MEH LAH KLIK...

Friday, July 11, 2008

i aint no holler back girl

tadi aku pg ums, cps.. ambil result. Alhamdullilah lulus. walaupun bukanlah cemerlang gemilang gemerlapan kebilangan, tapi ok lah tu. kita study bnyk tu bnyk tu lah juga hasilnya. harap2 next time boleh buat lebih bagus lagi. yg hazabnya sekarang ni aku mesti dpy cpga 3 ke atas utk lulus, dan subjek mesti dapat sekurang2nya gred B. di bawah gred B bermakna repeat. so u do the math... bit tougher compare to bachelor pogramme. terima kasih kpd cik pakai selendang pink yg sudi melayan2 aku tadi n encik skinny. mesti org opis cps tu nyampah tgk mukaku.

lepas ambil result proceed setel kediaman. jeng2 jeng ni ada drama2 sikit. aku ambil kunci dari opis kf. aku minta bilik lama rumah lama dulu. ya lah kebetulan kosong bilik tu walaupun sudah ada seorang masuk (bilik double). then bila aku sampai di tempat kejadian, aku buka pintu bilik... bilik tu memang macam tempat kejadian. ada org tinggal, katil single dicantum, almari dua2 occupied, pendek kata bilik tu sudah berubah wajah. peralatan utk tggl 2 org telah disusun utk kegunaan seorang. aku pun pissed lah juga. sebab last sem aku tggl seorang. walaupun aku guna almari ke2 utk letak barang n meja belajar ke2 sbg dine table, tapi aku tidak ubah kedudukan perabot. supaya tpt tu sentiasa avaliable utk 2 org penghuni. barang dlm almari ke2 tu barang besar2 yg boleh dipindahkan dlm masa 2 minit. dan meja pun boleh di vacant dlm masa 5 minit.

dalam marah2 tu aku kept my sense lah supaya jgn meroyan tak tentu pasal. aku tgk saja bilik tu. oleh sebab barang banyak aku cepat2 kunci balik sebab tak nak lah kacau barang orang yg melimpah ruah 2 almari tu. mengikut saksi di tempat kejadian penghuni bilik tu sudah bekeluarga. dan saksi juga mengatakan penghuni bilik tu ada membawa keluarganya bermalam disana. berapa org ahli keluarga tu aku x pasti sgt mungkin 1-2 org saja. biasalah tu mungkin beliau takut tggl sorang diri.

saksi ni try to stay neutral tak nak sebelah sesiapa. aku pun bukan lah kejam sgt nak mensabotaj orang. aku pun cuma nyewa bilik saja. cuma yg aku nak fair share. memandangkan bakal roomate tu tiada, dan tak pasti bila dia akan balik ke rumah tu, aku pun try solution lain. aku terus pg ofis kf balik utk tukar bilik. aku pun turut menerangkan masalah kenapa aku nak tukar bilik sebab bilik lama tu dah diconvert jadi 1 in 2. terpulang lah kpd tribunal budibicara ofis tu nak buat macam mana. i juz want my fair share . itu saja.

aku terpaksa tukar ke rumah sebelah sebab bilik2 yg ada dirumah lama masih belum boleh diakses pada ketika ini. bilik bawah dah jadi 1 in 2, master bedroom pdaftaran terabur, 2 bilik lagi tiada kunci dan occupied.

bila aku dapat bilik baru... aku call lah penghuni rumah sebelah tu utk maklumkan bahawa aku akan dtg tggl sana bermula ahad malam. sebab dah ofis bagi kunci dgn aku. then masalah lain pula menjengah. aku ditelefon oleh penghuni bilik itu bahawa dia sudah book vacancy dlm bilik tu utk kawannya yg bakal mendaftar minggu depan. n she demand me to give her my key. i try to tolerate and i told her all i do is trading the key. maksud dia kena ambil kunci bilik master utk aku sbg tukaran utk my key. macam2 lah pula... ofis bg kunci, alih2 ada pula yg book bilik. aku tak tahu pula kf mengamalkan sistem book bilik mcm hotel.

apa2 pun keputusannya ahad ni. aku yakin pelbagai lagi masalah akan menjelama pasal bilik and pasal daftar subjek nanti. harap2 semua itu akan dapat diselesaikan.

aku syorkan kepada penghuni2 rumah ni supaya ikut lah peraturan dan akal budi yang jelas. bila dah tggl ramai2 mcm ni dlm perumahan pelajar, yg dah kawin kena jadi 'bujang', yg pengotor kena kurangan kekotoran, yg penyepah kena kurangkan pnyepahan. respect everyone's space. ye lah kalau dah plan2 nak tggl dgn keluarga dan rakan2 mengikut suka hati anda maka ada baiknya anda tggl dirumah sendiri. kita dirumah tu cuma sewa bilik saja utk 1 kepala. so faham2 lah kan. dah besar pun semuanya. part kebersihan dan kekemasan tu lebih kepada ingatan utk diri ku sendiri.

juz dont mess with me. i aint no holler back girl!

No comments: