MEH LAH KLIK...

Tuesday, August 12, 2008

wartawan vs artis: siapa kuat?

seminggu dua ni kecoh lah pasal kes artis wanita bercakar dgn wartawan hiburan. aku pun nak turut sama lah tulis pasal hal ni. sebab past week dlm rancangan kring kring cerita psl hal fasha ni setengah jam full. then follow up pula dlm melodi. then semalam dlm hot fm. wah macam besar saja gaduh nya kan. dalam kring2 tu bukan kecil2 punya wartawan. sampai tahap pangkat editor sekali keluar buka cerita segala.

mcm biasa lah tukang tulis n tukang sebar ni kalau kaum kerabat dia terusik mereka akan terus re-group. ala macam formasi perang dlm cerita 300 atau troy tu. tapi beza pula kem artis. kalau pihak mereka kena hentam dgn wartawan maka tanggung lah sendiri. semua org takut terkena tempias dakwat mata pena si tukang tulis.

aku terkejut juga. bila ada frasa 'wartawan ni bos artis...' terkeluar. tu dia bapak segala berlagak ego dah keluar. benarkah si tukang tulis tu bos artis??? sudah lah jgn lah tunjuk pangkat tinggi sgt semata2 kamu ada peluang menjadi penyebar cerita kepada khalayak. memanglah segala tulisan wartawan tentang seseorang artis oleh memberi kesan jatuh bangun kerjaya orang. tapi ingat rezeki ialah pemberian Allah SWT. so tak payah lah teriak kat stesen tv atau radio dgn frasa mcm tu seolah2 kamu lah yg tentukan periuk nasi artis tu.

kesian juga dgn fasha ni... aku langsung tak kenal dia tapi nak kata minat pun tak juga. tapi mengikut kata si fasha, dia hilang sabar sebab apabila perkara yg di tulis oleh si tukang tulis dan tukang sebar tu melukakan hati ibu dan keluarga beliau. jika fasha bertindak marah wartawan tersebut kerana fasha menyebelahi keluarga beliau, maka aku rasa tindakan fasha wajar. kita wajar bersikap protective andai berdepan dengan isu yg berkaitan keluarga.

seingat aku ini rasanya kes ke-2 selepas kes azwan yg lalu. tak nak lah komen pasal kes lalu. sebab bagi aku azwan dah handle dgn baik hal tersebut. teruskan bekerja azwan. ok nak kredit kat azwan sikit. dia ni kelulusan tinggi. tapi dia selalu turun padang beramah mesra dengan orang ramai. join konvoi atau roadshow untuk jumpa orang ramai dari segala ceruk. dia pula selalu bercakap dalam bahasa melayu jika ditemuramah. walaupun aku pasti azwan ialah seorang bilingual.

wartawan memang gemar bahan sensasi seperti tunang kahwin cerai artis. siapa dating dengan siapa. semua hal2 peribadi ni memang gula gula wartawan. kerana itu cerita yg laku utk dijual. itu lah pelaris yg boleh meningkatkan keuntungan jualan. apatah lagi cerita negatif2 pasal artis pastinya itu lah akan buat tukang tulis dan tukang sebar ni berkobar2 utk sebarkan. kononya mereka tulis apa yang benar. memang lah benar tu benar salah tu salah. tapi jika kisah tulisan tu mengaibkan orang sampai tahap melampau. boleh menyebabkan seorang ibu terluka hatinya. boleh menghancurkan masa depan orang lain. adakah itu tindakkan benar??? andai si polan nak kahwin dgn vip tapi tak nak mengaku dgn wartawan. apa salah si polan tu???wartawan tu bukan mak bapa si polan. suka hati si polan lah nak bagitau atau tak. andai si artis tu tak nak bergambar dgn kekasihnya atau teman tapi mesranya maka itu hak dia. senang cerita lah sebenarnya siapa yg dpt gmbr eksklusif artis dgn teman tapi mesranya, maka akan laku lah surat khabar itu. sbb tu sanggup paksa2 nak sensasi punya pasal. alasannya kebenaran.

kepada artis, jika anda bersih maka tiada apa yang hendak ditakutkan dengan tukang tulis dgn tukang sebar. kerana percayalah pihak terainaya itu sentiasa akan mendapat pertolongan dan perlindungan. oleh itu artis mesti ada bakat, disiplin dan kebijaksanaan and good pr.

sesama bangsa sendiri pun nak bercakar. dah tu bukannya bergaduh sembunyi2 tapi siap bagitau dalam stesen tv n radio yang disiar keseluruh negara. hentam anak orang dalam live telecast atau live on air. nanti apa perasaan anda jika perkara itu jadi ke atas anak anda sendiri??? clearly on this particular matter i am backing fasha. simply because she protects her mother n her family. ibu vs tukang tulis dan tukang sebar. semestinya semua orang akan pilih ibu.

1 comment:

TEAM B.I.O.N.I.C said...

promotekan la blog ku ni