MEH LAH KLIK...

Monday, August 25, 2008

menunggu cinta Hektornya Bab 2

english translation is not available.
bab 2: Arjuna

dia tahu arjuna bukan Hektor yang dicarinya. tapi dia bersemangat untuk menatap kembali wajah arjuna setelah bertahun-tahun tidak bersua. ya arjuna masih seperti dulu. kacak tampan dan gagah di mata nya.

hatinya kembali berbunga ceria apabila melihat dari jauh kelibat arjuna yang sentiasa dalam ingatannya. malangnya hanya sekejap cuma. dalam hatinya waahh... seronok bagai tak terkata.
arjuna menghilang dari pandangannya. sedikit kecewa.

ketika ini tekadnya bukan menunggu cinta Hektor, tapi mencari arjuna. berlari lari lah dia di dataran. meredah terik mentari tanpa menghiraukan tekaknya yang kering. hampir putus harapannya bila arjuna hilang dari pandangan mata. penantian bertahun-tahun itu hanya dibayar dengan saguhati, iaitu melihat arjuna dari jauh.

tapi dia bersabar. nekad mencari arjuna. dan yang terbaik untuk yang sabar. dia ketemu juga kembali arjuna. kini sangat hampir dan jelas arjuna dimatanya. dia cuma mampu berdiri dan melihat saja arjuna. tidak banyak yang boleh dilakukan selain dari itu.

arjuna dengan gagah memacu tunggangannya. memacu dengan deras sehingga hilang dari pandangannya. dihatinya sudah lama tahu arjuna bukan Hektor yang ditunggu. dihatinya kini sudah tahu arjuna tidak akan muncul lagi didepannya. itu lah yang terakhir kali. hanya pandangan mata menyusul dibelakang arjuna.

dia teruskan menunggu cinta Hektornya.

nota tangan: tentera Yunani hampir berputus asa. kerana tembok Kota Troy amat sukar untuk dimusnahkan. hampir habis daya mereka. Agemmenon naik berang. dia mengarahkan panglimanya meneruskan serangan. moral Yunani makin rapuh apabila mendapat tahu Putera Hector mengepalai pertahanan Troy. Hector menaikkan semangat askarnya, tapi dalam hati, Hector tahu ribut malapetaka yang bakal menimpa empayar ayahandanya. ternyata Hector benar kali itu.

1 comment:

green apple said...

thanks for visiting my blog..:D