MEH LAH KLIK...

Thursday, July 10, 2008

mereka bercinta atau tidak?- suatu teori penuh sangsi

aku ni memang suka merapu sakan... segala teori konspirasi ada dlm otak ni... berbagai2. aku nak tulis rasa ku disini. aku suspek sejak beberapa bulan lalu, bahawa 2 org kawan ku telah dating sesama sendiri. aku pun tak tahu sejauh mana kebenaran atau ketipuan sangsi ku ini. juz my hunch. aku rasa jak lah... tapi blom ada pengakuan terbuka dari kedua2 nya. aku malas nak bertanya terang2an atau lebih tepat lagi malu.

mana tahu mereka memang berdating (bercinta) tapi bukan sesama sendiri. aku ada rasa yg suam2 kuku utk mengatakan dua orang ini sudah declare jadi pasangan kekasih. aku cuma boleh menunggu sehingga mereka membuat pendedahan terbuka.

ye lah zaman akhir zaman ni semua barang di upload dan download guna internet. jadi bukan lah susah sgt nak dapat tahu kan. mcm surat nikah si kim kardashian dulu ibunya dapat tahu pun melalui intenet. masa tu kim kawin lari di vegas.

ooppsss terlebih sudah... bukannya aku tertunggu2 pengumuman kawin 2 org kawan ku. cuma kalau dua kawan ni suda declare apa salahnya kongsi dgn kawan2. apa2 pun itu hak mereka berdua nak kongsi atau tidak. mana tahu aku saja yg merapu dgn teori ku ni... ntah2 mereka 2 tu memang tiada hubungan romantik pun... hahahahahaha

kawan2 ku ni bukanlah artis cuma org biasa2 kolar putih. selalunya aku klu hal kawan2 ni aku tanya jak terus terang. cth;

aku: betul kah ko sudah declare dgn kawan kita si A?

selalunya member malu utk menjawab. aku pun malu kalut mengarut kalau org tanya mcm tu. actually klu kwn2 tanya aku tak lah malu berapi. tapi kalau family tanya soalan mcm tu... hisyyy... mau aku tekan volume tv sampai max... buat nda dengar soalan mcm tu. tapi ya lah dari aku tertanya2 kebenaran atau kepalsuan kabar angin baik aku tanya sendiri dgn org punya badan. tapi kes kali ini lain sikit. bukan kabar angin. cuma aku saja yg ada perasaan atau mengagak bahawa 2 org kawan ini sudah ada hubungan romantik.

oleh sebab aku pun lama sudah tak contact dgn member 2 ni so agak pelik juga aku tanya tiba2. anyway aku cuma boleh tunggu dan lihat. andainya mereka sudah declare ok lah tu. andainya tiada apa2 ok lah juga. (ya lah tak kan aku kata ko, siapa lah aku kan?).

biasanya juga, aku tak kisah sgt pun kawan2 sudah declare atau sudah ada kekasih. tapi yang 2 orang dlm kes ini dulu ada kes 'tarik tali sampai salah seorang hampir tersungkur'. akhirnya 2 org ni steady jak... tapi ada orang lain pula mcm jatuh tergolek. susah juga kan...

tapi rasanya keadaaan sudah pulih dan masing2 pun teruskan hidup dengan lebih baik. susah kan kalau jatuh suka dgn kawan ni. kalau berbalas ok. kalau tidak. kekasih tiada kawan pun boleh hilang.

kawan aku, si ning ada tanya, kenapa shoutout aku berbunyi 'now everyone is someone husband'. ok sebahagian dari cerita disebalik shoutout itu belum aku sedia lagi untuk dedahkan kepada semua disini. tapi ini sedikit kisah disebalik tagline itu.

sebenarnya frasa itu ku ubah suai dari tagline syarikat penerbangan merah. cuma aku sesuaikan dgn keadaan skrg. musim cuti yg lalu ramai orang kawin dikampung ku. lagipun ada beberapa org kawan sekolah pun sudah berkawin dan bekeluarga sendiri. yang bertunang pun ada, apatah lagi yg punya kekasih yg steady, rasanya hampir semua sudah punya steady bf/gf. yg tak steady pun ada. dan yg masih solo pun ramai juga. termasuk aku.

bila umur dah 20 something ni maka ramai lah yg terpikir2 nak berumahtangga kan?... well macam tu lah kisahnya di Malaysia ni. (negara lain tak tau lah pula sbb aku tggl di Malaysia). tiada salahnya. malah itu suatu yg bagus.

frasa itu mula aku gunakan semasa aku berbalas mesej dgn kawan ku, amanda.

kpd kawan yg sudah punya bf/tunang/husband, jika anda ingin mengenalkan pasangan anda kpd aku, itu adalah dialu2kan. jika nak sembunyikan pun up to you.

No comments: