MEH LAH KLIK...

Thursday, June 19, 2008

Cerita hari ini

taip kali ni mesti cepat2 sebab nyamuk banyak, and i gotta catch friends rerun on star world. friends rerun episodes aired back to back on 8-9pm, but repeated as usual on 2-3am. biasalah batman girl mcm aku ni setakat pukul 2-3 pagi kan... tambahan pula musim Euro ni

oh... euro, even my favourite international team, England (terpaksa lah sokong England sebab team malaysia memang tidak tersenarai dalam pasukan yang jaguh) is not in the tournament (kena kick dengan croatia time qualification)... but since i have nothing to do... i do follow this euro edition. my support always fall on Italia, sebab... entah lah status juara dunia atau aku memang suka makanan itali, dan kebetulan pula pasukan itali ini secara tradisinya menyeneraikan pemain2 yang hensem... kejap2 aku sokong Belanda dan Jerman.... kenapa belanda? kerana dia menang lawan itali... nampaknya aku ini ialah sokong yang membawa rebah... bila sokong england kalah... sokong itali pun kalah... tapi semalam ketika perlawanan itali lwn perancis aku sokong itali dan mereka menang. aku rasa itali menang nasib lah masa tu, memandangkan perancis main 10 orang ditambah pula frank ribery cedera. aku dulu pernah baca artikel dlm paper, dlm tu tulis ribery ni orang islam. zidane pun orang islam juga... dia berketurunan algeria. aku kenal sorang orang algeria, dia skrg ni buat phd di ums. tapi kenal macam tu saja lah... tidak lah lebih2 sebab dia ckp english pelat arab algeria yang aku susah sikit utk faham... tapi si zakaria tu paham juga ckp melayu.

pasal sokong belanda tu sebab... ehem aku ada rahsia pasal belanda... biarlah ku simpan dulu rahsia itu... aku tersokong jerman sebab abang aku declare dia penyokong jerman dan selalu memaksa2 org lain mengaku bahaawa pasukan jerman tu hebat. sebenarnya dia tu poser... ntah apa2 bukannya betul pun dia minat jerman. lagi pun dulu masa aku final year aku ambil kelas bahasa jerman... so setakat guten tag, greeting in Deutsch tu aku tau lah sikit2

ni cerita pasal politik2 kejap ok... baru2 ni state of Kedah administration has decide to log their water catchment area... ulu muda if im not mistaken. during my final year ulu muda was mentioned in my class... kelas dr. narimah. she is very good in her lecture... aku ingat lagi dia pesan dengan kami supaya dont be a moron kalau kami memegang jawatan penting yang membuat keputusan penting terhadap negara.

memadangkan kami ni memang ambil biologi maka cerita pasal alam sekitar dan ekologi ni memang lah disebut dalam kelas. walaupun bidang aku sekarang bukan alam sekitar dan ekologi. tapi biologi ni tetap lah bersangkut paut kan.

mengikut pensyarah kami, dulu memang ada rancangan untuk menggondol kawasan ulu muda.. tapi ada NGO yang menentang rancangan tu. lepas tu macam senyap lah kan... biasa lah malaysia ni. isu2 semasa yang hot nya hangat2 goreng pisang gitu... tahan 1-2 jam lembik, licak orang brunei cakap. then now the nightmare resurface again.... aku bukan kisah sangat political bullshit ni tapi yang aku kisah water catchment area tu... kalau diusik atau dibalak secara membuta tuli. maka orang yang tinggal ditanah pamah akan terancam kehidupannya... tambahan pula kedah kan ramai orang tanam padi. so water catchment area tu ada kaitan dengan air... kalau diganggu maka bekalan air untuk rakyat kedah pun akan terganggu... itu belum kira rakyat pulau pinang yg tinggal dipinggir kedah tu.... so i suggest to the admin ikut lah nasihat pensyarah aku tu... DONT BE A MORON... tapi klu nak jadi moron juga.. aku pun tak dapat menghalang. ini tak bermaksud politik tapi my concern for environment.

tapi dalam kelas ekologi, Dr. Nizam aku pula kata kisah pasal duit dan alam sekitar ni memang susah nak handle. aku dan rakan2 pun setuju lah juga... sebab kalau tak balak nanti negeri tiada pendapatan... kalau balak habis punah musnah alam sekitar. time tu pula kebetulan area pedalaman di Kelantan, lojing kalau x silap.. abis kena balak... bukit2 gondol tu kalau turun hujan lebat.. ehem...tanah boleh runtuh. ala dorang ni tau tapi saja nama pun moron. tak balak, miskin nanti kalau tiada pendapatan rakyat tak merasa pembangunan... nanti tym pilihanraya kena sembelih pulak... tong undi kosong.. susah betul lah.. nasib baik aku ni rakyat jelata saja..

wah macam kelas enviromental studies and ecology lah pulak kan... tapi tu lah, belajar duduk dalam kelas.. pas tu kacau2 kawan, pg makan d kafe, balik cuci kain tidur... tup tup exam pas tu grad... tu lah kami... apa yang kami belajar tu tiada siapa yang endah... patutnya pegawai2 yang di suruh dan dikredithourkan untuk ambil kelas2 ekologi dan pemuliharaan persekitaran ni... kami rakyat biasa ni utk jawab exam jak... tapi mereka tu yang buat keputusan penting untuk alam sekitar....

again, my concern about environment in this entry is merely for environment. so jangan salah sangka... untuk peminat bola yang bekerja disiang hari... aku tidak menggalakkan anda untuk bersengkang mata menyokong pasukan eropah kegemaran anda sebab mereka tak pernah pun tahu malaysia ni terletak dimana... andainya anda ingin sokong juga maka dari kau saja tu... oleh itu majulah sukan untuk negara malaysia...

No comments: