MEH LAH KLIK...

Thursday, July 10, 2008

cerita ku lagi

aku ni macam ada share jak dgn history channel sejak 1-2 minggu ni. apa tak nya asyik masyuk nonton history channel. ok nak cerita sikit ni aku ada tgk pasal underworld: underground apocalypse. cerita ok tapi ntah lah bila cerita2 mcm ni mengikut acuan barat amerika maka deliverynya pun macam amerika lah juga. kebetulan sebelum tu aku ada nonton pasal da vinci code bloodline. aku tertanya2 masih ada kah bible yang ditulis dalam bahasa fully hebrew (ibrani)?. yg disiar dlm history channel tu bible dlam gereja kristian ortodoks di palestin ditulis dalam hebrew yang bercampur2 dlam arab atau aramaic.

aku rasa org natgeo, discovery, history channel ni main buat jak dokumentari2 ni tapi in the end confusing. aku dulu selalu secara tak sengaja nonton bible week dalam nat geo. bible week ni selalu siar atau ulas cerita2 dlm old testament. yang aku paling ingat sekali kisah knight templer. so boleh lah aku banding2 kan cerita dlm nat geo tu dgn channel lain. aku malas nak tulis lebih lah pasal agama org ni. nanti macam menyentuh sensitiviti lah pula. oleh itu kpd penonton channel2 pendidikan n learning dlm astro, jgn bergantung dgn maklumat dlm rancangan tu saja. cari lah buku2 yg lebih reliable.

kita sebagai orang islam ni mesti menimba sebanyak ilmu yg boleh. walaupun ilmu tersebut tiada kaitan dgn pekerjaan kita. nasihat ini lebih kepada untuk diriku sendiri juga lah. kerana aku ni jarang mengabiskan buku yg ku baca.

aku juga suka nonton animasi. tapi bukanlah anime. aku suka animasi buatan amerika saja setakat ni. aku layan king of the hill (dibuat oleh pembikin beavis&butthead), dan american dad (family guy). dulu aku suka the simpsons dan futurama. aku selalu nyanyi lagu tema american dad utk anak buah.

sebenarnya aku suka nonton animasi jepun juga dulu, tapi aku ni ol' skol lah. aku suka doraemon, sailormoon, street fighters, captain tsubasa (versi lama) dan banyak lagi. tapi anime jepun sekarang ni terlebih grafik cerita tak menarik. tak menarik untuk aku lah. ramai orang lain suka anime ni. mungkin aku bukan pengikut trend.

begitu juga manga. aku tak minat sgt. aku lebih suka komik hong kong. ingat lagi masa aku sekolah rendah aku, rakan2, abang2, suka sgt dgn siri dewata raya. selain itu alam perwira, anak2 wira, raja rimba, pendekar laut. aku lebih suka komik hong kong yg punya cerita berlatarkan zaman dulu2 zaman monarki china. dari sini lah juga aku dapat belajar beberapa watak penting dalam sejarah china seperti maharaja qin, pengasas dinasti han (liu bang), kisah askar terracota dan dinasti manchu sebelum revolusi. kisah penentangan liu bang terhadap maharaja qin lah yg paling ku ingat sekali.

selain komik, aku gemar comic strips, baby blues, pc n pixel. pun buatan america juga. hahahaha nanti jangan ada yg tuduh aku agen amerika sudah... hahahahaha

sekarang ni aku selalu nonton are u smarter than a 5th grader? baru aku sedar bahawa syllybus kita di malaysia ni lebih berpaksikan peperiksaan berbanding pengetahuan. aku yakin ada sebab kukuh kenapa sukatan pelajaran anak2 sekolah kita seperti yg ada sekarang. aku juga lahir dari sistem pelajaran yang sama. and i am doing juz fine. hahaha..

apa salahnya jika anak2 didedahkan dengan geografi dunia, sejarah dunia, dan pendidikan kebudayaan (cultural studies). bukan maksudnya untuk di soal di dalam exam. tapi untuk pengetahuan mereka.

memandangkan aku bukan org amerika, tak semua jawapan dlm rancangan gameshow itu aku tahu. tapi apa salahnya aku tak tahu... at least aku tahu apa yang aku tak tahu. secara ringan waktu sem 1 ari tu aku cuba2 membaca beberapa buku pasal america. lebih kurang aku buat my personal american study lah ni. lagipun banyak buku2 pasal america di library ums tu. ada ensyklopedia utk presiden2 lagi. entah lah kenapa sedangkan aku sepatutnya lebih bnyk membaca pasal taksonomi dan biodiversiti.

well im 22 go 23 ada baiknya ku ubah bahan bacaan tu lebih utk pengetahuan dari peperiksaan. terima kasih kpd syafiq najmi kerana entry dalam blog beliau telah menyedarkan aku betapa aku kurang pengetahuan tentang monarki di Malaysia. Insya Allah nanti aku cuba untuk mencari maklumat lebih banyak tentang negara kita. cuma masa ini aku lebih minat american study. n all time favourite history n world geography.

masa sebelum masuk ums dulu aku ada buka2 buku kecil pasal perlembagaan malaysia. dah berhabuk2 buku tu dlm bilik. belum abis baca pun. harap2 nanti boleh abis baca semua buku2 dalam bilik ku tu. sebenarnya bukan bnyk sgt pun. cuma aku yg malas.

kepada pembaca... selamat membaca.

No comments: