MEH LAH KLIK...

Saturday, June 28, 2008

the finalist

guys i know you know. but i juz want to spice up my blog... the finalist for euro 2008 are;
Deutsch land vs Espagnol. the prediction? i am not good in prophecy and i don't really care who gonna take the cup home.

Al-Fatihah. Takziah.

Takziah kepada keluarga arwah ma' lamah dan arwah haji danan. kedua mereka meninggal dunia malam tadi. semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada roh mereka.

arwah ma' lamah dulu selalu jadi penjemput untuk orang kahwin, atau kami panggil sini 'orang memberitahu'. semua orang kenal dengan arwah. dulu arwah pernah ajar aku main gambang. masa aku tu sekolah rendah. last time i saw her when she was hospitalized at beaufort hospital. Al- Fatihah.

arwah haji danan dulu imam sukarela di surau saga-saga (surau yg paling hampir dgn rumah kami). arwah rapat dengan my family. Al-Fatihah.

even we are not thick blood related, but we live in the same kampung. here in my kampung everyone is related to everyone, by blood or otherwise.

good things come for those who wait?

is it? i am waiting very long to use this internet to update my blog... very emmh... today my niece is sick. again. juz about last month she was warded bcoz of high fever. now she fall sick again. poor her. baby vomit. sick baby vomit more. baby cry. sick baby cry a lot. she got fever and i am worry a bit. i told her parents to bring her see pediatrician, but they haven't. they juz went to general doctor. i must urge them this time i guess.

i am a bit tired actually. well it is 0332 am. oh ya.. i cook for dinner. ayam goreng tepung. nothing special. i want to make pasta but the material is not available. actually i always want to cook, juz i am not a good cook.

Wednesday, June 25, 2008

my favourite Friends

now i am watching Friends re-run episode. very important episode, monica-chandler's wedding.

Mereka yang tewas.


Van der Sar of Holland



Buffon of Italy

they are both great footballer. both are goalies of their respected teams. Holland and Italy both were kicked out of euro 2008. This is football sometime you win sometime you not. They were lost.


My instant celebrities connection

former course mates but none of them was on tv last week, (photo was taken at biology building main lobby)

No not me... my former lecturer and course mate was on national tv on last saturday night. In Majalah 3 on tv3 to be precise,the story was something about frog. and the lecturer is an amphibians expert from UKM, my former course mate is currently doing Msc under her supervision.

i quickly spread the news among our that very night. among sets of shooting were; UKM's old biology building, bio' building's 2nd floor lobby, fernarium a.k.a taman paku pakis, and hutan simpan bangi. i had been to all those except hutan bangi.

p/s: the picture of guy who was on tv cannot be uploaded.. i will soon i can








Victoria's Angels


i was watching E! this evening... suddenly these Victoria's Angels caught my eyes. they are hot like erupted volcanoes. Karolina Kurkova and Adriana Lima. Since i am XX juz like they are so i dont know how you guys decide. i need real men's opinion to determine which is hotter. Karolina is a Czech blondie with mind-blowing curve and brunette Adriana has unique face with hypnotizing eyes. They both are beautiful,
sexy, young, and have Cash to burn!





Adriana Lima

Karolina Kurkova

Monday, June 23, 2008

KMWM

i somehow feel really dissapointed about this club..( aisye bila kecewa sukar pula aku mo fikir ayat dalam english.. mari menaip bahasa rojak...). yang betul2 bersemangat berapi2 mo buat PAA 2008 ni cuma aku, sobrie, azlinah, lina awang, adjuin, eldhie dan dibantu oleh seorang ahli kelab azeyanti zainal. balik2 sudah c azlinah msg yang lain (tak payah sebut nama lah kan).. mengaku mo datang tapi tunggu tiada. basicly program ini sukarela.. maka wajar lah ia dibuat dgn hati yg sukarela tiada paksaan.. memang kami tidak boleh paksa ahli kelab lain datang tapi.. kalau nda mo datang maka jangan lah mempermain2 kan kami dgn mengaku utk datang... juz bgtau saja 'im not interested' at least be honest.. 

kamu ingat kamu tu sudah masuk so call 'U' maka bolehlah kamu membuat akuan palsu tu (cakap mo datang tapi sebenarnya pengecut nda berani mo bgtau kamu nda mo datang).

aku nda kisah lah kau tu belajar dimana ambil kos apa... jangan setakat sudah belajar di universiti semananjung maka kamu ni boleh main2 kan org begitu saja... my words to those people; tolonglah buang sikap berlagak nda bertempat kamu tu.. apa setakat kamu ambil bachelor di uitm, di usm, di uia, di um, tu maka jgn lah anggap itu tiket yang bagus utk berputar belit nda tentu pasal... belajar pun nda abis lagi... grad pun belum... jangankan ipta di malaysia ni kalau kamu ambil medic di john hopkin university pun jgn harap kamu boleh putar belit mcm ni... baru ambil bachelor cap ayam tu sudah berlagak.... oii.. hati2 berlagak tu jangan ter crap your pants nanti susah...

senang saja kalau nda mo join lagi kelab ni cakap saja lah... i think i'll be happy to talk to the secetery to cross out your name... memang crap lah yang balas msg berputar alam tu..

to those yg berpraktikal... aku faham, kalau dorang nda dpt datang sebab ya lah bukan senang kerja mon-fri... then ofkoz they need weekend for themselve kan? aku pun tahu penat praktikal ni macam mana.. yg tu aku sgt paham la no need to eloberate.

aku pun tertanya2 mana sudah kumpulan yang mengutuk kami dulu tu.. ala yg senior nda tau malu tu.. dulu kutuk kami sebab buat aktivit kelab utk kroni kami saja. kononnya dorang nda diajak sama.. tapi bila ada peluang tiada pun kamu muncul... do you know how hard to make all those activities happened??? untuk PAA 2008 kami teruskan program ini tanpa sesen dana atau sponsor pun... so mana lah si kumpulan kurang hajar, fresh graduate berlagak yang berlagak ni??? tukar alamat sudah di KL or anywhere in semenanjung??? nah mana?? ini pun crap head ni semua.. (ha kan sudah kena!)

jangan pula nanti ada yang cakap 'kikis jiwa subsidi' nanti ada yang aku malukan hidup2... this club needs money. simple... klu nda minta sponsor jadi macam mana lah mo dapat duit?? rompak kedai di bua tu?? atau kamu mo dig into your own pocket??? kalau sudi dipersilakan... bcoz i wont.

soon, before july nanti ada majlis bersama yb (read: yb bagi duit utk new ipta intake) so harap2 nanti jangan lah ada lagi ibu bapa beriya2 minta kami senaraikan nama anaknya sebagai penerima duit walaupun anaknya tu sekadar buat foundation A level di kolej teknologi cap nokia di selangor... im good in digging information so people like these need to keep distance from me. kalau tahu diri tu cuma buat preparation course or something alike.. jangan lah sibuk mencanang yang kau tu mo buat medik ntah apa2... oit kalau ko tu bagus enuf... mesti lah ko dpt tpt yg lebih baik dari kolej teknologi cap ayam... kalau yg buat medik di rusia pun aku bole kutuk ni kan pula orang yang belum apa2 sudah mengaku ambil medik.. lagi parah aku kutuk..

utk kali ini temanya ialah jangan berlagak semata2 kamu tu masuk 'U'... kasi grad dulu baru cerita... kalau yang sudah kerja pun sama juga jangan lah crap your pants berlagak... i can dig further.. so more or less i will find out juga how you get that job finally... if something start to smell like dead rat, e.g. dapat jawatan sebab pak cik makcik kaum kerabat kerja di those related jabatan... maka nasib kau lah jadi mangsa ku seterusnya...so jangan berlagak... 

PAA 2008: Minggu ke-2

minggu ni aku ikut sabtu dan ahad. sabtu dgn tingkatan 5, ahad dgn tingkatan 3. masa sabtu dorang minta ajar sejarah... aku pun ketawa lah sebab aku tak sedia utk ajar sejarah. memandangkan sejarah subjek kegemaran maka aku turuti juga permintaan dorang. lagipun memang aku sudah berniat awal2 aku akan mengajar apa yang dipinta oleh dorang. sejarah aku lama tidak baca, aku pun ingat2 lupa.. tambah masalah syllybus sudah bertukar sikit. jadi aku ajar pakai window 98 dorang window vista memang lah memalukan. apa pun dapat juga kami ulangkaji bab tamadun awal. nasib baik lah aku ingat sikit2, tamadun mesopotamia, indus, mesir purba, dan hwang ho. kali terakhir aku baca betul2 pun masa ambil spm. jadi banyak lah aku lupa disana-sini. well ini kelas ulangkaji saja... so apa salahnya aku suruh pelajar yang perah otak sikit awal pagi utk ingat pelajaran dorang tingkatan 4. afterall yang exam nanti dorang. so i was juz tutoring them saja. at least ada juga bab dorang ulangkaji. bila abis satu bab.. i said thats it.. i cannot go any further. takut terajar ajaran sesat. mengamuk nanti guru dorang aku ajar bukan2 sama pelajar. 

bila aku tanya subjek apa yang dorang mo belajar... ada yang minta english.. aku pun memang prepare utk english saja malam sebelum tu... bahan2 yang ku bawa pun semua english. aku tanya tu sja ja.. mana tau dorang mo belajar biologi. bukan lah aku pandai sangat. tapi oleh sebab aku major biologi maka.. boleh lah tolong sikit2 mungkin. lagi pun memang dorang ada mention pasal dorang mo kelas utk subjek bio minggu lepas. 

aku ajar buat essay... actually my english is juz as crap as theirs. tapi tujuan aku supaya dorang buat latihan itu saja.. mana yang aku boleh betulkan aku betulkan. aku pun pesan dengan dorang supaya tanya cikgu nanti kalau mo buat ayat english yang susah. last week pun aku ajar english juga, kelas durranta n alamanda aku ajar essay for speech, kelas ixora kami ulang kaji literature, which is something always close to my heart. yang time buat essay speech tu sakit tekak juga lah aku paksa dorang buat ayat... tapi tu lah tujuan.. daripada dorang tiada buat latihan langsung bagus lagi ada buat latihan bina 1-2 ayat english. yang kelas literature.. kami bincang soonet 18, my favourite poem. and 2 short stories, the necklace and the lotus eater. both are also my favourite. aku ajar subjek form 4 sebab aku tahu dorang ni bila masuk tingkatan 5, bab tktn 4 dilupa2kan utk belajar.

untuk minggu ni aku ajar ixora hari sabtu, kami bincang buat essay.. ok lah juga walaupun kehadiran kurang. tapi aku rasa puas lah juga...sebab nampak juga 4-5 orang yang betul2 mahu buat latihan tambahan. kelas ixora ni pandai sikit banding kelas lain jadi tiada lah banyak masalah sangat. lama juga kami mahu abiskan essay tu... lepas tu in the middle aku ngajar essay dengan ixora.. ada 2 orang pelajar durantta berdiri2 diluar... aku panggil masuk tanya lah dorang mahu buat latihan.. mengangguk. aku suruh duduk lepas tu suruh jawab soalan dari poem by emily dickinson. kesian dorang ni weekend kena paksa buat latihan literature... walaupun mula2 dorang bagi alasan2. aku paksa juga dorang salin nota dari buku untuk dibawa balik... mana tahu hati dorang terbuka untuk belajar nanti.. at least time tu ada juga nota untuk dibaca.

kelas duranta dan alamada sebenarnya diambil oleh eldhie. dia ajar sejarah.. suka sangat pelajar ni minta kelas tambahan sejarah kan?... c eldhie bukan main lagi beriya2 bagitau kata kunci dalam nota sejarah tu. macam eldhie pula yang mo exam spm. tapi better than nothing kan?.. at least ada juga yang dorang ulangkaji minggu ni.

untuk hari ahad aku ambil kelas tingkatan 3 ixora... tapi ada juga 1-2 dari kelas durannta.. paling aku ingat yang sorang tu si andy namanya..  macam biasa aku ajar literature... asyik2 literature kan? so aku suruh dorang pilih mahu bincang novel yang mana, robinson crusoe atau dr.jekyll and mr.hyde. personally i prefer robinson crusoe because i read the actual novel before. dr. jekyll pula aku cuma baca synopsis and analisis novel. tapi dorang mahu bincang dr.jekyll. so turuti sajalah... kami bincang characters dan setting.. walaupun sikit tapi ambil masa lama juga.. sebab aku bincang terus macamana buat ayat utk jawab exam.. since they must answer in essay.  agak sukar juga memaksa2 dorang ni.. tapi oleh sebab kami semua sudah bangun awal dihujung minggu bagus lah buat betul2 kalau tidak buat penat saja...

selepas 2 minggu.. aku perasan masalah utama dorang ni dorang simply tidak mahu belajar.. bukan lah semua tapi ramai yg mcm tu.. kedua tiada buku rujukan selain buku teks.. so this is very sad.. macam mana lah dorang mahu bersaing dengan pelajar yang lengkap bahan ulangkajinya... maka ini lah salah satu sebab utama aku beriya2 ikut serta PAA 2008.. untuk bantu beri latihan tambahan kpd pelajar, terutamanya kepada pelajar yg tiada buku rujukkan dan latihan tambahan. tapi kami yg beberapa kerat ni mana lah mampu tolong banyak2.. dengan masa yang sikit dan dahan yg kurang. sekurang2nya kami buat mana yang terdaya..  

Friday, June 20, 2008

Cerita lah lagi vol.1

aku ni sekarang menaip blog depan tv... sambil nonton catwoman di tv 3... pelik lagi hairan.. rasanya baru saja tv 3 siarkan catwoman ni. dalam setahun mungkin 3-4 kali diulang. tapi cerita planet of the apes yang aku suka sangat tu tak pula di ulang2 siarannnya. di potong2 semasa tayangan ada.

ok pasal catwoman ni cerita superhero komik semua pun tahu kan.. malas lah aku mo review lebih2. minggu lepas tayang batman begin.. minggu sebelum tu dia tayang hulk versi eric bana.
wah bulan ni kisah super hero lah yang mendominasi jumaat malam (friday's night) di tv 3
tapi aku kurang nonton lah tv3 jumaat malam..

tadi ada miscall 4 kali di hp ku... nombornya tertera namanya tiada... (maksud aku x save no tu) tapi nombor macam ku kenal... lalu aku msg lah tanya siapa.. rupanya pensyarah yang msg. tanya pasal adakah my student number 20078*** aku pun ngaku lah... lepas tu dia reply 'good tq'

aku pun tertanya2 juga kenapa... bercampur paranoid pun ada mana lah tau kan i made stupid mistake somewhere. i means bila pensyarah yang tanya nombor matrik ni, bagi aku lebih kepada sesuatu yang kait mengait dengan exam.. and assesment.. aku mula lah tak keruan buat 10-20 minit.. yep it might be juz exam grade but... everything goes wrong about my study means it will cost my father almost RM5000 so dont play2.. duit bukan turun selonggok dari langit senang2 ok!... i means kalau ratus2 tu macam kira sakit sikit tapi ni sudah masuk ribu2 boleh cedera parah perasaan mereka dan keluarga mereka.

apa pun ada kemungkinan hanya aku saja yang paranoid lebih2 mungkin juz ordinary verification kind of stuff... harap2 my exam grade

ok lah... nanti aku taip lagi

kali pertama untuk...

baru tadi kali pertama aku mengisi katrij menggunakan refill inject. cis!!! memang menyusahkan betul. tangan habis hitam. lantai kotor. kusyen pun terkena sedikit titisan ink tu. lepas tu hasilnya kosong. tidak berhasil langsung. sehuruf abjad pun tidak dapat di print lepas all those mess.

aku mahu print kertas kerja KMWM... malas lah aku huraikan kenapa aku print... sebab kalau aku buat demikian maka lunturlah semangat ku untuk meneruskan aktiviti kelab.

aku selalu guna katrij murah rm 10. lepas pakai buang. beli saja katrij rm 10 yang baru. tapi selalu nya aku tak nasib baik, kerana selalu juga katrij itu dijual dengan harga rm 13. memang sejak dahulu kala aku tidak gemar refill inject ni sebab... Messy! bukan lah aku kemas sangat... oooo jauh sekali yo! tapi lihat lah untuk refill bayar rm 30... lepas tu jumlah pemakaian pun lebih kurang sama dengan 3 biji katrij pakai buang... harga pun lebih kurang. tapi lebih menyenangkan hidup.

my favret brown polo tee also smeared with the black ink... malas aku mo print lagi... i already planned solution.. aku hantar saja kertas kerja yang sudah siap berprint... helaian yang berconteng tu ceraikan... lagipun bukannya penting sangat... juz for the sake of record and formality saja... bukannya sesuatu yang baik untuk buat kerja bagai lepas batuk di tangga... apa2 pun aku ikhtiar kemudian...

German vs Portugal


blurry image of German Captain, Herr Ballack.

German won! Ronaldo suck!

now i have pretty good reason to not support Portuguese, bcoz their army invaded Malacca on 1511. German never colonized Malaysia. Ironically i claimed myself as an English supporter. English occupied Malaysia for more than 200 years.

quoting text from a chatters on @15 channel, 'sepoyo poyo ronaldo akhirnya kalah juga'

cerita lah lagi

ok tadi blog dalam BI kini dalam BM dan bahasa rojak. macam biasa lah sekarang ni portugal dan jerman sedang berentap dalam pusingan kalah mati dalam euro... tadi aku jenguk2 saja.. malas lihat keseluruhan perlawanan tu... kerana aku ni sokong yang membawa rebah... kalau aku tengok mesti tersokong jerman... dan aku rasa itu boleh membawa kekalahan bagi mereka..

aku bukan lah peminat jerman mcm yang ku nyatakan sebelum ini, sebenarnya ketika zaman kegemilangan gandingan beckham-owen beberapa tahun dulu aku sgt memusuhi pasukan jerman. aku selalu harap jerman kalah. tapi kali ini aku tidak suka pasukan portugal... lebih tepat lagi aku tidak suka si cristiano ronaldo.. mungkin dulu aku tidak suka dia kerana jersi no. 7 MU yang dahulunya milik Beckham kini menjadi miliknya. tetapi sekarang aku tidak suka dia lebih dari itu.

memang ronaldo sangat berbakat dalam bola sepak... malahan aku rasa dia lah pemain muda yang paling berbakat di luar brazil. mungkin hanya sedikit di belakang Kaka. tapi aku rasa dia tidak layak bermain di england sejak piala dunia 2006. sepatutnya dia meniggalkan england selepas apa yang dilakukannya kepada rooney ketika itu.

walaupun aku suka MU tapi aku lebih suka andai MU menang piala dan kejuaraan tanpa ronaldo. jika dia sudah tergila2 kan real madrid dan cintanya berbalas maka adalah lebih baik jual dia dengan harga yang paling mahal atau pun rehatkan saja dia di bangku simpanan sehingga kontraknya tamat. biasanya pemain yang dijual dengan harga yang tinggi akan mengalami kecedraaan atau penurunan prestasi di musim pertama bersama dengan kelab baru. lihat saja apa yang berlaku pada ballack, andriy shevchenko (chelsea), beckham(LA galaxy), owen (real madrid).

malang bagi owen yang sentiasa dirundung kecederaan. andainya dia cergas sudah pasti sentuhan nya amat tajam menjaring gol. lampard pula dia ini tidak ubah mcm henry.. hanya menyerlah ketika bermain bersama kelab tapi tenggelam ketika bermain untuk negara. bagi aku orang yang paling layak memakai arm band kapten england ialah gerrad bukan terry.

adalah sukar utk aku bicara pasal bola tanpa membabitkan nama beckham bersama. mungkin ada baiknya beckham bermain dgn LA galaxy sehingga bersara. kerana dia kelihatan sgt gembira bermandikan gemerlapan cahaya kamera papparazi di hollywood. aku pasti isterinya pun begitu. lebih baik beckham meneruskan usahanya membangunkan terus akademi bola sepaknya. atau terus berusaha mendapatkan kontrak memperaga seluar dalam dari jenama2 terkenal. tambahan pula namanya semakin dilupakan dalam pasukan kebangsaan.

aku bukanlah pakar... tapi rasanya ada baiknya pemain2 yang kurang popular seperti aaron lennon, andrew johnsson diberikan perhatian dalam epl. rooney seorang saja tidak cukup untuk england. final liga juara2 menyaksikan 2 kelab inggeris berentap tapi lihatlah apa yang terjadi dengan skuad kebangsaan england? mereka gagal meraih sebarang piala sejak piala dunia 1966. dan aku rasa percapaaian terbaik mereka selepas itu hanyalah dalam euro 1996.

aku mengharapkan itali melawan belanda atau jerman dalam perlawanan akhir euro. dan ku rasa orang yang paling segak bergaya dalam pasukan itali ialah roberto donadonni... dan gatusso mungkin? hanya jika dia memakai sut seperti donadonni... tapi si donadonni ni nampak konservertif sebab kot hitam kemeja putih neck tie hitam... apa salahnya pakai kemeja warna lain..

p/s: aku gembira kerana tika ini jerman mendahului portugal 3-2. nampaknya taktikku berhasil kali ini????

Dying Nature

still evolving around environment issue, this evening i got text from razman asking about E. coli. i don't really know about bacteria so i replied stating those are harmful bacteria.

later, razman called me and we did chat a little. actually there are problems at his work place. the consultant that did an EIA for his company found out that there are E. coli and oil pollution in the river of razman's company's estate. razman is working with plantation company.

i made a wild guess, i asked him whether there is toilet near the river. he said yes. he told me there was workers' housing near the river about 8 years ago. for me the present of the harmful bacteria are not surprising as the river has been use as sewage dump by the company.

and about the oil pollution... i think the black gold has a curse as much as blessing if not more.
the plantation company generate millions of ringgit but it is not a permission for them to dump all kind of crap to the nature.

i dont think further project can be done before the plantation company get the approval of EIA. but again everyone has a tag price on them. if you know what i mean. hopefully razman can solve the environment problem in his estate. oh.. also he told me about alga bloom problem... that is the simplest thing in ecology.... if you pour fertilizer into the water body this problem will follow... again im giving ecology lesson in my blog. but those money-oriented company's boss wont read this.

poor razman i wonder how he gonna clean all these mess... i wish i can help him more.

about the endangered water catchment area... Ohh... i wish i can do more than juz blogging about it. my piece of advice, do not touch, by any means the water catchment area bcoz the effect will be something too hard too handle. i dont really care how much billions ringgit you can get from selling the woods. but believe me if they still want to log the poor forest their grandkids' kids will have to pay very very painful price.

stop logging the highland to start the plantation. special message for those morons in Pahang. they are happily destroying the terrains to start illegal plantation areas. stupid. err... enforcement officers what you waiting for??? go catch the culprits!

Thursday, June 19, 2008

Cerita hari ini

taip kali ni mesti cepat2 sebab nyamuk banyak, and i gotta catch friends rerun on star world. friends rerun episodes aired back to back on 8-9pm, but repeated as usual on 2-3am. biasalah batman girl mcm aku ni setakat pukul 2-3 pagi kan... tambahan pula musim Euro ni

oh... euro, even my favourite international team, England (terpaksa lah sokong England sebab team malaysia memang tidak tersenarai dalam pasukan yang jaguh) is not in the tournament (kena kick dengan croatia time qualification)... but since i have nothing to do... i do follow this euro edition. my support always fall on Italia, sebab... entah lah status juara dunia atau aku memang suka makanan itali, dan kebetulan pula pasukan itali ini secara tradisinya menyeneraikan pemain2 yang hensem... kejap2 aku sokong Belanda dan Jerman.... kenapa belanda? kerana dia menang lawan itali... nampaknya aku ini ialah sokong yang membawa rebah... bila sokong england kalah... sokong itali pun kalah... tapi semalam ketika perlawanan itali lwn perancis aku sokong itali dan mereka menang. aku rasa itali menang nasib lah masa tu, memandangkan perancis main 10 orang ditambah pula frank ribery cedera. aku dulu pernah baca artikel dlm paper, dlm tu tulis ribery ni orang islam. zidane pun orang islam juga... dia berketurunan algeria. aku kenal sorang orang algeria, dia skrg ni buat phd di ums. tapi kenal macam tu saja lah... tidak lah lebih2 sebab dia ckp english pelat arab algeria yang aku susah sikit utk faham... tapi si zakaria tu paham juga ckp melayu.

pasal sokong belanda tu sebab... ehem aku ada rahsia pasal belanda... biarlah ku simpan dulu rahsia itu... aku tersokong jerman sebab abang aku declare dia penyokong jerman dan selalu memaksa2 org lain mengaku bahaawa pasukan jerman tu hebat. sebenarnya dia tu poser... ntah apa2 bukannya betul pun dia minat jerman. lagi pun dulu masa aku final year aku ambil kelas bahasa jerman... so setakat guten tag, greeting in Deutsch tu aku tau lah sikit2

ni cerita pasal politik2 kejap ok... baru2 ni state of Kedah administration has decide to log their water catchment area... ulu muda if im not mistaken. during my final year ulu muda was mentioned in my class... kelas dr. narimah. she is very good in her lecture... aku ingat lagi dia pesan dengan kami supaya dont be a moron kalau kami memegang jawatan penting yang membuat keputusan penting terhadap negara.

memadangkan kami ni memang ambil biologi maka cerita pasal alam sekitar dan ekologi ni memang lah disebut dalam kelas. walaupun bidang aku sekarang bukan alam sekitar dan ekologi. tapi biologi ni tetap lah bersangkut paut kan.

mengikut pensyarah kami, dulu memang ada rancangan untuk menggondol kawasan ulu muda.. tapi ada NGO yang menentang rancangan tu. lepas tu macam senyap lah kan... biasa lah malaysia ni. isu2 semasa yang hot nya hangat2 goreng pisang gitu... tahan 1-2 jam lembik, licak orang brunei cakap. then now the nightmare resurface again.... aku bukan kisah sangat political bullshit ni tapi yang aku kisah water catchment area tu... kalau diusik atau dibalak secara membuta tuli. maka orang yang tinggal ditanah pamah akan terancam kehidupannya... tambahan pula kedah kan ramai orang tanam padi. so water catchment area tu ada kaitan dengan air... kalau diganggu maka bekalan air untuk rakyat kedah pun akan terganggu... itu belum kira rakyat pulau pinang yg tinggal dipinggir kedah tu.... so i suggest to the admin ikut lah nasihat pensyarah aku tu... DONT BE A MORON... tapi klu nak jadi moron juga.. aku pun tak dapat menghalang. ini tak bermaksud politik tapi my concern for environment.

tapi dalam kelas ekologi, Dr. Nizam aku pula kata kisah pasal duit dan alam sekitar ni memang susah nak handle. aku dan rakan2 pun setuju lah juga... sebab kalau tak balak nanti negeri tiada pendapatan... kalau balak habis punah musnah alam sekitar. time tu pula kebetulan area pedalaman di Kelantan, lojing kalau x silap.. abis kena balak... bukit2 gondol tu kalau turun hujan lebat.. ehem...tanah boleh runtuh. ala dorang ni tau tapi saja nama pun moron. tak balak, miskin nanti kalau tiada pendapatan rakyat tak merasa pembangunan... nanti tym pilihanraya kena sembelih pulak... tong undi kosong.. susah betul lah.. nasib baik aku ni rakyat jelata saja..

wah macam kelas enviromental studies and ecology lah pulak kan... tapi tu lah, belajar duduk dalam kelas.. pas tu kacau2 kawan, pg makan d kafe, balik cuci kain tidur... tup tup exam pas tu grad... tu lah kami... apa yang kami belajar tu tiada siapa yang endah... patutnya pegawai2 yang di suruh dan dikredithourkan untuk ambil kelas2 ekologi dan pemuliharaan persekitaran ni... kami rakyat biasa ni utk jawab exam jak... tapi mereka tu yang buat keputusan penting untuk alam sekitar....

again, my concern about environment in this entry is merely for environment. so jangan salah sangka... untuk peminat bola yang bekerja disiang hari... aku tidak menggalakkan anda untuk bersengkang mata menyokong pasukan eropah kegemaran anda sebab mereka tak pernah pun tahu malaysia ni terletak dimana... andainya anda ingin sokong juga maka dari kau saja tu... oleh itu majulah sukan untuk negara malaysia...

Wednesday, June 18, 2008

My new blog..

setelah sekian lama akhirnya aku buat blog baru.. kejap lagi aku tulis posting macam2... selalu aku blogging dari friendster powered blog... so happy blogging to me

My new blog..

setelah sekian lama akhirnya aku buat blog baru.. kejap lagi aku tulis posting macam2... selalu aku blogging dari friendster powered blog... so happy blogging to me

Program Asuhan Akademik 2008, PAA2008

PAA 2008 ini adalah program aktiviti yang dikendalikan oleh Kelab Mahasiswa Wawasan Membakut, KMWM bersama-sama dengan sekolah yang terlibat. setakat ini hanya SMK Membakut sahaja yang terbabit dengan PAA 2008.

aku tahu bahawa PAA 2008 ini tidak berjalan dengan lancar, apa pun kami terutamanya ahli-ahli yang amat komited terhadap persatuan cuba dengan sedaya upaya untuk menjayakan program ini. PAA 2008 merupakan satu aktiviti khidmat masyarakat, iaitu ahli-ahli kelab menjadi tutor sukarela kepada murid-murid sekolah di sekitar Membakut. Mata pelajaran yang diberi tumpuan pada ketika ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains.

Memang perancangan awalnya kami ingin membantu dalam semua subjek yang diperlukan, tetapi KMWM mempunyai jumlah tenaga kerja yang amat terhad dan juga sumber kewangan yang sifar. untuk kelas hujung minggu yang lepas, aku dan Sobrie (seorang ahli yang benar2 menjayakan program ini) menerima bantuan dari pihak sekolah untuk menggunakan printer dan komputer sekolah untuk mencetak kertas soalan (bahan mengajar). Terima Kasih kepada Penolong Kanan SMK Membakut.

aku agak kecewa dengan respon sesetengah guru terhadap program ini, dalam mesyuarat (aku datang lambat kerana tiada kereta minta maaf) ada cikgu yang bersuara kurang menyokong program ini. mungkin kerana ia diadakan pada hujung minggu. apakah kerisauan mereka, tidak lah ku pasti. mungkin bekerja diluar waktu pejabat adalah alasan yang amat kukuh bagi mereka. pihak atasan sekolah pada mulanya menyarankan supaya guru2 bergilir2 memantau program ini supaya dispilin dan keselamatan murid terjaga dengan lebih baik. suara2 enggan ini ku dengar dari pihak HEM. banyak alasan yang diberikan oleh beliau. seolah2 hendak membunuh segala idea kami, bukannya untuk membaiki. aku faham bahawa disiplin dan keselamatan pelajar harus diutamakan. tapi jika alasan itu untuk pelajar aku akur, andainya alasan itu untuk guru, bukan untuk KMWM memikirkannya. kami membuat program ini bukan untuk guru tapi untuk murid. jika murid yang enggan dengan program ini maka kami dengan hati terbuka akan mencari murid dari sekolah lain yang berminat. tapi aku berada disana untuk komuniti bukan untuk guru2 yang bersikap negatif terhadap idea orang baru.

ironinya aku tidak terkejut apabila, suara enggan ini datang daripada seorang guru yang mukanya amat ku kenal. dia mengatakan bahawa program kami tidak teratur. dan kami seolah2 tidak tahu apa yang kami lakukan. dia katakan bahawa kami hendaklah mengatur program lengkap dengan kertas kerja yang formal, agar mereka mengetahui apakah program ini. mesti lah dinyatakan objektif dan matlamatnya terlebih dahulu diatas kertas sebelum dia dan pihaknya memberikan 150% sokongan. pandangan aku untuknya ialah; ooohhh.... manusia bukannya pantai, sekali bah sekali berubah. dia tetap seperti persepsi yang ada dalam mindaku sejak sekian lama. tidak perlulah lah ku kopek kisah lama pada kali ini kerana pasti aku ingin mengelak untuk menulis perkataan yang tidak sepatutnya. lagipun sentiasa ku ingat ini; do not dig the past out bcoz all u get is only dirt.

cikgu nuria,

kami memang ada kertas cadangan atau kertas kerja. Malangnya anda bukan lah dalam posisi untuk membaca kertas tersebut. kerana kertas itu seharusnya dihantar untuk penaung kelab kami terlebih dahulu. saya akui rancangan ini banyak cacat cela nya dan tidak terlebih jika dikatakan amat daif. tetapi kami tidak endahkan kekurangan, kecacatan ini. kami teruskan jua dengan apa yang ada untuk terus menjayakan PAA 2008. bukan kerana kami ingin besar kepala atau menentang sesiapa tetapi untuk anak-anak Membakut. kami tidak akan tunduk kepada karenah birokrasi anda yang hanya tahu meminta kertas kerja tapi memandang enteng usaha dan tindakkan yang telah kami buat. jika anda tidak suka dengan program ini, itu masalah anda. kami bekerja untuk anak-anak Membakut. kami ingin menyumbang untuk masyarakat. walaupun sumbangan ini amat kecil dan kurang. ini adalah lebih baik dari tdak berbuat apa-apa langsung. kami berkhidmat untuk murid-murid, bukannya orang seperti anda.


walaupun demikian aku ucapkan terima kasih kepada guru2 yang sudi menyokong kami terutamanya Penolong Kanan sekolah, Unit Bimbingan Kaunseling sekolah, dan guru-guru yang lain.

dalih dan alasan bukan lah sesuatu yang boleh membantu murid-murid. tindakkan dan usaha walaupun sedikit itu adalah lebih baik dari alasan dan dalih yang canggih itu.

Alhamdullilah, walaupun serba kurang bersedia bermula juga PAA 2008 pada sabtu lalu. aku mengambil kelas Bahasa Inggeris untuk SPM. kelas Ixora, Durranta, dan Alamanda. minta maaf kerana aku tahu memang kurang sempurna. diharap kelas ini dapat membantu murid2 serba sedikit dalam pembelajaran mereka. Insya Allah dapat diperbaiki pada minggu2 hadapan (ada 2 minggu lagi.) aku hanya hadir untuk kelas sabtu, ahad aku ke KK. kehadiran walaupun kurang tetapi kelas tetap diteruskan. Lina Awang dengan sukarela menjayakan kelas Bahasa Melayu SPM. terima Kasih untuk Lina. mudah2 an lain kali beliau akan terus menyumbang kepada kelab.

Terima Kasih juga untuk Sobrie, yang boleh lah dikatakan tulang belakang penting dalam perlaksanaan program. Sobrie juga turut menjadi perancang utama program ini. Sobrie menjadi tenaga sukarela untuk menjayakan kelas sains PMR, manakala Adjuin untuk Matematik PMR. rakan2 yang lain yang sudi membantu terima kasih.

kepada Azlinah dan Eldhie yang banyak terbabit dalam perancangan program. especially Ayang, yang terpaksa mendengar rintihan aku untuk membuat kertas kerja dan menggumpul tenaga kerja, thank you. harap2 Azlinah dan eldhie dapat menjadi tenaga pengajar pada minggu2 hadapan. kepada ahli2 yang lain sumbangan anda amat dialu2kan dan diperlukan.

kekurangan tenaga pengajar adalah masalah yang paling terkehadapan dalam PAA 2008. walaupun KMWM mempunyai ramai ahli yang berdaftar tetapi kekurangan sokongan seperti ini adalah amat2 memberikan impak kepada aktiviti kelab. tambahan pula ahli-ahli yang aktif sibuk dengan praktikal masing2, jika tidak aku yakin mereka lah yang akan bersemangat menjayakan program kelab. KMWM amat memerlukan ahli-ahli yang sedang berada ditahun 1,2&3 untuk sama2 menjayakan program kelab. bcoz old horses want to pass the torch to you. aku tahu bahawa kita bukanlah suatu organisasi yang boleh menjana kewangan dan bukan popular, tetapi kita tetap boleh menjadi satu entiti yang menyumbang kepada masyarakat.

Tuesday, June 17, 2008

Welcome To Kota Kinabalu, A Shopping Mall City

the newly open 1borneo mall was attacked by crowd last weekend... among the crowd were me n my family. very large Mall.. the interior is more or less like a MidValley KL. the shops inside havent fully open yet.

Major conglomerates already rest their foot in the 1borneo. they are; DOME, FCUK, ELLE, STARBUCK, and others will be there soon... the main attraction so far would be the GSC cinema, well it is much better than the GSC at town centre. juz like a GSC at midvalley KL. and of course Daiso, the japanese house hold retailer, always 5 ringgit shop.
adding icing to the cake is... the 1borneo is juz a stone throw from UMS, students will enroll or resuming their semester this july. so within month 1borneo will become UMS main campus number 2.
yep.. the oil price and living cost are sky-rocketting, but the parking space at Shopping Mall is well packed. people here in KK luv to go to the Mall i guess...

Major shopping malls in KK.
centre point (the cradle of KK pop culture)
wisma mardeka (yesteryear mall)
karamunsing (new electronic centre)
wawasan plaza (the nearest to bus station)
city mall (the Giant is giant)
warisan square (i love the bookshop)
1borneo (spanking hot newbie)

Kung Fu Panda, Hulk, Super Hero

Last weekend i went to movie with Abang, Liza, and Adi.

Kung fu panda brilliantly hilarious.. bila lah Malaysia akan buat filem animasi yang menarik macam ni?

Super Hero.. another spoof movie... i like spoof movie bcoz it is very funny... and sometime could be very lucah(obscene) too. a cocktail story of superheroes.. spiderman+batman+xmen.. hahaha... but i fall asleep toward the end. not bcoz the movie was a lullaby but im really tired actually. the tyrant name is Hourglass... hahahahaha spoof version of Magneto

Hulk... much much better than eric bana's version. im not a graphic CGI expert.. but its ok... the original story is not much diverted. i really like scenes of Brazillian Ghetto where Banner a.k.a Hulk seek for refuge. and of course the scene of Dr. Ross' Campus.

new kid on the blogspot

err... this new blog account is a bit confusing... i dont really know how it suppose to work. this account is user friendly enough.. may be it juz me...