MEH LAH KLIK...

Monday, June 23, 2008

PAA 2008: Minggu ke-2

minggu ni aku ikut sabtu dan ahad. sabtu dgn tingkatan 5, ahad dgn tingkatan 3. masa sabtu dorang minta ajar sejarah... aku pun ketawa lah sebab aku tak sedia utk ajar sejarah. memandangkan sejarah subjek kegemaran maka aku turuti juga permintaan dorang. lagipun memang aku sudah berniat awal2 aku akan mengajar apa yang dipinta oleh dorang. sejarah aku lama tidak baca, aku pun ingat2 lupa.. tambah masalah syllybus sudah bertukar sikit. jadi aku ajar pakai window 98 dorang window vista memang lah memalukan. apa pun dapat juga kami ulangkaji bab tamadun awal. nasib baik lah aku ingat sikit2, tamadun mesopotamia, indus, mesir purba, dan hwang ho. kali terakhir aku baca betul2 pun masa ambil spm. jadi banyak lah aku lupa disana-sini. well ini kelas ulangkaji saja... so apa salahnya aku suruh pelajar yang perah otak sikit awal pagi utk ingat pelajaran dorang tingkatan 4. afterall yang exam nanti dorang. so i was juz tutoring them saja. at least ada juga bab dorang ulangkaji. bila abis satu bab.. i said thats it.. i cannot go any further. takut terajar ajaran sesat. mengamuk nanti guru dorang aku ajar bukan2 sama pelajar. 

bila aku tanya subjek apa yang dorang mo belajar... ada yang minta english.. aku pun memang prepare utk english saja malam sebelum tu... bahan2 yang ku bawa pun semua english. aku tanya tu sja ja.. mana tau dorang mo belajar biologi. bukan lah aku pandai sangat. tapi oleh sebab aku major biologi maka.. boleh lah tolong sikit2 mungkin. lagi pun memang dorang ada mention pasal dorang mo kelas utk subjek bio minggu lepas. 

aku ajar buat essay... actually my english is juz as crap as theirs. tapi tujuan aku supaya dorang buat latihan itu saja.. mana yang aku boleh betulkan aku betulkan. aku pun pesan dengan dorang supaya tanya cikgu nanti kalau mo buat ayat english yang susah. last week pun aku ajar english juga, kelas durranta n alamanda aku ajar essay for speech, kelas ixora kami ulang kaji literature, which is something always close to my heart. yang time buat essay speech tu sakit tekak juga lah aku paksa dorang buat ayat... tapi tu lah tujuan.. daripada dorang tiada buat latihan langsung bagus lagi ada buat latihan bina 1-2 ayat english. yang kelas literature.. kami bincang soonet 18, my favourite poem. and 2 short stories, the necklace and the lotus eater. both are also my favourite. aku ajar subjek form 4 sebab aku tahu dorang ni bila masuk tingkatan 5, bab tktn 4 dilupa2kan utk belajar.

untuk minggu ni aku ajar ixora hari sabtu, kami bincang buat essay.. ok lah juga walaupun kehadiran kurang. tapi aku rasa puas lah juga...sebab nampak juga 4-5 orang yang betul2 mahu buat latihan tambahan. kelas ixora ni pandai sikit banding kelas lain jadi tiada lah banyak masalah sangat. lama juga kami mahu abiskan essay tu... lepas tu in the middle aku ngajar essay dengan ixora.. ada 2 orang pelajar durantta berdiri2 diluar... aku panggil masuk tanya lah dorang mahu buat latihan.. mengangguk. aku suruh duduk lepas tu suruh jawab soalan dari poem by emily dickinson. kesian dorang ni weekend kena paksa buat latihan literature... walaupun mula2 dorang bagi alasan2. aku paksa juga dorang salin nota dari buku untuk dibawa balik... mana tahu hati dorang terbuka untuk belajar nanti.. at least time tu ada juga nota untuk dibaca.

kelas duranta dan alamada sebenarnya diambil oleh eldhie. dia ajar sejarah.. suka sangat pelajar ni minta kelas tambahan sejarah kan?... c eldhie bukan main lagi beriya2 bagitau kata kunci dalam nota sejarah tu. macam eldhie pula yang mo exam spm. tapi better than nothing kan?.. at least ada juga yang dorang ulangkaji minggu ni.

untuk hari ahad aku ambil kelas tingkatan 3 ixora... tapi ada juga 1-2 dari kelas durannta.. paling aku ingat yang sorang tu si andy namanya..  macam biasa aku ajar literature... asyik2 literature kan? so aku suruh dorang pilih mahu bincang novel yang mana, robinson crusoe atau dr.jekyll and mr.hyde. personally i prefer robinson crusoe because i read the actual novel before. dr. jekyll pula aku cuma baca synopsis and analisis novel. tapi dorang mahu bincang dr.jekyll. so turuti sajalah... kami bincang characters dan setting.. walaupun sikit tapi ambil masa lama juga.. sebab aku bincang terus macamana buat ayat utk jawab exam.. since they must answer in essay.  agak sukar juga memaksa2 dorang ni.. tapi oleh sebab kami semua sudah bangun awal dihujung minggu bagus lah buat betul2 kalau tidak buat penat saja...

selepas 2 minggu.. aku perasan masalah utama dorang ni dorang simply tidak mahu belajar.. bukan lah semua tapi ramai yg mcm tu.. kedua tiada buku rujukan selain buku teks.. so this is very sad.. macam mana lah dorang mahu bersaing dengan pelajar yang lengkap bahan ulangkajinya... maka ini lah salah satu sebab utama aku beriya2 ikut serta PAA 2008.. untuk bantu beri latihan tambahan kpd pelajar, terutamanya kepada pelajar yg tiada buku rujukkan dan latihan tambahan. tapi kami yg beberapa kerat ni mana lah mampu tolong banyak2.. dengan masa yang sikit dan dahan yg kurang. sekurang2nya kami buat mana yang terdaya..  

No comments: