MEH LAH KLIK...

Tuesday, July 15, 2008

Desperate Housemates

now showing! your favourite housemates are here!

tadi aku ke pejabat kf, untuk setel masalah kunci. mula2 aku suka juga tgk si ofis boy tu tercari2 kunci bilik aku. siapa suruh mereka tu, tak susun n label kunci betul. tapi bila lama2 rasa kesian pula dia, smpi dia call bos kf untuk cari kunci bilik aku. tak apa lah nanti aku tak buli si young n married ofis boy lagi. tu lah lain kali cuba kerja rajin sikit. supaya senang bila jumpa orang mcm aku. hujung2 dia bagi aku seberkas kunci untuk di try buka tombol pintu.

bila balik cuma satu kunci saja yg bole guna. nasib baik. sebab aku dah warning si ofis boy tu, kalau aku x dapat juga kunci hari ini, aku paksa dia tukar tombol. jangan main2 aku ni ada rekod vandalism 3 tombol pintu, 2x ukm, sekali di sini (pintu stor). tadi sebelum aku ke ofis kf tu aku plan nak duplicate sendiri saja kunci bilik dari my roomie. roomie tu pula dgn selambanya tak nak kasi pinjam. ok tak apa aku masukkan dalam 'buku hutang'. bukannya nak aku pindah hak milik kunci tu. cuma nak dupliket saja. bukan jauh pun kedai kunci, cuma diblok kedai seberang sana... walking distance lah. tapi dia suruh aku ambil di ofis. nak saja aku cakap, ofis tu tak ada kunci lebih dah semua terabur. tapi mak cik tu bukannya bole paham pun. so aku pun biarkan saja. nanti aku lunaskan hutang dia tu.

dah lah seludup setinggan dalam bilik aku. aku pun tak tahu lah pendatang haram tu pelajar ke tak. aku ni malas nak kacau hal orang, selagi orang tak ganggu aku. masalahnya bilik tu cuma sekengkang kera, bila berdua pun dah sesak. tu belum kira barang2 bagai. kalau bertiga makin nipis lah oxygen dlm tu. nak kata setinggan tu budak pasca, tak pula dia hadir kursus metadologi. nak kata budak undergrade tak pula dia ke kelas. tak kan adik beradik kot??? apa kejadah angkut kaum kerabat tinggal rumah sesak ni. lagi menipiskan oxygen ada... aku malas nak bersoal selidik. tapi jika setinggan ini berlarutan maka terpaksalah aku membuli orang ofis kf untuk memindahkan setinggan.

harap2 seminggu ni saja setinggan tu menetap di bilik aku. tak apa lah bagi peluang 'adik beradik' tu berkasih sayang. dorang ni jenis tak paham2 ke???? rumah ni untuk yg dah mendaftar n bayar yuran. selain dari itu sila2 lah cari tpt hinggap lain. cuma mereka tu tak lah menggangu sgt. cuma aku terasa kesesakan ruang. sebab tu aku cuma tidur saja dalam bilik. selebihnya aku layan internet di ruang tamu yg ntah apa2 ni.

baru kejap tadi jiran sebelah datang berbondong2 mengadu nasib, hal ini kerana seorang ahli rumah telah di halau oleh roomatenya. roomate tu kakak senior/kakak jahat. ahli rumah yg kena halau tu orang baru masuk. masalahnya si watak jahat tu bukannya menghalau masa siang terang benderang. tapi dah malam, orang dah angkut barang masuk rumah, ikut suka tekak perut dia saja nak halau orang. then the rest of housemate pun back up lah mangsa. nasib baik lah penduduk rumah aku yang diatas tu baik hati, maka mereka pun benarkan lah mangsa kejahatan kakak jahat tu tinggal dirumah kami. aku pun tak kisah sgt. ialah dah malam, lagipun ada tempat kosong lagi dibilik atas. kesian sampai menangis2 mangsa kakak jahat tu.

kakak jahat ni boleh menang award the best villain. dari sem lepas jiran asyik mengadu pasal kakak jahat. ada seorang tu memang siap maki2 hamun, siap kutuk hina kakak tu lambat kawin bagai. dulu kakak jahat tu hampir2 masuk rumah kami. tapi nasib baik jodoh dia dgn jiran kuat. sekarang ni jiran dah kempen kami semua untuk singkirkan kakak jahat. macam reality tv survivor pulak... vote out kakak jahat.

aku tak campur sangat, tapi bila rakan2 disebelah tu sudah mengadu yang kakak tu bermaharajalela. so aku juz join team je lah... jadi ahli pasif. nak cukupkan penyokong saja. aku malas nak bersengketa dgn sesiapa. lagipun dalam bilik aku pun masih ada masalah besar sedang berkembang biak.

kakak jahat dulu tak nak join streamyx buruk kami. dia kata nak pasang sendiri dia punya. aku pun tak kisah, nak join bole tak nak seribu juta kali bagus. tup tup dia dah join. then... segala masalah timbul, tapi masa masalah menggelegak aku balik kampung, maka tak tahu detail sgt. yang tadi tu kisahnya, kakak jahat tak nak kongsi bilik dengan orang lain. cis! dia ingat dia ada geran rumah, nak halau2 orang tengah2 malam... bertimbang rasa lah sikit. jahat2 aku ni aku biar saja setinggan baik sedut oxygen bilik aku tu... si kakak jahat ni sanggup halau penghuni berdaftar semata2 dia nak bolot bilik tu n convert jadi bilik dia sorang. tamak nak mampos betul... badan satu, nak tidur 2 katil... apasal tak pakai baju 4 pasang sekali gus.

then semua pemegang trustee streamyx (termasuk aku) pakat ubah password. bie (jiran) pun dah tolak mentah2 duit kakak tu. bayar lah macam mana pun, tapi tiada siapa nak kongsi streamyx dgn kakak jahat. bie susah nak meletop kaw2 macam tu... sah lah kes dah semakin parah. dengar cerita dorang nak hantar surat bantahan ke pejabat kf, pasca, dekan sekolah. supaya menyingkirkan kakak jahat. bagi aku lantak korang lah... sokong tidak halang pun tidak. bagi aku cukuplah untuk singkirkan kakak jahat dari kediaman. kalau sampai menjejaskan pengajian orang ni kira buli balik full throttle.

actually sebelum ni pun ada parasit tumpang rumah sebelah. yang tu pun sama teruk, ntah2 lagi jahanam ada. siap songlap duit kawan. nasib baik lah seekor parasit ni dah balik kampung. aku menyampah dengan parasit pengotor tak tahu malu tu. parasit ni pernah menggunakan streamyx kami secara haram tanpa membayar. Ayu, kau kalau nak free pergi lah tinggal dalam kem tahanan pendatang. dah tau tak ada duit buatlah cara miskin. ini cakap besar, makan mahal2 tapi guna pitih saing (duit kawan).

No comments: