MEH LAH KLIK...

Friday, June 20, 2008

cerita lah lagi

ok tadi blog dalam BI kini dalam BM dan bahasa rojak. macam biasa lah sekarang ni portugal dan jerman sedang berentap dalam pusingan kalah mati dalam euro... tadi aku jenguk2 saja.. malas lihat keseluruhan perlawanan tu... kerana aku ni sokong yang membawa rebah... kalau aku tengok mesti tersokong jerman... dan aku rasa itu boleh membawa kekalahan bagi mereka..

aku bukan lah peminat jerman mcm yang ku nyatakan sebelum ini, sebenarnya ketika zaman kegemilangan gandingan beckham-owen beberapa tahun dulu aku sgt memusuhi pasukan jerman. aku selalu harap jerman kalah. tapi kali ini aku tidak suka pasukan portugal... lebih tepat lagi aku tidak suka si cristiano ronaldo.. mungkin dulu aku tidak suka dia kerana jersi no. 7 MU yang dahulunya milik Beckham kini menjadi miliknya. tetapi sekarang aku tidak suka dia lebih dari itu.

memang ronaldo sangat berbakat dalam bola sepak... malahan aku rasa dia lah pemain muda yang paling berbakat di luar brazil. mungkin hanya sedikit di belakang Kaka. tapi aku rasa dia tidak layak bermain di england sejak piala dunia 2006. sepatutnya dia meniggalkan england selepas apa yang dilakukannya kepada rooney ketika itu.

walaupun aku suka MU tapi aku lebih suka andai MU menang piala dan kejuaraan tanpa ronaldo. jika dia sudah tergila2 kan real madrid dan cintanya berbalas maka adalah lebih baik jual dia dengan harga yang paling mahal atau pun rehatkan saja dia di bangku simpanan sehingga kontraknya tamat. biasanya pemain yang dijual dengan harga yang tinggi akan mengalami kecedraaan atau penurunan prestasi di musim pertama bersama dengan kelab baru. lihat saja apa yang berlaku pada ballack, andriy shevchenko (chelsea), beckham(LA galaxy), owen (real madrid).

malang bagi owen yang sentiasa dirundung kecederaan. andainya dia cergas sudah pasti sentuhan nya amat tajam menjaring gol. lampard pula dia ini tidak ubah mcm henry.. hanya menyerlah ketika bermain bersama kelab tapi tenggelam ketika bermain untuk negara. bagi aku orang yang paling layak memakai arm band kapten england ialah gerrad bukan terry.

adalah sukar utk aku bicara pasal bola tanpa membabitkan nama beckham bersama. mungkin ada baiknya beckham bermain dgn LA galaxy sehingga bersara. kerana dia kelihatan sgt gembira bermandikan gemerlapan cahaya kamera papparazi di hollywood. aku pasti isterinya pun begitu. lebih baik beckham meneruskan usahanya membangunkan terus akademi bola sepaknya. atau terus berusaha mendapatkan kontrak memperaga seluar dalam dari jenama2 terkenal. tambahan pula namanya semakin dilupakan dalam pasukan kebangsaan.

aku bukanlah pakar... tapi rasanya ada baiknya pemain2 yang kurang popular seperti aaron lennon, andrew johnsson diberikan perhatian dalam epl. rooney seorang saja tidak cukup untuk england. final liga juara2 menyaksikan 2 kelab inggeris berentap tapi lihatlah apa yang terjadi dengan skuad kebangsaan england? mereka gagal meraih sebarang piala sejak piala dunia 1966. dan aku rasa percapaaian terbaik mereka selepas itu hanyalah dalam euro 1996.

aku mengharapkan itali melawan belanda atau jerman dalam perlawanan akhir euro. dan ku rasa orang yang paling segak bergaya dalam pasukan itali ialah roberto donadonni... dan gatusso mungkin? hanya jika dia memakai sut seperti donadonni... tapi si donadonni ni nampak konservertif sebab kot hitam kemeja putih neck tie hitam... apa salahnya pakai kemeja warna lain..

p/s: aku gembira kerana tika ini jerman mendahului portugal 3-2. nampaknya taktikku berhasil kali ini????

No comments: