MEH LAH KLIK...

Friday, July 11, 2008

pengacara yang terlampau

tadi aku nonton satu rancangan popular. alah yg trackking artist tu.. yep bukan saja endangered species yg kena trackking penyanyi2 pun kena. rancangan ni aku selalu tgk lalu dapat lah ku kesan tabiat si pengacara nya...

yang aku perasan pengacara ni salalu membuat bersifat sinis, soalan sinis macam teasing atau mengejek pun ada. lepas tu selalu bagi respon yang menghina...

cth:

artis: saya dulu main bola wakil sekolah
pengacara terlampau: pandai main ke? (dengan nada sinis)

ada beberapa tahun lalu ramai lah anak2 saudara artis yg ditrack nya berebut2 nak interframe..
dia dengan muka sinis berkata 'macam nursery lah pulak ye..'

dia ni dulu ada menjadi dj radio. tapi sekejap saja lah. apa sebabnya tak tau lah. selain dari rancangan trackking mentrackking nya tu aku tak tau lah kalau dia ada buat pengacaraaan rancangan lain.

kebetulan pula ramai artis realiti yang ditemuramahnya ni tak berpeluang belajar ke peringkat lebih tinggi. maka selalu lah dia tanya soalan berbunyi sinis part yg tu. aku rasa dia ni memang ada ijazah, kalau tak silap dri uitm.

dia ni pengacara yg berbakat. tapi kalau dah asyik menimbulkan soalan atau komen berbaur ejekan menyampah juga aku tgk. ya lah... tau lah awak tu dapat bergaji besar baju berjenama berjaya dalam kerjaya, tapi jangan lah bersikap macam tu dgn artis realiti yang memang agak kurang cekap menjawab soalan. sepatutnya awak sbg pengacara yg guide, bukan pasang perangkap. jgnlah mempermain2kan artis2 muda dgn soalan ejekan awak tu.

lagi satu yg aku selalu geram ialah bila wartawan peroxide blonde tanya soalan peribadi dgn artis. soalan peribadi boleh tapi sebagai rencah sikit2 sajalah. penonton nak tau perkembangan aktiviti professional artis tu. bukan kisah sgt pun aktiviti cerai break up dorang. minggu lepas dia asak soalan peribadi dengan seorang artis veteren. mula2 artis berkenaan tak nak jawab soalan tu. tapi bila si peroxide blonde asak bertalu2 soalan yg sama maka artis tu crack lah juga kisah peribadi dia. nasib baik lah artis veteren tu dah tau gelora dunia glamor ni maka beliau dgn bijak dapat mengawal emosinya.

soalan2 yg seperti dikemukakan si peroxide blonde tu pula kalau artis tak nak jawab lagi dia desak. lagi ligat dia nak bertanya. lain kali tanya lah lebih pasal kerja bukan peribadi. ada sekali tu, peroxide blonde dpt menangkap sepasang kekasih artis (sudah kawin pun 2 org ni). lepas tu pasangan tu mengelak berlari2 dari peroxide blonde tu... lepas tu si peroxide tu siap menyindir2 lagi artis tu. dia kata ' ini lah sikap artis malaysia bila ditanya soalan seorang lari bersembunyi seorang buat2 lipat tisu'. biarlah artis tu nak bercinta ke kalau dia tak nak share itu pilihan masing2

No comments: