MEH LAH KLIK...

Wednesday, June 18, 2008

Program Asuhan Akademik 2008, PAA2008

PAA 2008 ini adalah program aktiviti yang dikendalikan oleh Kelab Mahasiswa Wawasan Membakut, KMWM bersama-sama dengan sekolah yang terlibat. setakat ini hanya SMK Membakut sahaja yang terbabit dengan PAA 2008.

aku tahu bahawa PAA 2008 ini tidak berjalan dengan lancar, apa pun kami terutamanya ahli-ahli yang amat komited terhadap persatuan cuba dengan sedaya upaya untuk menjayakan program ini. PAA 2008 merupakan satu aktiviti khidmat masyarakat, iaitu ahli-ahli kelab menjadi tutor sukarela kepada murid-murid sekolah di sekitar Membakut. Mata pelajaran yang diberi tumpuan pada ketika ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains.

Memang perancangan awalnya kami ingin membantu dalam semua subjek yang diperlukan, tetapi KMWM mempunyai jumlah tenaga kerja yang amat terhad dan juga sumber kewangan yang sifar. untuk kelas hujung minggu yang lepas, aku dan Sobrie (seorang ahli yang benar2 menjayakan program ini) menerima bantuan dari pihak sekolah untuk menggunakan printer dan komputer sekolah untuk mencetak kertas soalan (bahan mengajar). Terima Kasih kepada Penolong Kanan SMK Membakut.

aku agak kecewa dengan respon sesetengah guru terhadap program ini, dalam mesyuarat (aku datang lambat kerana tiada kereta minta maaf) ada cikgu yang bersuara kurang menyokong program ini. mungkin kerana ia diadakan pada hujung minggu. apakah kerisauan mereka, tidak lah ku pasti. mungkin bekerja diluar waktu pejabat adalah alasan yang amat kukuh bagi mereka. pihak atasan sekolah pada mulanya menyarankan supaya guru2 bergilir2 memantau program ini supaya dispilin dan keselamatan murid terjaga dengan lebih baik. suara2 enggan ini ku dengar dari pihak HEM. banyak alasan yang diberikan oleh beliau. seolah2 hendak membunuh segala idea kami, bukannya untuk membaiki. aku faham bahawa disiplin dan keselamatan pelajar harus diutamakan. tapi jika alasan itu untuk pelajar aku akur, andainya alasan itu untuk guru, bukan untuk KMWM memikirkannya. kami membuat program ini bukan untuk guru tapi untuk murid. jika murid yang enggan dengan program ini maka kami dengan hati terbuka akan mencari murid dari sekolah lain yang berminat. tapi aku berada disana untuk komuniti bukan untuk guru2 yang bersikap negatif terhadap idea orang baru.

ironinya aku tidak terkejut apabila, suara enggan ini datang daripada seorang guru yang mukanya amat ku kenal. dia mengatakan bahawa program kami tidak teratur. dan kami seolah2 tidak tahu apa yang kami lakukan. dia katakan bahawa kami hendaklah mengatur program lengkap dengan kertas kerja yang formal, agar mereka mengetahui apakah program ini. mesti lah dinyatakan objektif dan matlamatnya terlebih dahulu diatas kertas sebelum dia dan pihaknya memberikan 150% sokongan. pandangan aku untuknya ialah; ooohhh.... manusia bukannya pantai, sekali bah sekali berubah. dia tetap seperti persepsi yang ada dalam mindaku sejak sekian lama. tidak perlulah lah ku kopek kisah lama pada kali ini kerana pasti aku ingin mengelak untuk menulis perkataan yang tidak sepatutnya. lagipun sentiasa ku ingat ini; do not dig the past out bcoz all u get is only dirt.

cikgu nuria,

kami memang ada kertas cadangan atau kertas kerja. Malangnya anda bukan lah dalam posisi untuk membaca kertas tersebut. kerana kertas itu seharusnya dihantar untuk penaung kelab kami terlebih dahulu. saya akui rancangan ini banyak cacat cela nya dan tidak terlebih jika dikatakan amat daif. tetapi kami tidak endahkan kekurangan, kecacatan ini. kami teruskan jua dengan apa yang ada untuk terus menjayakan PAA 2008. bukan kerana kami ingin besar kepala atau menentang sesiapa tetapi untuk anak-anak Membakut. kami tidak akan tunduk kepada karenah birokrasi anda yang hanya tahu meminta kertas kerja tapi memandang enteng usaha dan tindakkan yang telah kami buat. jika anda tidak suka dengan program ini, itu masalah anda. kami bekerja untuk anak-anak Membakut. kami ingin menyumbang untuk masyarakat. walaupun sumbangan ini amat kecil dan kurang. ini adalah lebih baik dari tdak berbuat apa-apa langsung. kami berkhidmat untuk murid-murid, bukannya orang seperti anda.


walaupun demikian aku ucapkan terima kasih kepada guru2 yang sudi menyokong kami terutamanya Penolong Kanan sekolah, Unit Bimbingan Kaunseling sekolah, dan guru-guru yang lain.

dalih dan alasan bukan lah sesuatu yang boleh membantu murid-murid. tindakkan dan usaha walaupun sedikit itu adalah lebih baik dari alasan dan dalih yang canggih itu.

Alhamdullilah, walaupun serba kurang bersedia bermula juga PAA 2008 pada sabtu lalu. aku mengambil kelas Bahasa Inggeris untuk SPM. kelas Ixora, Durranta, dan Alamanda. minta maaf kerana aku tahu memang kurang sempurna. diharap kelas ini dapat membantu murid2 serba sedikit dalam pembelajaran mereka. Insya Allah dapat diperbaiki pada minggu2 hadapan (ada 2 minggu lagi.) aku hanya hadir untuk kelas sabtu, ahad aku ke KK. kehadiran walaupun kurang tetapi kelas tetap diteruskan. Lina Awang dengan sukarela menjayakan kelas Bahasa Melayu SPM. terima Kasih untuk Lina. mudah2 an lain kali beliau akan terus menyumbang kepada kelab.

Terima Kasih juga untuk Sobrie, yang boleh lah dikatakan tulang belakang penting dalam perlaksanaan program. Sobrie juga turut menjadi perancang utama program ini. Sobrie menjadi tenaga sukarela untuk menjayakan kelas sains PMR, manakala Adjuin untuk Matematik PMR. rakan2 yang lain yang sudi membantu terima kasih.

kepada Azlinah dan Eldhie yang banyak terbabit dalam perancangan program. especially Ayang, yang terpaksa mendengar rintihan aku untuk membuat kertas kerja dan menggumpul tenaga kerja, thank you. harap2 Azlinah dan eldhie dapat menjadi tenaga pengajar pada minggu2 hadapan. kepada ahli2 yang lain sumbangan anda amat dialu2kan dan diperlukan.

kekurangan tenaga pengajar adalah masalah yang paling terkehadapan dalam PAA 2008. walaupun KMWM mempunyai ramai ahli yang berdaftar tetapi kekurangan sokongan seperti ini adalah amat2 memberikan impak kepada aktiviti kelab. tambahan pula ahli-ahli yang aktif sibuk dengan praktikal masing2, jika tidak aku yakin mereka lah yang akan bersemangat menjayakan program kelab. KMWM amat memerlukan ahli-ahli yang sedang berada ditahun 1,2&3 untuk sama2 menjayakan program kelab. bcoz old horses want to pass the torch to you. aku tahu bahawa kita bukanlah suatu organisasi yang boleh menjana kewangan dan bukan popular, tetapi kita tetap boleh menjadi satu entiti yang menyumbang kepada masyarakat.

No comments: