajuk atau isu. 

aku masih lagi percaya bahawa jika anda hendak menggunakan blog anda untuk mengutuk atau mencarut itu adalah pilihan peribadi masing masing (dan juga tanggungjawab masing2) tapi adalah tidak wajar jika anda menggunakan blog orang lain untuk menghantar komen2 yang mengandungi bahasa kasar. adakah satu kelaziman orang yg sedemikian mencarut jika masuk ke rumah orang lain? hanya dia saja yang boleh menjawab soalan itu. 


dibawah ini juga adalah komen dzulnashriq;
to jlascanteen:
hahaha,terima kasih psl komen aku,hentam aku,tikam aku guna keyboard ko tu dlm blog ko..ribuan terima kasih di ucapkan..ckp depan2 la kalo berani,jgn la hentam aku dari belakang,tanpa bgtau aku,ok..actually,ko tanya siapa dzulnashriq tu dgn siapa jg?luahan perasaan kah itu?ko involve dgn politik ni bila lagi?aku juz mo ckp,aku into this activism dan tulis artikel politikal dari since 2002,and i'm more into gerakan bwh tanah,dan aku tidak famous..so kalo mo debat lg,carry on,no hal,utk kepentingan bersama jg,bg cukup ja knowledge ko tu,ok..young blood?apa tu?utk aku ka?kita pernah jumpa ka b4 ni?camna ko judge aku gitu?hmm,ganjil....
ok,siapa aku?aku former student uitm n ums(present), fuckin enough to say(oops,did i say the f word again?yeah,i am!!!so what?)..

take care dude,teruskan menulis dlm blog indah ko ni..ok..adios n salam reformasi
~go get yourself a mirror~

...............
semakin lama yang ku rasakan hal2 ini sudah menjadi peribadi. sedangkan pada mulanya aku menulis komen berkenaan dengan isu tarikh kemerdekaan malaysia. sebagai respon kepada entry yg ditulis dalam blog asriharif. dan pada mulanya komenku yang ada kaitan dengan reformasi dan demokrasi hanya ditujukan kepada satu komen lain yang bukan milik dzulnashriq. seperti dulu, aku masih nyatakan itu pandangan peribadi. jika sesiapa ada pandangan lain. maka itu pilihan masing2.

tanpa ku sangkan dzulnashriq menulis komen2 yang seperti diatas. hanya kerana ada orang lain menyuarakan pandangan. 

adalah pilihan dzulnashriq untuk menulis artikel politikal sejak tahun 2002. dan juga jika dia mahu terlibat dengan aktivism bawah tanah. bukan lah dalam keupayaanku untuk menghentikan apa2 jua yang beliau pilih. 

aku tidak involve dengan politik secara terus. adakah sesorang itu harus involve dengan aktivism dan penulisan artikel politikal sejak 2002 untuk memberikan pandangan tentang demokrasi dan reformasi? sama lah seperti yang ditulis oleh dzulnashriq,  
adakah aku perlu m'undi,then baru layak utk berkata tentang politik??perlukah??adakah election itu wajib?.

kadang2 begini lah yang terjadi. tidak sependapat. dan tidak semestinya hanya ada 1 saja pendapat yg betul. terpulang lah kepada penilaian masing2. 

jangan kerana kau sebagai former uitm student dan ums (present) maka itu sudah cukup mengangkat peribadi mu. 

diterima belajar atau bergraduasi dari 2 buah universiti bukan lah sesuatu fenomena. ya biasa lah tu belajar di universiti. atau bekerja diuniversiti. sesuatu yang kita seharusnya bersyukur kerana berpeluang menambahkan pengetahuan. 

adakah belajar didalam 2 buah universiti sudah cukup menCERMINkan siapa kita?  itu lah yang dzulnashriq mahu highlight dalam peribadi beliau. dzulnashriq ialah bekas pelajar uitm dan sekarang menuntut di ums. itu lah bayangan yang direfleks oleh cermin diri dzulnashriq

jadi sekarang ramai sudah tahu siapa dzulnashriq dia ialah pelajar 2 buah universiti, iaitu uitm dan ums. dan juga penulis artikel politikal sejak tahun 2002 disamping itu dia juga seorang yang terlibat dalam aktivism yang mengaku dirinya tidak popular. 

terjawablah lah sudah entry 'siapa dzulnashriq?' dengan entry ini. 

Wednesday, September 24, 2008

bloghopping blogger.


mr. B berjalan dgn kondifennya..
(gambar hiasan)

macam aku tak ada kerja saja kan. aku memang dah terjerut dalam perangkap bloghopping ni. di semarakkan lagi dgn sikap 'ambil tahu'. bukan lah nak menyebok (mmg menyebok pun). tapi macam nak berhibur lah kan. rumah aku mana ada tv apatah lagi astro. jadi internet ni saja sumber hiburan ulung dan lagha.

malam tadi aku mcm biasa lah kan jenjalan dalam ruang siber. terjumpa blog sorang gay ni. banyak carutan mengarut. sampai dia sentuh isu sensitif spt pkauman n agama. nak blog nak carut suka hati, dosa tanggung sendiri2. tapi bab agama orang kau jangan kutuk lebih2 hokeh. kalau dia cuma kata tak suka saja tak kisah. ni tak, siap lah dgn f-word, B-word, D-word. semua lah abjad2 carutan hollywood tu terkeluar. tapi aku tak lah nak add komen ke hapa. juz baca2 mcm tu saja. tak kuasa aku. lagi pun aku geli nak tinggal komen dlm blognya tu.

huhu.. dalam blog tu centre of attention ialah dia seorang openly gay boy. aku rasa dia sorang saja yang rasa dia tu pretty boy. tak pun boyfriend beliau.

bukan lah nak buat statement homophobic atau apa. lantak lah nak gay. lagipun dia ni tak islam. tapi kalau dah tgk je blog dia tu yang kita nampak dia ni gay semata2 apa jadah nya.
selain dari itu aku tak nampak. dia cuma gay. itu saja. tak ada personaliti lain. tak ada kerja lain. tak endah benda lain. kecuali menjadi seorang gay kuat mencarut lebih dari dia sedut oksigen.

aku rasa gay lain pun openly gay juga. atau dalam bahasa tinseltownian pronounce gay. tapi aku rasa gay lain kisah juga hal kuih mak cik mana yang lebih murah dan sedap. resipi terbaru kfc. jualan murah lacoste. album kompilasi elton john. grey anatomi season baru. bila nak cuci kereta. nak tukar langsir kaler apa. nak bercuti kat mana. bos dia tak guna. tak kan lah semata2 kau tu openly gay kau kena mention benda tu 4 kali sejam. 'hi i am gay'. tu dah kira gay luchah terdesak namanya.

ok tutup kisah si gay tu.

aku nak ucapkan terima kasih kpd pengunjung2 blog ni. aku tahu material dan cerita dalam blog ni tak seberapa. ada gak cita2 nak jadi blog glamour dan menguntungkan macam redmummy. tak pun jadi macam green apple. epal ijau punya blog, aku bukak pukul 4 ptg, ada belasan orang online baca blog dia. aku buka pukul 7 ptg ada 8 orang. aku buka pukul 3 pagi pun aku tak akan keseorangan dalam blog green apple tu. betapa lakunya blog dia.

senang cerita lah korang yg tak pernah baca green apple. kau click saja link kat sidebar aku tu. tengok sendiri.

kadang2 rasa macam stalker pun ada. ye lah nanti orang cakap kau tak ada life ke asyik mengintai blog stranger?. ada kerja aku. cuma aku tak buat. n aku suka nak intai2 blog orang. berbunyi pathetic tak? berbunyi lah tu..

aku selalu baca evolusi seminggu dua ni. sebab... dah aku ambik paper pasal evolusi. sebab tu ada entry2 yg berlabel science. itu pasal benda aku belajar lah tu. sesiapa ada pendapat nak kongsi bersama pasal evolusi boleh lah add komen ya. jgn malu2.

entah kenapa minggu ni aku asyik terjumpa blog student law. student law ni biasanya pandai lah bab mengarang ni kan. so tu yang macam best saja baca blog dorang. actually dulu kan my pa ada hint2 suruh aku belajar law. tapi aku nak jugak belajar teori evolusi khayalan tak konkrit tu.

ada 1 blog aku suka baca lagi KAHUNA. dia ni kan linguist cunning. aku rasa at least dia fasih dalam 3 bahasa. n counting lah. apa pun blog ni memang best. tak caya? click aja link kat sidebar aku tu.

end.

tekak aku sakit. aku dah beli dequadin n strepsil. dah hisap pun. aku minum banyak. walaupun sepatutnya aku mesti bnyk minum air kosong suam. tapi aku belasah juga minum jus oren tym sungkai tadi. kita puasa sehari tak kan nak melantak air suam saja. mesti nak minum air berperasa. semalam aku menghirup kola. sikit je lah. ada baki lagi tu dalam icebox.

harap2 tak berlarutan lah sakit tekak aku ni. nak raya ni. badan pun rasa lebih lesu sikit dari biasa.

chow dulu ya.. my hausmet ajak makan cucur udang. walaupun tekak sakit, aku tak sanggup tolak pelawaan mereka. orang memberi kita merasa.

vulture and condor


i just finish reading online articles about vultures and condors. and also copied and pasted those texts, just in case i need to refer anything about it.

vulture (old world) and condor (new world) are evolved separately. and some say the condor is related to stork (the bird that deliver baby in warner bros cartoon).

opps nak pegi giant kejap. nanti update

*hokeh i am back!

kejap tadi pegi giant dgn my roomies. biasalah kan beli bahan mentah untuk masak penyungkaian (juadah berbuka). punya jahat aku my roomies masak aku tgh sibuk ketuk kibod update blog. betapa aku sayang dgn mr. B hahaha.... tapi yang masak sahur aku ya. dengan bantuan rakan2 lah juga.

mula2 aku nak tulis entry ni dlm english. tapi sbb dah tersasul pergi supermarket tadi. kita tulis campur2 lah kan. nak marah? tak suka? gi tulis dalam blog masing2 'saya tak suka jlascanteen tulis blog dalam bahasa campur2 kerana merosak bahasa'.

ok fokus.. td nak cerita pasal evolusi burung. atau lebih tepat lagi vultures.

there are two groups of vultures; new world and old world. just like monkey. tahu tak monkey ada jenis dunia lama dan dunia baru?. kalau tak tau apa itu dunia lama dan dunia baru. cuba google. atau pun letak saja komen pertanyaan dlm entry ni. dunia baru ni tiada kaitan dgn drama kolej dunia baru ok.

mcm yg aku tulis diatas new world vulture was considered more related to stork by some authority. but on 1994 (lebih kurang lah ya). there was new evidence that new world vultures (such as condor) need to be splitted from stork group and establish their own group. aku tahu berbelit. tak pa cuba terus baca. mana tahu korang bley digest ayat2 kat perenggan bawah2 tu.

walaupun old world n new world vultures tu nampak serupa. tapi ini cumalah homoplasy atau ciri2 yang sama tapi nenek moyang berlainan. contoh: kucing ada mata, sotong pun ada mata. ini tak bermaksud sotong dan kucing mempunyai nenek moyang yang sama. mata kucing (sejenis buah) juga tidak boleh dikaitkan sebagai saudara sedarah kucing (feline) walaupun ada perkataan kucing. kuching city pun out of topik ya.

berbalik kepada cerita burung vulture ni. old world vultures dia ni nak tangkap mangsa dgn menggunakan mata yang tajam. dia observe ja tu mangsa. terus dia cekup. new world vultures pula ada deria bau yang power. dia hidu jak belum nampak itu mangsa. dia suda tau makanan suda mari. old world vulture tidak mempunyai deria bau yg tajam ni.

nanti aku letak gambar. nak sungkai dulu ya..


ini lah photonya. aku letak lepas sungkai.

Tuesday, September 23, 2008

Tumpang semangKOK

blogger (selepas ini dirujuk sbg aku) tak berapa tahu apa yang berlaku disekitar malaysia ketika ini. tapi aku ada membaca beberapa blog bahawa ada isu makanan anjing yang paling famous dalam sejarah malaysia. tak pernah sebelum ini malaysia kisah pasal makanan anjing seumpama ini.

betapa tepunya negara kita dengan isu politik sehinggakan anjing pun terheret sekali dalam kancah ini. aku pun nak tumpang semangkuk lah untuk memeriahkan lagi political parody bersulam dgn hatred menyampah.

menurut blog saudara tikam lidah (selepas ini dirujuk tikamlidah). ada isu seorang yang berhormat a.k.a YB (selepas ini di ruj'ok sbg Tumpang semangKOK). telah merendah2kan rezeki makanan yang diberikan kepadanya. kebanyakkan maklumat yg ku dapat adalah dari tikamlidah beserta pandangan tikamlidah.

sekonyong konyong Tumpang semangKOK di hantar ke rumah pak ISA (selepas ini di ruj'ok sbg ISA) untuk menjalani pemulihan rohani dan akhlak. ramai lah yang menangis sambil mengangkat panji2 dengan cop mata lebam yahudi, kapal soyuz dan mungkin jugak bulan pornama mendesak Tumpang semangKOK dikembalikan ke rumah ibu bapanya yang terletak bersebelahan dengan mid valley megamall.

akhirnya pihak Timbang Tara pun mengembalikan Tumpang semangKOK dengan menghantar beliau ke north entrance di midvalley.

bila ditanya para penglipurlara (selepas ini di rujok sbg penglipurlara), apakah yang ISA hidangkan kepada Tumpang semangKOK. Tumpang semangKOK kata makanan di rumah ISA baik sedikit dari makanan anjing. selain memberitahu rumah ISA sempit.

penglipurlara tanya lagi. makanan mcm mana yg dimaksudkan. rupa-rupanya nasi, timun dan telur rebus.
ooo aku ingatkan dia diberikan makanan anjing import. rupanya makanan yang biasa dimakan oleh rakyat malaysia (selepas ini dirujuk sbg rakyat).

bukan kah nasi, timun dan telur rebus itu adalah lebih kurang dgn nasi lemak. hampir2 lah kan. rakyat memang kerap makan nasi lemak di malaysia ni. tak pernah pulak anjing beli nasi lemak dilaporkan oleh penglipurlara sebelum ini. asas nasi lemak ada nasi, timun, sambal, bilis, kacang, telur rebus. bezanya dengan makanan yg dikatakan makanan anjing Tumpang semangKOK ialah nasi nya tiada bersantan dan tiada sambal. tapi basicly lebih kurang saja makanan di rumah ISA dgn hidangan nasi lemak.

memanglah tak sesedap mana mungkin bagi seorang yang bertekak steak fillet maginon (sory tak tau eja french) seperti Tumpang semangKOK. almaklumlah dia kan tinggal dekat dgn mid valley. mana lah dia lalu makan nasi, timun, dan telur rebus. tambahan pula bilik rumah ISA kan kecil.

memang lah sudah nyata Tumpang semangKOK ini makhluk yang tak tau bersyukor. bukan kah dia sering menjadi champion aktivis masyarakat. kenapa dia menghina makanan rakyat sehingga membandingkannya dgn makanan anjing. sudah jelas lagi berspotlight Tumpang semangKOK ini aktivis poser, jd aktivis yg hendak meraih undi rakyat. tengok makanan rakyat pun dihinanya. aktivis apa ke jadah ini? ini namanya aktivis haram jadah. atau semangKOK haram.

adakah dia tak tahu bahawa ramai yang suka makan telur. seperti aku yang selalu mkn telur untuk bersahur kerana senang dimasak disamping murah. anak-anak rakyat pun ramai yg suka makan telur sebab telur rebus sedap dibuat sandwich telur. aku rasa Mat Mata Lebam (selepas ini di ruj'ok sbg Mata Lebam) pun suka makan telor.

timun mungkin lah tak mewah. tapi makanan kita kan rezeki pemberian Allah SWT. apakah Tumpang semangKOK terlalu sibuk memeriksa papan tanda yang ditulis dgn tulisan jawi sehingga lupa utk bersyukor selepas mendapat rezeki makanan?

lepas tu Tumpang semangKOK komplen tak diberi sudu. makan lah guna tangan. apa salahnya???. takut kuku patah??. itu lah kau kuku panjang dan jadi tempat syaitan bergayut. dah masuk rumah ISA, mestilah ikut cara ISA. aku rasa aku setuju dgn tikamlidah, hanya anjing dan seumpamanya saja tak tau makan guna tangan kerana anjing tiada tangan. nanti aku tulis pasal anjing tiada tangan tapi ada 4 kaki. dengan lebih lanjut dalam entry lain pada masa depan (kalau aku nak tulis lah).

tak kan nak suap guna kaki. suap makanan guna tangan lah. entah mungkin bila dah pangkat tinggi ni memang menjadi jahil tahap murakkab agaknya. mungkin Mata Lebam boleh tolong tarbiyahkan Tumpang semangKOK ni. tunjuk ajar sikit supaya tak nampak macam sombong dan takkabbburrr. tolong ye Mata Lebam.. Mata Lebam kan pak sheikh.

kalau Mata Lebam tak tau macam mana nak tarbiyah Tumpang semangKOK boley lah Mata Lebam ruj'ok kitab tulisan sheikh al-turkishi, atau sheikh al gusduuurri, atau pun sheikh al tokei belly dancing kelabi malami.

kesimpulannya Tumpang semangKOK memang mangkuk hayun.

do not ask me why i do taxonomy ever again....

mula2 ni kan aku mahu cakap sikit pasal orang bukan english tulis blog dlm english tunggang langgang. suka hati masing2 lah. andai ada orang kutuk english anda tunggang langgang bukannya dia boleh menghalang anda dari terus tulis blog dalam keadaan tunggang langgang nahu dan tatabahasanya. tapi bagus juga ada orang yang beritahu yang kau ada kesilapan dalam penggunaan bahasa. dan kesilapan itu boleh diperelok jika mahu kan???..

so tak payah nak tulis atau hantar anything yg vulgar atau mengandungi kata2 nista kepada tukang kutuk itu. sebaliknya berbalas kutuk lah tapi tulis dalam blog masing2. tak elok masuk blog orang lain dengan menghambur komen2 vulgar yang anonymous

oleh itu bebas lah menulis tapi sila bertanggungjawab, blogger kutuk sesorang individu secara peribadi didalam blog adalah lebih bertanggungjawab dari orang yang meprovoke hal2 sensitivity seperti hal2 berkaitan perkauman dan agama.

end.

aku nak tulis pasal hal2 taksonomi ni. so ada kemungkinan besar aku menggunakan perkataan yang kurang difahami. kalau tak faham sila hantar komen utk tanya mana yg tak paham. atau google sendiri apa yag kamu tak paham itu.

ok selalu juga lah orang persoal kenapa aku ambil taksonomi.

pertama suka hati lah aku nak belajar apa. kalau aku nak belajar buat pasu pun apa kau kisah... ceh.. sebenarnya aku memang dah tak boleh nak ambil subjek lain atau bidang lain yg lebih gempak dan cool. ingat kalau aku boleh buat kuantum mekanik kah atau kaedah berangka, mesti aku dah ambil fizik atau kejuruteraan. kalau aku bley buat law mesti aku mengkhusus tentang jenayah terancang so aku bley jadi lawyer kepada keluarga sopranos atau corleone (jika masih ada). tak pun aku jadi lawyer hartanah supaya aku boley manage harta bertimbun raban macam keluarga darling.

tapi tak. aku dulu belajar biologi yang mengkhusus kepada tumbuhan. atau lebih tepat lagi lumut. ya lumut adalah tumbuhan. aku tahu nampak macam useless. useless2 pun itu aku bukan kamu. bidang sains yg aku boley buat tanpa menjadi perengus yang menggaru kepala 24-7 ialah biologi. bila aku diberi opsyen utk mengkhusus aku mengambil keputusan utk mengkhusus bidang taksonomi.

kerana deep down aku sentiasa tertarik dengan evolusi. teori evolusi. anything about evolusi. sejak dari aku lepas tingkatan 5 lagi aku memang mabuk kepayang dengan evolusi. tapi memandangkan aku tinggal di kawasan paternal society yang sistemnya lebih ke arah konventional saftey first, tak kan aku nak beritahu kpd khalayak bahawa aku suka dengan teori evolusi.

sebagai seorang hingusan belasan tahun yang masih meraba2 mencari arah berdiam diri adalah kaedah yg selamat. iaitu tidak bertindak memberitahu minatku yg radikal(relatively) itu. beside mengelak kena kutuk pelbagai macam. of course lah ini tak seradikal menjadi gay. tapi ialahkan dulu tym skolah rendah/menengah ustazah2 ustaz bukan main lagi kutuk si darwin ni. darwin monyet lah. apa ntah. macam2 sedangkan ustaz2 ustazah tu tak pernah pun baca buku the origin of species. pernah kah? atau review buku origin of species and post darwin atau neo darwinism. often quoted but no read. kan??

bila aku dah besar sikit. masuk kolej matrik. masih aku simpan lagi minat ni. walaupun dah terkeluar sikit2.ceh mana boley tunjuk betul2 nanti orang kata apa pulak. kan time tu semua orang nak jadi tuan dokter. aku saja yang berazam nak ambil biologi tulen. belajar psl teori yg ramai org sekeliling aku ketika itu anggap teori bangang. paling tinggi pun cita2 aku nak belajar farmasi. paling rendah cita2 aku tym tu nak berenti matrik.

sampai lah tahun 2 tym buat bachelor. sana lah terbongkar kisah aku dan teori evolusi. bila ada beberapa perbincangan di buat di kelas. at 1 time my former lecturer ask us, who believe in evolution theory?' and i was the only one who raised my hands up, of course with brief clarification that evolution theory which i am in to is not exactly the same with darwin's.

may be i am not in a position (yet) to write a paper about my own neo-theory regarding evolution. even said so there is nothing wrong if i want to learn and read about evolution, taxonomy, systematics, and whatever related stuff. or unrelated.

i am reading about evolution. and sometime i read about castro. sometime i read about anwar ibrahim. sometime i read about bornean pagan. sometime about scilian american godfather or jews.sometime i read about david beckham. may be sometime about elephants, and may be next day i read about NASA. i am acute blog reader. who spends too much hour stalking stranger's blog. and of course i recite Quran.

do not question do i read? or what i read?. yes i dont read much. most of the time i cannot finish reading a book properly. i luv to jump pages. should i read more? definitely yes. but it is not for you to tell. neither to judge. i am Muslim. i believe in Allah. follow Prophet teaching. Islam.

the first Wahyu for Nabi Muhammad S.A.W was about read. Iqra'. and of course i follow that. we are ordered to read before we are ordered to pray. thats how important reading is. and how Islam concern about exploring knowledge and knowledge enrichment. read.

you may remind me to read. because it is human's nature to forget.

may be darwin initiated some of people to think that chimpinzi and banana have common descent. means that chimpinzi eat its own distance cousin.

but people like darwin also make people like me has something to do. read about his theory.

ok long pin on the A** entry. ciao. nak sembahyang asar.

ums ada mengupah seorang asshole curi tulang.

seorang kerani asshole (selepas ini dirujuk sbg asshole) yang bekerja mencuri tulang di perpustakaan ums telah dengan bodohnya tadi enggan mencheck out dan mengecop buku yang nak dipinjam pelanggan (selepas ini dirujuk sbg aku).

ini adalah kali kedua asshole yang sama telah membuat kedurjanaannya. dulu pun asshole pernah bertindak kurang ajar tahap sembilan (out of 12) dengan aku. tapi dulu aku tak kisah sangat. walaupun aku boleh tahan lah membebel sepanjang jalan tak puas hati. kali ini aku tak akan berdiam diri lagi.

si asshole ni telah enggan mengecop tarikh buku expired kerana asshole sibuk main internet. adalah sudah jelas lagi bersuluh asshole menyalahgunakan kemudahan untuk peminjaman buku semata2 keseronokkan peribadi. hoi asshole kalau nak main internet tak nak bekerja, apa kata kau sambung streamyx dirumah mu then hantar surat perletakkan jawatan melalui email, untuk menguji streamyxmu itu.

aku tidak puas hati cuba confront asshole dengan berkata;
'kami sudah bayar (perkhidmatan library)'

asshole menjawab;
'bukan kau yang bayar gaji aku'

nampaknya asshole telah menyerlahkan kebodohan yang diternaknya. aku mengatakan aku membayar perkhidmatan library. dia sebagai petugas sepatutnya memberikan service setimpal. memang bukan aku yang bayar gaji dia tapi kerajaan. kalau aku yang bayar gaji asshole, jangan mimpi aku akan hired orang asshole seperti asshole.

tidak cukup dengan itu asshole mengeluarkan kata2 berbaur ugutan seperti;
'saya boleh hentam kamu kalau kamu belum ikut kursus induksi'

aku balas;
'boleh kah?'
dengan nada sinis.

apa kau ingat kau pakai baju strip macam zebra lupa nak berevolusi kau boleh hentam orang suka hati.... hohohoo... TEMBIRANNNNNGGGGG (dalam hati aku).
pangkat baru s17 ix sudah berlagak macam jusa.

assole dgn tembiranggggg neraka jahanam mencabar aku untuk membuat aduan jika tidak puas hati....

asshole kau memang asshole lah mau cabar aku macam ni. aku mau saja mencarut2 tapi akhir2 ramadhan adalah tidak berbaloi mencarut berlebihan. sudahnya aku curahkan saja dalam entry ni.

setelah mendapatkan pandangan dari my partner in crimeberkaitan apa tindakkan selanjutnya harus dilakukan untuk memusnahkan asshole agar berkurangan assholes di ums ini. aku membuat keputusan untuk memberikan asshole apa yang dipintanya. surat aduan.

aku baru sahaja menghantar email yang ku sertakan sekali attachment surat aduan rasmi ku berkaitan dengan sikap asshole yang tembirannnnnggggg kepada his superior.

sebarang tindakan selepas ini bergantung kepada respon terhadap surat yang aku hantar itu. tempoh yang ku rasakan perlu untuk menanti balasan surat ialah within 2 weeks hari bekerja.

you mess with the wrong person. yep i am scared a bit lah of koz. sebab asshole telah mengeluarkan kata2 berbaur ancaman. jangan semata2 kau asshole kau mo tunjuk kau badass. i will do everything within my power to doom you. i will pull every strings, to get revenge.
nasib baik my partner in crime tak suruh aku arahkan 'a clemenza' to make the asshole sleep with fish.

kalau ada 'clemenza' yang berminat untuk melakukan tugas demikian aku boleh sertakan gambar dan nama penuh asshole tu. jawatan nya adalah seperti diatas. (s17). nombor telefon pun ada.

put the asshole sleep.
with fish.

Monday, September 22, 2008

petronas raya commercial

as usual petronas raya commercial never fail to touch my heart.

i am so sure most of Malaysian out there love petronas raya and merdeka commercials. very heart warming and often funny too.

here some synopsis of this year commercial;

a story about a son who is really busy with his work. and refuse to eat, dish prepared by his elderly mother so he can go to a place where internet connection is available. but the mom understand her son's need and just ok with it. see?.... the mom always know what her child needs.

i know a little bit cliche. child back to hometown. with less sensitivity. rumah kampung, bertiang, berkolong, complete with the tangga batu. kampung without mobile line coverage. this child from big city (kononnya) kemaruk to use his handphone.

my kampung (sorry bragging pulak bulan2 puasa ni), mobile line coverages are tip top, for celcom, digi, hotlink. except no 3G, which i expect to coming soon. there are at least 2 hazardous transmitter towers which less than 10 KM away from each. ya la nanti tiada line telefon orang kata mundur kan? nah hambik 2 biji menara yang beradiasi.

internet? yes streamyx is available. and you can use the mobile broadband too, just to slow lah.
not forgetting astro. yes everyone love astro in my kampung. from sinetron watcher mak cik2 to ceria fanatic adik2.


but in Malaysia, thats is all about, balik kampung and celebrate with your parents and family. kan?? tak kisah lah ada line henpon atau tak...

ok frankly. the petronas commercial gives pretty good 'slap' on my face. because in past years. i had spend too much time in front of tube and ignoring Raya's what and about. i remember at 1 raya's eve, i spent my night watching english football match. and at 1 raya haji, i was too sleepy to wake up for sembahyang raya because i played comp game all night long.

only last year raya i was good enough to leave the tube, and helped my mother to potong bawang, halia, and eat a lot of my sister's pudding. beside i spilled good amount of gasoline while prepared cuculs (pelita).

hopefully i wont spend my malam raya in front of computer, updating my blog or spend hours bloghopping. i want to help more than just potong bawang this year.

Sunday, September 21, 2008

Katalog Nafsu

Catalogue of Desire (betul kah terjemahan ni?)

pictures below are downloaded randomly by using google. 

digital cameras! yes i really want one right now. more than i want new clothing for Raya. 
this one is Canon PowerShot A650 IS. from the catalog the price tag is MYR 1,299 but i think it will range from MYR 1300-1600.  i think toy camera shouldnt exceed MYR 1000.  well this one is very ok. palm size and yeah.. look good too..

PowerShot A720 IS. Price: MYR 999. yes less than 1000. but i think i need to add some accessories, so it could cost me more. huhuhu macam mo beli betul ni esok!

ok stop typing about camera. yesterday i went to buy some groceries. look what i found... snooker tables for sale!!. come in 3 sizes. the price of the biggest table (like pix above) is about MYR 1300. smaller than it is about MYR600. the smallest is about MYR300++.

there is no way i can afford the standard size table just like that one in your local pub or arced. may be i have to burn up too MYR 6000 to get it... huh i wont. 

actually i want a pool table. i prefer pool than snooker. but hey it is cool to have pool (or snooker) table right?  

ok back to digicam thingy...
sony alpha. 

my former professor own this one. i am not sure how many sony alpha models out there. but his is alpha. complete with big big lenses.. well obviously his pay cheque is heavy. and yes for now there is no way i can buy this big sony alpha.
Nikon. yeah Nikon is cool. the coolest. i own black Nikon coolpix. but kaput. yeah cost me MYR 1300. i bought it in october 2005. yes it is what i consider as toy camera. 5.1 megapixs. i took tones tones of piccies with it. the problem of my Nikon is, its lense is error.  broke my heart =(

another Nikon big boy. look at the lense. huhuhu... this one is just like what they used in CSIs series. problem with this big camera is too bulky. beside too hell expensive. thats why i prefer toy camera. and pixs taken by using very very high resolution (10 mps and above) will leave no room in my hard disk. and i dont have much cash to buy another hard disk. neither to buy this camera.
the cheapest candidate. price on catalog: MYR 899. 8.0 MPs. 4x optical zoom. not much different from my ol' nikon. except it is canon and cheaper. 

any suggestion people? i know photography as hobby is already overrated. i like to blog so if i have functional camera, may be i can share my pictures with my reader (ada kah orang baca blog aku kecuali aku sendiri?) 

btw, back to snooker table. i dont really play neither snooker or pool. yeah may be i did play pool once. and i dont really know the rules of game. i just know in pool or snooker you must pocket balls. 

so i dont play it. but i want to buy it. why????

Saturday, September 20, 2008

my wish list

since RocKtober is approaching i would like to reveal my wish list. there is no obligation to anybody to fulfill it. but if you insist, thank you. but this list is purely materialistic. at this time, my non materialistic wish wont be shared with public.

1) digital camera.

i prefer canon or nikon or sony (pun boley). 8.1 mp or above.

kalau ada yang baik hati nak bagi hadiah digicam mcm gambar ni. ok juga...

bcoz my black nikon coolpix is kaput.
jika hajat tertunai, so boleh lah blog ni diwarnai dengan gambar2 yang menarik dan A markah.

2) new handphone/smart phone/pda...

or any handphone with wi-fi,mp3 player, touchscreen, n kamera beresolusi tinggi.

i luv my current sonyericsson t230 very much. tapi nak lah juga update my pocket's friend ni kan...
jenama kalau boleh nak juga blackberry atau treo (huhuhu) atau iphone (angan tak sedar diri).. but norkiah (Nokia) E71 macam ni pun hokeh...kalau kasi konfem tak tolak..walaupun pada hakikatnya jenama ni lah selalu bottom of my list. tak suka sangat. tapi kasi aku itu henpon e71 kalu aku tak tolak..

3) new pencil sharpener.

sebab saya suka sharping my pencil. enuff said.. mungkin ini lah antara yg termurah dalam list ini. bukan sebarang sharpener.. yang boleh pasang kat meja punya mcm dalam office tu..
kalau confuse juga ha tu ada gambar disediakan untuk memudahkan pembelian.

sebelum saya abis belajar... tolong ya sesiapa kalau nak kasi hadiah nah kasi lah sharpener seperti gambar diatas. tak lah mesti exactly sama. tapi warna hitam adalah digalakkan.

4) Car/kereta/ das Auto

mengikut prinsip professional aku, kenalah aku pakai kereta hybrid. macam toyota prius. harganya mahal tapi baik utk alam sekitar. kerana menjimat penggunaan bahan api fossil.
tapi kasi aku hadiah kancil, kelisa, perodua kongkang pun aku ambil... sebab hadiah kita kena terima seadanya...

hajat dihati nak pakai suv gitu ke sport car atau humvee... tapi aku tak cekap memandu. so baik simpan saja lah utk dekad akan datang hajat tu...

agak pelik lah kan sharpener lebih atas dari kereta... hint bagus punya ni. nampak sangat aku nak sharpener tu...

5) trip/road trip/vacation/going places

lokasi aku tak kisah... so far tanjung simpang mengayau a.k.a tip of Borneo di Kudat tu lah aku nak sangat pergi, beside gunung Kinabalu lah. Danum Valley pun nak juga. Pulau Tiga, pulau manukan, memutik, sapi.

aku kan orang sabah sampai ke tulang. so mesti lah aku nak jelajah sabah. perasan tak tempat2 diatas tu, except danum valley, semua located di west coast of sabah, sampai lah ke northern part sahaja. sorry lah buat sementara ni east coast of sabah belum lah lagi aku nak pergi. but kalau ada peluang aku nak pergi juga. sebab nak ambil gambar Laut Sulu (Sulu Sea).

for record, i already uploaded pic of Malacaa Strait n South China Sea in my previous entries. gambar laut yang mengelilingi perairan malaysia yg belum ada dalam blog ni cuma laut sulu. aku suka mata pelajaran geografi yg aku berpeluang belajar sampai tingkatan 3 saja. so sebab tu aku kisah pasal laut lah, cuaca lah... gunung ganang bagai...

tanjung simpang mengayau tu aku selalu tgk dalam gambar org upload dlm frenster.. cantik sangat. aku pun nak jugak ambik gambar disana upload dlm fs aku... sbb tu korang kena hadiahkan aku kamera baru sebelom hadiah kan aku pakej perlancongan ke Kudat Sabah.

road trip pula nak pergi... miri. yeah miri. why not kan? Insya Allah. ni pun korang kena hadiah aku kamera mcm gambar atas tu dulu...

beside aku nak pergi Labuan balik. aku dulu masuk kolej sana 1 tahun(2003-2004). after aku berambus selepas final exam, aku tak datang2 labuan lagi sampai sekarang. aku tau labuan tu biasa2 saja. tapi apa salah jika aku nak menjejak hostel pertama aku menginap. beside labuan tu ada member baik aku. so boleh lah kan lepak2 dgn my bestfren ni. u know who you are.. hehehe..

jika ada sesiapa nak hadiah pakej umrah, atau melancong ke europe/australia/NZ/singapore/
south africa. aku tak tolak. yang aku tolak pakej melancong ke jepun kot... hehehe...
yang gambar atas ni mesti ramai yang kenal. monumen terkenal di Kota Roma. haha.. nanti kan aku nak gi europe juga after buat haji lah kan(insya Allah) sebelum pun boleh andai ada peluang n rezeki. tak kisah lah, blog aku suka hati lah aku nak tulis aku nak berkelana ke mana. ke acheh sekali pun apa salahnya. rome ni bg aku cultural city n historical lah juga macam melaka. sebab tamadun rom lah. boleh gak aku nak letak gambar monumen kota athens, greece sbg simbol tinggalan tamadun greek. for now aku nak letak rom punya. why italy???? huhuhu... aku rasa abang aku yang tahu. cuba pergi ke http://tikamlidah.blogspot.com/
mungkin jawapannya ada disana.

hokeh... to be continued

Thursday, September 18, 2008

i dont really know how to cheat.


but if i do so. i'll do it well.

about a task assigned to me since past weeks. i havent finish it yet. very slow progress. not just this task but also some others. ok ironically i rambles in the previous entry about lazy students who did not complete properly assignments given to them. some say 'cakap tak serupa bikin' (cannot walk the talk) or 'periuk mengata kuali hitam'. believe me between my case and those students' are not exactly the same but neither much different. at least i have intention to complete my task on time. no matter what it takes.

so i plan to have plan B. just in case the burden of task become unbearable. plan B is all about cheat. i know academically speaking it is not a right thing to do. but for the sake of calm mind and happiness, plan B is something i would. after all my goal is to complete the task.

i dont want to go further about this task. by nature this task and me is just like arranged marriage which take much much longer time to be accomplish successfully. and time is not on my side.

what hurt my heart is, someone had tease my plan B. my say to this someone: you say i cannot chew but you are choked. neither will laugh.




first, hopefully i wont have to execute my plan B and i still have my academic morality. second, just in case my moral slipped away, i need to do it very well.

minum susu. makan kurma.

drink milk. eat dates.

hari ini khamis. macam biasa ada lab. lab terakhir. alhamdulillah habis juga. boleh lah buat claim duit lepas ni.

aku terjerit2 dalam lab tadi. kali ni bukan menjerit2 yang biasa punya. menjerit yang marah. sebab seorang budak palapes kurang hajar tak bertempat. selain dari ada seorang datang yang lambat teramat. dan ada seorang tanya soalan buat aku snap. buat kurus pahala puasa aku saja.

budak palapes kurang hajar tu memang sudah lama aku spare. kau ingat kau baju kau sterika kau punya disiplin bagus. hohoho... check balik. kau masuk lab bukannya tepat masa sangat. buat praktikal tangkap muat. aku tanya soalan pasal lab plant diversity haram kau tahu nak jawab. semua benda kau nak ejek. kau memang kurang hajar. aku memang tak berkenan dengan palapes ni sejak dahulu kala. kerana mereka simply kurang hajar. walaupun lepas sembahyang subuh pergi berkawad. tapi jiwa dah keras sampai lupa nak hormat orang lain yang tiada uniform. kalau bijaksana tak apa lagi. ini nak jawab after lab question pun macam tercekik. terima lah hakikat bahawa disiplin mu itu cuma rambut kau pendek, kasut kilat, baju sterika. selain dari itu simply kurang ajar. pergi lah meraung kat sarjan kau minta dia ajarkan tatasusila sebagai manusia bukan sebagai kadet cabuk yang entah apa apa. kadet kalender macam ni buang duit saja. bukannya ada semangat juang untuk negara tapi cuma tunggu elaun tiap2 bulan gaji dia berkawad.

yang datang lambat tu. sorry. overslept overslept juga. tapi takkan sampai pukul 4. tak payah sign attendance. kau pun tahu aku tak nak baca nama kau dalam borang attendance. dah datang lambat boleh pula main2 dalam lab. kau nak buat echo announcement pergi ke padang kawad.

yang buat aku betul2 snap, boleh dia minta supaya dia hantar kertas jawapan guna email. nampak sangat kau tu tak baca soalan aku. soalan tu kan minta kau menjawab dalam bentuk lukisan. ada sejenis bangang yang tak boleh diajar. bangang macam ni lah. aku sudah beri peluang sebab dia sakit. maka dia kena jawab soalan tambahan sebagai ganti report untuk lab yang dia tak hadir. i gave you a chance but you blow it. alasan dia sibuk... aku pun buat juga ijazah dulu tapi tak lah berani bagi alasan sibuk untuk tak buat take home question. kalau guru aku yang kau bagi alasan macam ni mau kau kena ceramah hidup2.

aku tahu lah pelajar banyak kerja juga. kelas 8am-6pm. nak kena kejar bas lagi. cuci kain. balas sms. tapi report fern tak siap, report bryophytes tak siap, soalan tambahan yang simple nak mamp! pun tak siap. abis tu apa yang kau sibuk sangat sampai jadi bangang. aku rasa plant diversity tak lah susah tahap kakulus pun kalau kau buat betul2. orang2 lain pun ada masuk lab2 lain juga. tak ada pun bagi alasan dia tak sempat buat report plant sebab dia nak buat report mikrob atau dia nak hantar report invertebrates. boleh pun siap lab report plant diversity. kenapa kau tak ambil langkah bijak untuk mengaku malas. ini tak siap nak minta2 email. fuh.... aku dah cukup kesian dgn kau last week. minggu ni aku tak nak bazir rasa kesian aku dengan makhluk yang tak tahu menghargai peluang macam kau.

jangan bagi alasan keldai entah apa2. walaupun aku bertimbang rasa tapi bukan semestinya kau boleh nak buat ikut suka hati. kalau aku cakap hantar hari ni jangan lah nak minta opsyen hantar lepas raya. budak dari beijing yang tak faham bahasa melayu pun faham arahan aku.

i am not that cruel. nak suruh orang buat hard labour semata2 lab report 20% ni. tapi yang aku kisah ialah aku beri beras lepas tu suruh aku masak sampai jadi nasi. faham???

Wednesday, September 17, 2008

17 ramadhan, aku masak sambal.

salam,

alhamdulillah selesai tanggungjawab puasa hari ini. tadi berbuka homemade nasi lemak. mula2 aku teragak2 nak buat. selepas mendapat konsultasi dari hausmet ku si K-Fid (first tym aku reveal nama hausmet), maka aku pun ala2 berani lah nak buat. plan asalnya aku nak buat redah sendiri saja. tapi wait a minute, aku fikir balik aku tak nak lah basuh periuk free2 jak tanpa makan dengan puas. mana tau nasi lemak tu hangus atau mentah, konfem aku basuh periuk dgn perut lapar.

then aku contact lah si K-fid yg lebih pengalaman sbg hauswife. then k-fid sanggup tolong n konsult aktiviti bidan terjun ni. dia pesan beli santan dalam kotak and halia. aku pun zup zap zup, berlari ke giant (bukan ke langit). aku masuk2 jak giant tu nampak my other hausmet tgh beratur di kaunter kasier (cashier). aku terus ke sektion para2 jual santan2, ambil 2 kotak santan liquid 2 pek santan serbuk. maklum lah aku bukan pengalaman sebab tu aku ambil bnyk, macam nak masak nasi lemak segantang gitu. aku tak lupa simbat (ambil) cili giling, halia. then aku terus potong q, suruh hausmet aku yg bayarkan dulu. balik aku tumpang dia.

sampai rumah k-fid sudah siap2 tggu kami, dia baru balik dr jaga library. so aku pun tak membuang masa sebab sudah pukul 5 pm++ gitu. potong2 bawang, cuci bilis, zup zap zup. taadaa... aku goreng bilis, then tumis bawang, nak masak sambal. sementara aku terkial2 menghandle sambal. k-fid masak nasi. fuhh... nasib baik ada dia kalau tak konfem tak jadi nasi lemak. aku ingat nasi lemak juz letak santan saja, rupanya kena tambah halia, serai n sedikit garam supaya lebih berperasa n lemak. tapi aku berjaya memasak sambal. my other hausmet handle bahagian air. hari ni dia ngidam minum air cincau. maka kami pun tumpang sejag lah air cincaunya. then after aku siap masak sambal. hausmet masak kobis.

dalam masa kurang sejam tu siap lah nasi lemak express kami. penangan mengidam ni. tak pandai masak jadi pandai. ada saja pun nasi lemak jual di mana2 kedai. cuma kali ni aku nak sangat test power buat sendiri. alhamdullilah berjaya. walaupun bukan lah gempak sangat. tapi syukurlah nasi lemak tu ada rupa dan rasa nasi lemak. bahan2 pun bukannya tip top, so kira ok lah tu.

masin juga rasa sambal aku tu. walaupun aku banyak taruh gula dari garam. mungkin cili giling tu n bilis dah sedia masin. i dunno. aku tau aku akan bragging pasal aku masak sambal ni sampai raya haji tahun depan. bukan senang tangan keras macam aku ni masak sambal.

nanti nak cuba masak rendang2an... tapi sudah separuh bulan puasa. aku yakin minggu terakhir puasa semua org akan pakat2 balik kampung. maka tangguh lah dulu kisah rendang2 tu ya. mana tau aku lepas ni tebar adunan tepung buat roti canai kah.. siapa tahu kan??..

tadi dapur agak berselerak lah. sebab aku yang masak. abis terpercik kiri kanan time aku masukkan cili giling ke dalam kuali panas td. jangan risau aku dah lap yg terpercik2 tu semua. thank you kpd hausmet2 yg tolong masak tadi.

Random Post

*full english translation is not available (macam ada saja orang putih kemaruk nak baca blog ni...)

i like fresh clean towel. kalau boleh tiap kali mandi aku guna towel yg baru cuci fresh masih dilipat dalam almari. oleh kerana aku tak punya towel yg banyak macam towel hotel. n aku bukan lah rajin nak basuh towel 2 kali sehari. maka aku guna saja lah towel yg ada. tapi aku akan pastikan towel aku diganti setiap minggu. towel bersih dan segar.

end.

tadi aku punya lah terdesak nak top up hp. aku lupa nak top up masa di kampung atau lebih tepat lagi malas. aku kirim topup dgn abg aku. bila aku rasa mcm lambat sgt, aku pun instant msg dia guna ym suruh cepat2 beli top up. siap mengadu2 dgn abang yang 1 lagi.pun guna ym juga. huhuhu betapa adik manja nya aku kan... tak lama lepas tu aku pun dapat lah no pin top up. baki kredit anda rm11.47 sah sehingga 24.11.2008. kata msg celcom tu. sejurus selepas itu aku terus call kakak aku. saja menyibuk kebetulan dia pun free. mcm biasa aku putuskan talian dan dia call aku balik. jimat kredit huhuhuhu... bila di kampung tak hirau aku hp ni. jgn kata kredit tak ada. bateri habis pun aku tak kisah. tp kat kf ni hp mesti berkredit. sbb memudahkan perhubungan. walaupun yg aku kontek hanyalah kosmet2 n psyarah2 berkaitan jadual2 kelas. n kadang2 pmbantu makmal. atau pun housemate n jiran sebelah tanya psl hal ehwal rumah.

end.

serangga aku bersemut. ya semut juga serangga. dan juga pest kpd koleksi serangga. malas aku nak pindahkan ke dlm kotak koleksi yg tak berapa anti perosak tu. sbb aku tak nak taruh naftalen. bukan apa sebab dah acapkali orang sekeliling beritahu naftalen tu carcinogenic. so jgn nak membebel kenapa serangga rosak dimakan perosak. sbb aku tak cegah. kenapa aku tak cegah? sebab pencegah tu agen kanser. kukuh tak alasan? beside aku tak suka bau naftalen. kotak tu pun memang dah bau naftalen. tapi tu pun tak berapa kuat sbg pendinding mengelak perosak merosak koleksi aku.

umur2 macam aku ni tak seharusnya dipaksa kumpul serangga yang terang2 bukan minat yang aku cenderung. kalau aku paksa pakar serangga kumpul halia.. nah pasti sama perasaannya dgn yang aku alami sekarang ni. bukan lah nak rebel (walaupun nampak macam) tapi aku asyik tekan kan dalam kelas lab aku bahawa, kita mesti bebas memilih apa yang kita hendak belajar. di malaysia ni kurang part yang tu. banyak yang belajar sebab kena paksa. macam tawaran masuk ipta lah... kadang2 tak minta or tak minat pun tapi pegi study juga sbb tiada pilihan. kalau tolak tak dapat masuk u.. aku rasa kamu paham apa yang aku sampaikan ni.
malangnya sampai graduate study pun masih berlaku mcm tu.

aku nak tunggu belalang besar gabak tu mati naturally. then baru aku pin. sebab etil asetat ku dah lemau. tak power utk bunuh serangga besar gabak. sebab dah abis fumenya aku sedut. ari tu aku cuba bunuh belalang daun yang boleh tahan besarnya. sampai kaki belakangnya putus2 pun dia tak mati juga. aku rasa bersalah sebab menyeksa binatang di bulan puasa. n specimen dah putus2 kaki akan dimasukan kedalam tong sampah. maknanya belalang tu mati sia2 tanpa menyumbang kepada sains.

end.

tadi kosmet ku kata ada kelas pukul 10. tp dia tak dengar panggilan telefon yg memanggil kami utk pergi kelas pada pukul 10 tu. heheheh nasib baik so x yah aku menguap2 dlam kelas. kita postpone minggu depan. lagipun hari ni hujan. malas nak keluar dan tinggalkan my warm bed. tak lama lepas tu kosmet 1 lagi msg, tanya ada boleh tak esok pagi buat kelas. aku kata esok dah booked. pagi dah ada kelas, petang aku ada lab. msg lagi, jumaat petang boleh tak?. aku kata pagi boleh petang dah booked. lepas tu kosmet kata lepas kelas 1st esok akan ada 1 kelas lagi. kami kosmet 3 orang saja. termasuk aku. oleh kerana jumlah kami bukan superior, maka keutamaan bukan dipihak kami. kesian kosmet2 ku terpaksa dealing dalam hal ehwal jadual kelas.

kelas aku ni jadual kami yang tentukan sendiri. bukan pihak jabatan akedemik. tengok betapa malasnya jabatan akedemik itu. so kiranya kelas kami on call. macam dr di hospital after ofis hour. cuma bezanya kami on call masa ofis hour.

yang aku tak berapa berkenan ialah semua orang nak buat kelas hari khamis jumaat. walaupun khamis dan jumaat ada pagi dan petang. tapi semua orang akan beriya2 nak buat kelas waktu yang sama. sudah lah aku ada lab hari khamis petang. hairan betul lah. isnin selasa rabu semua orang akan tak nak buat kelas. dan bila kami kata hari khamis jumaat dah fully booked. boleh pula buat muka sentap buat2 hairan kenapa kami tak free tym tu.

ini lah susah kalau miscommunication. aku boleh saja tuduh selfish tapi karang ada kata aku rasict (??tiba2). in the end aku akan guna magic words aku iaitu... aku sudah bayar yuran mahal beribu2 raban. so buat lah kelas properly. ni main agak2 saja bila ada lompang masa nak wat kelas. sekali lagi, aku dah bayar yuran mahal gilak. aku yang customer ni sebenar2nya. maka dalam situasi kejam customer is the boss.

end.

Kota Kinabalu, Sabah, Borneo Malaysia.

pictures of KK's night market near waterfront and general wet market. people often call this place as Filipino's Market. but i dont like to use such name. for me this place is in KK then it is KK's Market. many goods sold here especially pearl and handicraft. anyway fake good also available.

Sabah offers more than this, so come to Sabah and explore on your own.






p/s: pics were taken by using Ning's pink touchscreen SONY

Monday, September 15, 2008

siapa dzulnashriq?

*full english translation is not available

my last few entries were not written in full english. to those who only read in english, you may browse pictures in past entries. new pictures will be uploaded soon. thanks for visiting.

sebenarnya dari malam tadi lagi aku ingin menulis pasal ini. tapi akibat dari beberapa kekangan maka tak dapat lah. hanya petang ini baru aku ada peluang utk kemaskini blog ini.

ketika mula blogging dalam blogspot ini aku cuba sedaya upaya tidak mahu menulis apa2 berkaitan politik. tapi itu adalah sukar. bagaikan memisahkan sirap yang sudah tercampur dengan air. (puasa2 ni ingat pasal sirap pula...)

tapi apabila ada orang yang sudah bertanya apakah pendapat aku tentang demokrasi maka ada baiknya aku tulis dalam blog sendiri berbanding dari aku tulis komen panjang2 dalam blog orang lain. bukan apa masuk blog orang macam masuk rumah orang. kita boleh lah bercerita bersembang dan beri pendapat tapi banyak batasnya.  terima kasih kpd asriharif.blogspot.com. yang mempublish komen2 saya yg panjang dalam entry merdeka beliau.

seorang pembaca blog asriharif bernama dzulnashriq telah berikan komen kpd saya. berikut ada lah komen khas yg ditujukan kepada jlascanteen dalam entry merdeka asriharif;

To Jlascanteen:
What do you mean about "demokrasi sudah dicalar"?i'm really want to know what does demokrasi means to you?dan apakah rampasan kuasa?are you sure about rampasan kuasa akan berlaku?rampasan kuasa dengan reformasi politik adalah suatu benda yg berlainan..
who care about amerika, they are well known as big liar, we are talking about malaysia here,you got my point there.. 
you said "masalah ceremony kah apa ni?"no dude, there are no problemo about masalah ceremony, this is about correcting the fact of history, that had been manipulated by the so-called-historian..this is about the pride, the rights and voices of the people, the real MALAYSIAN, especially sabahan & sarawakian..we don't give a damn about those ceremony, bakar mercun, that costs rm500k for 15minutes, and pollute the air with those poisonous smoke..
we want to be heard, and take our rights back..

~i question everything,and learn something~


sebarang yang saya tulis dalam komen saya dalam blog asriharif adalah cuma pendapat. dan jika pembaca lain ada pendapat masing2 maka itu adalah hak anda. tapi boleh tak beri pendapat anda tu dlm 'tone' yang lebih sopan. kerana kita sedang menulis pendapat/komen dalam blog orang lain. maka perkataan seperti F-word adalah tidak perlu. 

untuk menjawab soalan dzulnashriq berkenaan dengan demokrasi. demokrasi di malaysia tidak sama dengan demokrasi amerika dan negara2 lain di dunia. tapi walaupun kita punya demokrasi cara kita, tidak juga boleh dinafikan bahawa demokrasi malaysia ini ialah saduran dari britain. apa yang saya faham dengan demokrasi kita ialah;

demokrasi beparlimen dan raja berpelembagaan. 
rakyat akan memilih wakil rakyat/MP pada pilihanraya.
ada 3 komponen utama; kabinet, parlimen, hakim. 
kerajaan yg sudah dipilih pada pilihanraya yang diadakan setiap dalam durasi 5 tahun sekali (selalunya tak sampai 5 tahun, 4 tahun+++ sudah election balik). 

ada banyak lagi. tapi saya percaya apa yang saya faham adalah fahaman standard. 

apabila dzulnashriq menulis tentang reformasi politik. saya hampir ketawa bersendirian. kerana bagi saya reformasi politik cara kita ini cuma kocakkan emosi. bila anak2 muda yang darahnya panas bukan saja kerana ada kaitan dia kerap diklasifikasi sbg mamalia. tapi kerana anak2 muda ini selalu terperangkap dengan semangat yang tenaga nya disalur keluar tanpa berfikir. 

saya pun tidak tahu apakah maksud sebenar dzulnashriq berkaitan dengan reformasi politik beliau. kerana hanya dinyatakan dalam komennya itu bahawa rampasan kuasa dan reformasi politik itu berlainan.

pendapat saya rampasan kuasa ialah bila sebuah kerajaan yang sah terbentuk melalui proses demokrasi ditumbangkan dengan kaedah bukan demokrasi atau cheat yang mencalar demokrasi. saya mula mengambil perhatian berkenaan dengan rampasan kuasa ini apabila tak lama dahulu (mungkin 1tahun-2 tahun) berlaku penggulingan kuasa di Thailand. maka dari sana saya lebih faham berkaitan rampasan kuasa. saya tahu bahawa contoh saya ialah Thailand. mungkin nanti dzulnashriq akan berkata lagi 'hey we are talking about Malaysia here, you got my point?' . lantak kau lah dzulnashriq... aku nak buat contoh thailand so kalau kau ada contoh malaysia sila kan... pernah kah ada contoh seumpamanya di malaysia? alhamdullilah tiada. (sepengetahuan aku lah...)

berkenaan dengan reformasi politik. hahahahahahahahahahahahah... mari kita tulis english.. sebab dzulnashriq ni kerap tulis english. some people especially young bloods are tangled in rhetoric and battle-cry made by an orator who his best is merely talking. these young bloods are erupting and start to mumble like they were there when our fore-fathers struggled to build Negarabangsa.

dulu indonesia diperintah oleh jeneral2 tentera. bila 1998 dengan laungan reformasi maka pemerintahan tentera (military government) ditumbangkan di Indonesia. kini kerajaan indonesia bukan pimpinan tentera. maka itu lah reformasi politik mereka dari pemerintahan tentera kepada kerajaan bukan tentera (yang biasa punya). itu lah sedang (is happening) di pakistan bila jeneral iaitu juga presiden melepaskan jawatannya. kini pakistan dalam proses mereform kerajaan mereka kepada bukan tentera. myanmar juga dahagakan reformasi politik. kerna mereka diperintah oleh junta. ada golongan demokrasi disana ingin menggantikan pemerintah tentera dengan kerajaan dipilih rakyat.

kita tiada pemerintahan tentera. maka sistem kita adalah dalam landasan yang betul. usahlah direform lagi. sebab apa yang hendak direform jika sistem kita sudah demokrasi yang standard?. jika reform juga mungkin kita akan tersilap dan mencalar demokrasi itu sendiri. 

itulah yang saya maksudkan dengan reformasi itu cuma kocakkan emosi. panjang lah lagi nak tulis. lebih panjang lebih berbelit. lebih membosankan. tapi ini adalah entry khas untuk dzulnashriq yang selalu bertanya soalan untuk belajar. siapa dzulnashriq? hahaha kau tak faham lagi tanya soalan hokeh... tapi aku cadangkan jangan guna oh damn.. f-word n watsoeva. bukan kau saja yang pandai guna kata2 nista keji dan vulgar.

dalam komen2 lain beliau.. beriya2 mendebatkan bila sepatutnya malaysia merdeka. 31 ogos atau 16 sept. untuk cerita 2 tarikh ini boleh lah baca entry panjang lebar saya yang ada gambar peta2 tu bertajuk 31 ogos dan 16 sept. 

dzulnashriq juga ada katakan bahawa dia tak peduli pasal amerika. atau dalam bahasa tulisan dzulnashriq 'who care about america?'. aku peduli pasal amerika. sebab aku terus nonton MTV yang diimport dari amerika, wayang2 dan tv show produk hollywod, E! dan juga muzik2 seperti maroon 5 dan the killers. andai dzulnashriq punya jaminan bahawa dia langsung tidak mengikuti sebarang hal berkaitan dengan amerika maka dia tidak berbohong dengan frasanya 'who care about america'. mungkin menjadi lelucon kerana dzul ini menulis komennya dalam english yang menjadi bahasa pengantar rasmi di amerika yang tidak dipedulikannya itu

i like american pop culture. sometime i read about american history and social study. just for sake of reading. but no matter how much i read about america and american it wont make me less malaysian. even though sometime my brother label me as more american than american.

salah kah kalau aku saja nak menyibuk baca wikipedia pasal george washington atau watergate scandal? kita bukan rakyat palestin tapi aku percaya ramai kalangan kita punya rasa simpati dengan palestin. tiada silapnya mengambil tahu tentang hal dunia luar. walaupun kadangkala hal dunia luar menyebabkan aku sukar melelapkan mata diwaktu malam. akibatnya aku sangat mengantuk di waktu siang. 

mungkin ada baiknya aku menjadi tak kisah atau hell dont care (mungkin ini bahasa yang lebih diprefer oleh dzul) tapi tidak boleh. macam ayat ku diatas... aku menyibuk hal dunia luar ni macam sirap yang sudah bercampur dengan air. tapi aku jamin ada limitnya kerana aku tetap menyambut hari merdeka dan hari malaysia pada 31 ogos dan 16 sept bukan pada 4th july.

untuk menutup entry panjang lebar berbelit ini aku ada satu soalan yang menerjah benak;
berapa kali kah sudah dzulnashriq mengundi dalam pilihanraya Malaysia???

siapa ada jawapan untuk soalan itu boleh lah tinggalkan komen anda. nak komen hal2 lain pun boleh.


Thursday, September 11, 2008

perhatian kpd hep ums; khidmat bas untuk kingfisher adalah tidak memuaskan n memualkan

macam biasa lah khamis ada lab kan.

lab pukul 2 pm. tapi aku baik hari ni aku keluar awal utk pg lab tu. pukul 11.30 aku suda tggu bas. sbb aku nak pg library renew buku yg dah expired n nak pinjam buku tambahan lah kononnya. n by 1 pm aku mesti setup lab tu supaya senang pelajar nak observe specimen. apa pun bas tidak kunjung tiba sampai 12.30. aku siap bazir kredit lagi call HEP UMS tanya ada tak perkhidmatan bas hari ini disediakan. akak tu jawab nanti dia check. aku pun call my hausmet minta tolong dia antar. bila hausmet aku fetch me di bastop, bas pun sampai. sakit saja hati aku. aku dah nyusahkan org lain. sbb bas tu dtg sgt lah lambat.

pkhidmatan pangkutan awam yg lain sgt lah sukar utk ke ums. bas bandar kena tukar 2 kali baru sampai. walau pun jarak kf ke pintu gate ums cuma 10 minit saja jika pemanduan dgn kelajuan 60km/jam. walaupun lab aku di sst. yg dekat sgt dgn main gate. tapi bulan puasa ni senak lah juga nak tggu bas tepi round about tu. then nasib malang kena jalan kaki ke round about tu dulu.
nasib baik aku tak mencarut tym tunggu bas. kira banyak bersabar juga lah. kalau tak abis kurus la pahala puasa.

aku terus ke lab sebab dah pukul 1. set up2 kan specimen tu. tulis2 arahan di whiteboard. siap dalam half hour. then aku lepak lab sebelah. sembang ngan member. 1.45 aku sembahyang zohor. pelajar dah tggu dah kat luar lab. aku kata 2 pm baru masuk. aku boleh saja nak gi library around 1.30 tu tapi panas terik lah. aku x nak penat sgt so aku x pg library. nak simpan tenaga utk entertain soalan2 pelajar2 skema ayam.

then aku memekik2 suruh pelajar buat itu dan ini. lebih kepada melukis lah... banyak soal jugak. walaupun hal aku suruh tu simple jak pun. lukis n label. aku x jawab sgt pun soalan berkenaan label specimen sbb aku pun x study sgt psl tu. berbelas belas lah juga lukisan yg aku suruh mereka buat.

by 3 aku tgk lab dah tenang dan aman. semua pun busy mencoret coret. aku kasi tau pelajar, aku nak gi library kejap. jarak dari lab aku ke library tu adalah 20 minit jalan kaki pergi balik. aku renew kejap jak. ada lah 3 minit. aku siap pesan pelajar2 tu supaya jangan nakal tym aku pg library.

bila aku dtg balik lab. semua pun ok. juz ada 1 student baru sampai. overslept katanya. tak apa lah nanti2 aku diskaun saja lah markah kau. x payah marah2 save aku punya puasa.

bila dah agak2 siap 15 minutes bfore 4. chewah actually aku boleh buat saja lab sampai pukul 5. tapi bulan puasa kan... aku pun kesian dgn diri sendiri. tekak sgt lah kering. aku line up lah pelajar suruh tulis attendance, sambil aku check2 ala kadar kerja dorang. ada yang berani tulis attendance on behalf kawan dia. ceh ada lagi jadi baruarupanya. aku nak marah pun bulan puasa. but almost marah lah juga. sebab si baruai tu try buat mcm tu depan2 aku. hello lu nak mamp?. tulis attendance palsu. attendance tu bukti utk aku buat claim duit hokeh!. aku
tak maki lah.. juz suruh dia cross nama member dia yg ponteng tu.

aku dgn jahat nya boleh minta tolong (suruh sebenarnya) pelajar yg dtg lambat tu bersihkan meja. angkut semua specimen2 n kumpulkan ke meja depan. nasib kau lah jadi org suruhan hari ni. sebab kau dtg lambat. so aku rasa tak perlu lah deduct markah dia.

ada 2 lab lagi. aku rasa aku nak harung dua2 tu dalam bulan puasa juga. so after raya aku boleh tumpukan kepada kehidupan pelajaran aku pulak. asyik nak ngajar mereka ni. bukannya nak paham. dia nak melukis supaya dapat markah. bukannya nak belajar mengenal n membeza paku pakis dari pokok cili.

but i am happy with seorang girl tu beriya2 dia nak tau pasal paku pakis lah... last week pun dia beriya juga tanya mcm mana nak buat projek lumut.

aku kan dah terjerumus dalam taksonomi botani kriptogam. so agak ceria jugak lah utk mengetahui di planet ums ni ada juga org lain yg seumpama dgn aku. i mean new blood yg nak belajar pasal taksonomi tumbuhan yang amat membosankan tu.


p/s: hari ni tekak kelantan aku datang lagi. dah 3 kali puasa ni aku berbuka makan nasi kerabu. but hari ni solo lada dia tak best sangat.