MEH LAH KLIK...

Tuesday, July 15, 2008

summer time: filem melayu gagal di pasaran?

agak lucu untuk orang seperti aku ini menulis tentang strategi pemasaran filem melayu. kerana aku mula menonton wayang di pawagam ketika filem cinta. ya itu lah filem pertama ku tonton di pawagam. dalam erti kata lain jarang lah aku ke pawagam ni.

boleh dikatakan citarasa filem ku bukan mengikut trend semasa. kebanyakkan filem yang ku ingin lihat adalah filem dari zaman dulu2. contohnya filem2 lakonan al pacino, atau robert de niro dan sekali sekala filem steven spielberg. ataupun juga filem2 bergenre epik seperti gladiator, troy, kingdom of heaven. biasanya filem yang ku ingin tonton tidak ditayangkan di pawagam malaysia, seperti munich.

tapi aku ini tv freak; maksudnya aku menonton tv dengan banyak sekali, dan aku juga suka membaca tentang budaya pop amerika. maka dengan inilah aku ingin kongsi satu tips pemasaran filem melayu. kita semua tahu hollywood memang cekap menghasilkan filem yang bukan saja laku di pasaran malahan kreatif (dan selalu juga mengarut).

tadi baru aku baca di portal hiburan GUA, dalam portal itu ada menulis bahawa pungutan filem sepi agak kurang atau bahasa bisnesnya tidak untung banyak/rugi. mengikut dalam portal itu juga seorang pelakon dalam filem itu memberikan alasan bahawa filem melayu malaysia tidak mendapat sokongan berbanding filem hollywood seperti kung fu panda, hancock, wanted.

pertama sekali pembikin filem tidak boleh menyalahkan khalayak (penonton) jika filem mereka flop di pasaran. kerana penonton mengeluarkan duit untuk membeli tiket maka suka hati penontonlah hendak memilih wayang mengikut selera masing2. aku sudah bosan dengan alasan atau sikap menyalahkan penonton yang enggan nak menonton wayang buatan malaysia. itu tugas produksi yang untuk mempersembahkan karya yang boleh menambat hati penonton (pelanggan yang membayar harga tiket). tambahan pula sekarang ni aku rasa semua rakyat malaysia sudah mula bijak berjimat cermat, apatah lagi dari segi hiburan ini. sudah tentu lah mereka akan membeli sesuatu yang boleh mendatangkan kepuasan dan lebih nilai untuk wang yang telah dibelanjakan.

kenyataan 'sesetengah masyarakat tempatan mengagung-agungkan filem barat' adalah suatu kenyataan yang tidak menghormati hak penonton untuk memilih filem mengikut citarasa. apakah pihak produksi dan pelakon2 itu semua sudah cukup patriotik sehinggakan berani menuduh khalayak penggemar filem sedemikian?. sikap patriotik itu bukan hanya boleh dinilai dari pilihan wayang yang ditonton. seseorang itu tidak boleh dituduh mengagung2kan karya barat semata2 kerana dia menonton filem wanted dan bukannya sepi.

pembuatan filem ini boleh juga dikatakan perniagaan filem. betul filem melayu malaysia banyak yang bagus, hasil karya yang boleh membanggakan tapi kerap gagal dipawagam. dari pendapat aku filem sepi kurang mendapat sambutan bukan kerana mutu filem tersebut. aku pun belum menonton filem sepi ini di pawagam. aku cuma banyak melihat trailer atau promo di TV. jika ikutkan dari trailer dan promo itu aku yakin filem sepi ini karya yang bagus. apatah lagi pembuat filem ini ialah orang yang sama membuat filem cinta. aku suka filem cinta. pelakon2 filem sepi juga rata2 mereka sudah terbukti boleh berlakon dengan cemerlang.

silapnya (atau beraninya??) tentang penyiaran filem sepi ini ialah, ia di tayangkan pada musim panas. ya malaysia bukan negara 4 musim. hari2 pun boleh panas boleh hujan di malaysia. apa kaitannya???? tapi amerika di mana terletaknya hollywood itu mengalami musim panas. opppss.. aku tidak pernah ke Amerika untuk bercuti musim panas. cuma aku selalu menonton tv seperti yang ku tulis di atas. dan aku juga lebih dari kerap menonton saluran E!.

mengikut pendapat aku yang tak pernah belajar membuat filem atau pemasaran ini, masalah sepi ialah 'timing' penyiaran. di hollywood musim panas ialah musim terbaik untuk para produksi filem menyiarkan filem mereka di pawagam. kerana pada musim panas lah rakyat amerika pergi keluar (outdoor) untuk beriadah termasuk lah menonton wayang. apabila musim panas tiba maka filem2 yang dibikin dengan budget tinggi, lengkap dengan pelakon A-list akan menerjah pawagam. kerana produksi filem hollywood mengambil kesempatan dengan budaya pop rakyat amerika ini. bila filem2 musim panas ini ditayangkan di malaysia maka disinilah wujud persaingan sengit sehinggakan filem malaysia 'flop'.

blockbuster movie sepert hancock, wanted, hulk, kung fu panda ini memang jika dibanding2 dengan filem malaysia pastinya dapat menarik jumlah penonton yang lebih ramai. bukan sebab filem malaysia tidak bagus atau penonton kurang patriotik. cuma penonton ketika bulan june july august (summer) mempunyai lebih banyak pilihan. tugas produksi untuk bersaing dengan filem2 musim panas dari hollywood.

tontonilah MTV movie award, walaupun ini anugerah yang selalu mengarut2 tapi banyak maklumat berkenaan filem yang boleh didapati darinya. disinilah anda boleh tahu filem apa yang diramal akan mengegar pawagam, filem apa yang paling dinanti2kan. award best summer movie so far... ini terbukti seperti filem 'now i pronounce you chuck and larry', ironman, troy. semua itu filem yang untung pecah panggung dan semua pun ditayangkan pada musim panas.

kalau setakat nak buat filem untuk kepuasan maka rasanya banyak filem malaysia ini sudah mencapai tahap itu. tapi dari segi pemasaran, itulah kelemahan produksi filem tempatan. adalah susah untuk membuat sesuatu (produk), tetapi untuk menjual produk yang dicipta itu adalah lebih susah. pemasaran yang ala kadar boleh menyebabkan kutipan pawagam 'flop'. sebelum para pembikin/produksi/pelakon/pengarah filem menyalahkan penonton kerana filem tidak ditonton adalah lebih baik mereka ini tengok kelemahan mereka dahulu. jangan dengan cepat menuding jari menyalahkan penonton tempatan sebagai mengagung2kan sangat filem barat.

tips yang berguna ialah;
elakkan menyiarkan banyak filem melayu dalam bulan june july august (summer time). kalau boleh minimumkan siaran filem melayu pada waktu tersebut. kerana the timing is very bad, because of stiff competition.
siarkan filem melayu pada musim sejuk (dec-feb), dan musim2 cuti di malaysia e.g cuti sekolah, cuti raya.
jangan belajar bikin filem bagus saja... belajar macam mana nak jual filem yang bagus tu.

mungkin pendapatku ni salah atau kurang betul. tapi cuba fikirkan2 balik.
jika kita membaca/menonton budaya orang amerika tidak semestinya kita ni mengagungkan amerikan atau tidak patriotik. dengan membaca/menonton budaya orang amerika kita boleh memahami mereka. dalam kes ini bagaimana hendak memahami strategi pemasaran filem amerika. so pelakon2 kena lah lebih banyakkan menonton MTV dan E! lepas ni.

No comments: